(bersambung dari kisah sebelum ini)
~Isnin~
Simptom:
Bateri hilang tenaga. Tak bleh start.
Punca:
Bateri yang telah dicas tetapi mungkin pendek hayatnya.
Langkah Penyelesaian:
1. Telefon rakan sekerja. Dibatalkan sebab dah 10 minit lepas waktu wajib masuk pejabat.
2. Telefon teksi. 2 syarikat teksi bertelefon menolak permintaan, tiada teksi di kawasan sekitar.
3. Naik moto ke pejabat. Minyak moto telah kering akibat pemeluwapan.
4. Telefon Proton-I-Care. Segan. Dah 2 kali mintak jump-start dalam tempoh terdekat.
5. Telefon superior mintak cuti dan menyelesaikan masalah selepas itu. Tak jadi, rugi cuti nanti.
6. Termenung, masuk balik rumah, melunaskan hajat besar dan makan biskut. Sementelahan isteri mendapatkan nombor telefon teksi kawasan sekitar. Dapat teksi. Ke pejabat seperti biasa.
7. Balik tengahari dengan bantuan rakan sekerja. Beli minyak petrol buat isi moto.
8. Makan tengahari, semayang, bukak bateri kereta, ikat belakang moto. Hujan turun dengan tiba-tiba. Bukak balik ikatan bateri kat moto, cari baju hujan bawah tempat duduk. Tengok isteri. Dah buang. Sebab tercarik sana-sini dah masa nak lipat. Haih. Cari jaket lain buat kegunaan sementara.
9. Start moto macam nak patah kaki, lama sangat tak start. Mujur hidup.
10. Redah hujan dengan moto ke kedai mengecas bateri. Bawak turun bateri dari moto. Maaf, pengecas kami rosak.
11. Takpela, bateri baru berapa ringgit? Bateri basah RM2++. Bateri kering RM2++. Murah 6 ringgit. Tengok dalam poket, ada RM1++. Tak cukup. Takpela. Nanti saya datang kejap lagi.
12. Telefon PROTON. Tanya harga bateri baru berapa. RM3++. Ok. Terima kasih.
13. Pegi kedai 2 ringgit. Beli baju hujan. 8 ringgit.
14. Pegi kembali kedai mengecas bateri. Beli bateri sel kering. Bayar pakai kad plastik. Dapat kurang RM6. Tapi kemudian kene servis cas untuk guna kad plastik. RM 5.
15. Bawak balik 2 bateri atas moto. Mujur pengikat getah ada 2. Helmet tanpa visor memang pedih mata kalau kene hujan. Mujur baju tak basah sangat. Seluar je.
16. Bukak kotak bateri baru. Pasang terus kat kereta. Amik wayar positif, letak kat tanda (+), ada bunyi Dupp!! Amik wayar negatif, letak kat tanda (-).
17. Isteri tegur. Ehh, kan dah terkunci kereta. Teringat, bunyi Dupp!! itu kembali. Masalah baru telah timbul. Pengunci Utama memang akan berbuat demikian ketika menggantikan bateri atau membuka bateri. Cilakak.
18. Wayar diikat kemas. Kunci dicuba pada pintu. Tidak berhasil. Tersangkut pula. Biar.
19. Naik moto pegi keje. Lambat 30 minit dari waktu wajib pulang dari lunch. Nasib beli baju hujan.
20. Sampai opis, muka serabai, sekreteri senyum menyeringai.
21. Dekat nak balik, mintak tolong rakan sekerja sekali lagi. Kali ini untuk membuka pintu kereta. Pembaris besi dibawa bersama.
22. Jolok dari pintu depan tidak berhasil.
23. Cabut fius memory pun tak jadi.
24. Bukak bateri baru, pasang bateri lama pun tak jadi.
25. Cuba dari pintu depan kiri, juga tidak berhasil.
26. Kopak tingkap segitiga penumpang belakang kiri, berhasil. Tapi tak boleh buka semua.
27. Mujur dah tengok Youtube masa kerja. Ada orang buka pintu guna tali kasut. Cuba, ada tanda nak berjaya untuk kali pertama. Kali kedua, rakan sekerja yang buat. Berjaya.
28. Pintu dah boleh buka. Bateri dipasang. Kereta dihidupkan.
29. Rakan sekerja memang banyak membantu.
30. Bawak anak-anak pusing deret rumah dengan moto. Mereka teruja nak naik moto.
~Rabu~
Simptom:
Slot kunci yang lolos memang menyusahkan untuk meninggalkan kereta dimana-mana.
Penyelesaian:
1. Lepas balik kerja, tanya 1 kedai aksesori. Dia kata boleh buat, tapi kene order. Esok baru barang ada. Takpe, bagi nombor henpon. Tunggu dia telepon.
2. Tak puas hati, tanya pula kedai yang banyak jual skirting kit. Tak boleh buat. Cuba tanya kedai 122 dekat belakang Taman U. Dekat kilang-kilang.
3. Pegi area kilang, cari 122. Memang ada 122 lepas 2 deret aku cari. Mekanik kata, pegi kedai kunci. Ye, kedai jual kunci rumah tu, dekat Caltex. Dia boleh tolong repair kunci. Apa jenis pon boleh. Dia pon buat kat situ.
4. Pegi pula kedai Kunci. Memang dia boleh buat. RM30 je. Tapi kene bukak slot kunci. Bagi dia.
5. Pegi kedai repair yang pernah buka kunci ni hari Ahad tu, mintak dia tolong buka. Dia kata ok. Sekarang ke? Jam dah 7.30 malam. Lupa nak tanya, kedai Kunci amik masa berapa minit nak repair kunci.
6. Pegi balik kedai Kunci. Dia kata 30 minit. Sekarang boleh siap.
7. Pegi semula kedai repair. Diorang bukak 40 minit. Berlari-lari ke kedai Kunci.
8. Ada sorang gadis terkejut sebab ada sorang mamat gila pakai baju hitam, seluar hitam berlari belakang dia. Ingat peragut ke?
9. Sampai kedai Kunci. Serah slot kunci.
10. Jalan pegi Petronas. Semayang.
11. Beli air kat Petronas. Jalan pegi kedai Kunci. Tunggu.
12. 35 minit siap kunci ditebuk. Ada serpihan yang dia tak boleh pasang semula.
13. Berlari pula pegi kedai repair.
14. Ada mamat cina pula perasan aku amik gambar dia, padahal tengah amik gambar slot kunci belakang keta dia. Nak bubuh dalam blog ini.
15. Kedai repair cuba pasang. Rupanya slot kunci tak betul-betul direpair. Juga pencangkuk di pintu juga rosak. Bukan slot kunci sahaja.
16. Kereta ditinggalkan, balik mekanik yang hantar ke rumah. Dia janji untuk cari pencangkuk dan slot kunci untuk ganti.
17. Esok. Dapat panggilan, slot kunci pintu dan dalam boleh diganti tapi kene pakai anak kunci baru satu set, pencangkuk pun boleh diganti. Pengunci Utama juga perlu diganti, semua sekali RM3++.
18. Setuju. Janji selesai semua masalah.
19. Minta tolong rakan sekerja ikut balik dengan moto ke rumah. Tumpang kereta dia ke kedai repair.
20. Bayar. Test. Memang dah elok. Tapi tingkap pula agak keras untuk diturunkan. Anggap sebagai collateral damage ajelah.
Cukup panjang tak penyelesaian masalah ini? Lepas selesai semua. Yang agak bertahun-tahun menurunkan nilai percaya pada diri sendiri aku terhadap masalah kecil kereta ini, aku punyai rasa yang lain ketika membawa kereta.
Aku rasa macam bawak BMW. Sungguh.
5 ulasan:
bro this what i did
1. buat kunci pendua simpan dalam wallet (beli yang kunci kepala flat besi sumer tu)
2.pakai bateri sel kering, free maintenance tengok 'mata' die je make sure always hijau
3.boh RSM@turbo timer apexi (ada indicator volt bateri)
4.belilah kereta jepang @ konti...weih...volvo s60 2.0T cam bestttt jerkkk....
Kalu aku senang je penyeleseiannya..
CALL CIK ABE!! ABE!!! KETA ROSAK!!!hahha..
bab terasa bwk BMW tu...bukan kau shj..sku pn naik boring ngan hb aku yang jugak sll angan2..5 series kunun..padehal WAJA burukss..hehhe
::redghost::
1. Kunci pendua, mmg ada. Tapi tak bubuh dalam wallet. Juga ini bukan mesalah hanya terkunci, slot kunci tersebut juga telah gagal berfungsi. Gen2 hanya ada 1 slot kunci pada pintu depan shj. (takde utk pintu depan kiri mahupon bonet). Memang susah dan menyusahkan.
2. Sel kering juga telah diguna. Kalau tengok memang masih hijau, tapi tetap tak bleh start. Aku tukar sudah. Skarang, mmg tiap tahun la tukar bateri nampak gayanya.
3. Itu APEXi turbo timer, Ape mende lagi dia punya indicator?
4. S40? Ahh, gila apa, mana ada budget untuk bayar bulanan keta sebegitu. Kalau Petronas nak bagi free sebab isi minyak dia, aku terima je. Beli sendiri? Tak mungkin.
::Anese::
Takpe, amik jela kisah ini sebagai tauladan. Tapi kalau Waja terkunci dari dalam, memang tak bleh aa nak bukak guna tali kasut. Hehe.
bro tak logik la tukar bateri every year.aku rasa hang punya sel kering tu salah kod. check dengan maintenance book ko.
apexi timer ade indicator air/fuel ratio indicator, bateri, timer. tu jerk
bukan S40...kecik macam gen2..S60...besar sikit.ko kan anak ramai. 80k dah leh dapat
::red::
1. Melalui logik bisnes, kalau manufacturer bateri sendiri bagi warranti setahun sahaja untuk bateri itu tidak kong, maka aku rasa logik la setahun kene tukar. Tapi poket hancur luluh la. Nanti aku bukak buku maintenence. Hujung 2004 aku beli, sekarang dah 140k mileage, wajar la kot bateri kong setahun sekali.
2. Oo, timer yang ko pernah tunjuk yang ada 0-100 itu ek?
3. S60 ke, haiyo, tak muat la nak parking kat dalam rumah sedia ada. Kepanjangan 4.6m (padahal Gen2 4.3m) ada lah agak panjang macam bot laju aku rasa. 2.0L, mau pensan nak isi minyak. Betul ke 80k? Tungggu aku beli rumah bukaan 24x80 kaki dulu la.
Catat Ulasan