Advertlets

Selasa, Mac 24, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang VI

"Dah macam tadika dah rumah ko nih" kata seorang rakan yang baru-baru ini datang ke rumah pertama kali dia sampai.

"Akak mengasuh anak orang ke?" Tanya penghantar bungkusan ekspress (hadiah CD dari ERA) ketika menunggu Ezi tandatangan penerimaan. Dia perasan dari luar rumah, ternampak hiasan di dinding ruang tamu.

"Tengok suka betul dorang dengan ABC tu, itu la abang, kita mintak nak beli, cakap membazir ke" Ini dari seorang isteri rakan yang lain yang juga pertama kali datang ke rumah. Bila anak-anak mereka juga teruja dengan hiasan dinding itu.

Itu antara kata-kata pembuka bicara yang pernah aku atau Ezi terima semasa menerima tetamu. Bukan apa, sejak Aqil berumur setahun lebih, Ezi dah bersungguh meminta dibelikan poster ABC, ABC Haiwan, 123, serta Alif Ba Ta. Untuk di ajar sedikit demi sedikit buat Aqil & Ammar. Di tampal sekeliling dinding ruang tamu.
Itulah hiasan dinding ruang tamu rumah kami, bukan plaster siling mahupun kertas dinding bercorak bunga berwarna-warni. Ruang bermain dorang sama dengan ruang tamu. Di ruang bermain pula ada huruf-huruf seperti jigsaw puzzle dari span yang mengganti alas lantai. Bukan permaidani dari Jalan Tunku Abdul Rahman atau Nilai 3.

Mengenangkan dorang masih berumur setahun dan dua tahun, tak la bersungguh-sungguh pun paksa mereka mengenal huruf-huruf itu. Cuma boleh buat modal bermain bersama. Sebab ada gambarajah untuk tiap huruf, maka mereka lebih tertarik pada gambarajah itu. Kejap-kejap tanya, ini apa, ini apa, itu apa? Lenguh nak jawab.

Untuk haiwan pula, boleh buat main mengajuk bunyi harimau dengan lembu dah. Itu la pengisi masa lapang yang menjurus kepada sukatan pembelajaran mereka. Yang lain semua main sampai bersepah mainan semua selain dari tengok kartun dari CD atau Disney Channel.

Aku tak tau dari mana datangnya minat dorang, tapi Aqil dan Ammar sangat sukakan kereta. Mungkin dari CD Cars. Yang itu, tengok berulang kali tiap hari pun takpa. Sampai Ezi dengan aku boleh mengajuk dialog siri itu dengan lenggok bahasanya sekali. Bukan tak suka cerita lain, cerita ini kira kegemaran la.

Sekarang, tiap kali naik kereta, Aqil dah kenal yang mana kereta Abah, kereta Tok & Tok Wan, kereta Mak Su (sebenarnya kereta hang Shidah) dan kereta Pak Caq. Yang ini dia dapat sendiri.

Lalu lintas je sebarang jenis Gen2 atau Persona, modified la cemana pun , Aqil akan menjerit, "Keta Abah"

Jumpa pula Waja atau Wira, kaler hapa sekali pun. "Keta Tok, Keta Tok" Tok dan Tok Wan adalah Tok bagi Aqil.

Kalau jumpa Kenari, ini agak lambat sket. "Keta Pak ....." Aku kene sambut, Keta Pak Caq. Baru dia sebut "Keta Pa Caq".

Juga bila nampak Savvy, pasti Aqil tunjuk dan bagitau, keta Mak Su.

Ada sekali lintas Mitsubishi Evo, Aqil sebut "Keta Abah!". Huhuh, bangga kejap aku. Amin berkat doa kamu Aqil. Hahah.

Mana dia belajar cara-cara mengenalpasti kereta ini, kami tidak pasti. Yang pasti, bila suruh kira dari 1-10. Dia akan kira 1, 6, 7.... Lepas tu lari main. Tak nak kira dah. Aku belum ajar Add Math lagi kat Aqil, tapi dia dah dapat dah teori asas Janjang. Owh, Janjang dalam bahasa Inggeris PPSMI apa ek? Hahah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya kena tunggu masuk rumah sendiri dulu baru boleh buat. La rumah sewa ja... Tak lama dah...

d u t a berkata...

+tadika2 anak2+
hahaha... bukan di rumah je... menurut jurucakap jusco, kanak2 terbabit turut menjadikan mainan jusco sebagai permainan mereka.

Ini berikutan ketiadaan beberapa jenis alat permainan berupa kawalan jauh mahupun yang lebih afdal lagi, jenama yang pernah dihadiahkan oleh kawan baik bapanya.

Pembelajaran kanak2 ini bermula dari sifat ingin tahu dan sifat ingin mencuba. Jadi tidak hairanlah jika keretapi yang bergerak di kaunter AEON jusco OU turut menarik perhatian kanak-kanak.

Wallpaper mahal dan carpet dari nilai 3 pun nanti bisa berubah menjadi playground satu hari nanti. insyaƔllah.

Satu lagi, mulai sabtu lalu, aqil boleh mengenal pasti kereta bapanya melalui belahan pada sisi pintu kereta terbabit.

Helmi majid melaporkan... k

Adam Ruslan berkata...

::Saiful::

Ala, kami pon buat kat rumah sewa gak. Agak2 kene pindah, bukak la balik nanti. Hehe.

::Duta::

JUSCO memang taman permainan mereka. Bagi je main, pegang2, seret atas lantai, janji bukan merosakkan. Bila dah puas, letak balik kat rak dan ajak balik.

Traktor itu masih ada.

Belahan ek? Takpe, janji kawan itu tahu, pengorbanan kereta itu semata-mata untuk menghantar sepasang kain pelikat. Hahah. Tak yah la terharu, dah rezeki aku dengan kereta itu. Itu Aqil tunjuk dan cakap, 'tembung'.

Tanpa Nama berkata...

Adam,

Rumah Baru pun dalam bulan 8 atau 9 ni nak move in. Jadi kalau nak buat pun, rasa macam rugi... Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...