Advertlets

Khamis, Mac 12, 2009

Crossover - Ahmad S, Kanak-kanak Memang Riang dan Jalan-jalan

Merujuk kembali kisah Ahmad S yang lepas, ini adalah visual kepada penceritaan aku dalam kisah Ahmad S Siri # 3. Inilah akses masuk yang aku ceritakan, yang mana kami lompat pagar itu dan memasuki bangunan utama menara Jam itu.

Ye la kan, orang kata bercerita menulis panjang berjela, nak kene scroll sampai jenuh, mungkin masih tiada bayangan yang sebenar. Aku memang bersetuju, takde kamera, visual untuk blog memang kurang puas hati. Tapi takde salahnya bercerita dahulu, gambar datang kemudian, hahah.

Penerangan untuk gambar ini, aku ambil hujung minggu lepas, bawak anak-anak piknik kat Dataran JB. Aku ingat kami je yang ada idea beli makanan, hampar saprah, makan dekat tepi padang, biar anak-anak berlari-lari bermain dengan kawasan yang luas. Rupanya ada lagi 2-3 keluarga yang punya idea yang sama.

Sekejap je dorang duduk atas saprah, suap dua tiga, Aqil & Ammar dah tak boleh duduk dah, teruja dengan kanak-kanak lain sekeliling dan bola, kepunyaan keluarga yang turut berkelah di dataran ini.

Sambil makan nasi ayam, sambil tengok dorang berlari-lari. Puas Aqil tengok bola, dia lari kembali ke arah kami. Ammar lagi la, berjalan tanpa menoleh belakang. Mujur bila dipanggil, masih boleh datang kembali.

Puas main di bahagian bawah, kami naik ke atas, ada la 2 remaja lelaki meningkat naik tengah shuffle berdua-duaan. Berbilang bangsa, sorang Melayu, sorang Cina. Dah naik ni la baru aku sempat mengambil gambar di atas buat rujukan kisah Ahmad S Siri # 3.

Aqil & Ammar masih belum cukup puas main, ada pula kanak-kanak sebaya dengan dorang (pompuan plak tuh), lagi rancak la dia bermain, main kejar-kejar. Mula-mula kanak-kanak perempuan itu macam mencebik, "kenapa nak main sama kita?", tapi bila dah lama-lama, jadi best plak. Kanak-kanak kan, mana ada erti malu dan segan. Asal boleh je dia berkawan. Sampaikan bila Aqil nak balik, dia pulak duk panggil. "Abe, abe" Hahah. Seakan tak puas lagi berkejaran bersama.

Masa menunggu dorang bermain, aku duduk sebelah menyebelah dengan isteri. Dekat tangga. Di bawah sinaran neon dan bulan cerah penuh. Aku letak tangan melintang bahu dia. Lepas tu aku tertinjau-tinjau. Ezi tanya.

Ezi : "Kenapa?"
Aku :"Rasa macam kurang manis la buat camni, peluk gadis berbaju kurung tengah-tengah ni"
Ezi : "Eleh, ape plak, suami isteri apa"
Aku : "Hehe, saje je"

Ye kawan-kawan, boleh muntah jika perlu. Tapi jangan jeles kalau anda belum halal untuk berbuat demikian. Hahah.

Aku cadang nak repeat lagi datang sini. Kali ini bawak bola pulak. Main atas padang dengan Aqil.

3 ulasan:

redghost berkata...

Aku :"Rasa macam kurang manis la buat camni, peluk gadis berbaju kurung tengah-tengah ni"

---- mengada-nganda---- bgtau kak ez ye.kekeke

duta berkata...

+red+
aku terus dijangkiti chikungunya baca kisah ni! hahahaha... bagus... baru paham kat lokasi mana. stakat terangkan berjela tapi tak faham, takguna gak kan? sian... cik red jadi bahan perdebatan....

amANI berkata...

::red::
Walaupon dia tidak browse kisah ini. Aku balik cerita jugak kat dia. Juga kisah-kisah lain.

::duta::
Hahah. Mujur jangkitan chikungunya je. Kalau terjatuh dari kerusi lantas bertahiyyat akhir dan memberi salam aku rasa lebih tinggi impak kisah ini.

Aku tahu korang juga kepingin berbuat demikian tanpa tertinjau-tinjau, sabar ye. Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...