Advertlets

Jumaat, Mac 06, 2009

Ada mesalah dengan kereta anda? siri 1 dari 2

~kira-kira 2-3 tahun sebelum ini~

Simptom:
Sistem penggera keselamatan gagal berfungsi.
Punca:
PROTON kata puncanya bateri kedua atau bateri pembuka di kunci.
Penyelesaian:
Setelah bateri kedua ditukar, penggera tidak juga berfungsi. Bateri pembuka di kunci juga dicuba yang baru. Tetap tidak berfungsi.
Cadangan:
Tukar sistem penggera keselamatan.
Langkah seterusnya:
Biarkan sahaja, kos sistem penggera ditimbang sebagai mahal dan kunci masih boleh digunakan.

~2-3 minggu selepas 2 tahun yang lalu~

Simptom:
Pengunci Utama juga gagal berfungsi.
Punca:
Tidak diketahui.
Penyelesaian:
Hanya kunci pintu pemandu yang akan terbuka apabila menggunakan kunci. 3 pintu lain perlu dibuka secara manual dari dalam. Menurunkan tingkap dan penumpang membuka sendiri adalah cara terbaik. Tetapi agak memalukan pemandu jika penumpang adalah rakan sekerja atau tetamu baru jumpa. Tebalkan muka sahaja.
Langkah seterusnya:
Masalah mungkin berkait dengan sistem penggera, jadi masih dianggap mahal dan dibiarkan sahaja. Berpada dengan kunci sahaja untuk menggunakannya.

~setahun dua yang lalu~

Simptom:
Bateri cepat kehilangan tenaga (3 kali). Tak boleh start.
Punca:
Tidak diketahui, mungkin tempoh idle terlalu lama ketika menunggu atau jarang menghidupkan kereta atau terlalu kerap berjalan jauh.
Penyelesaian:
1. Menukar bateri sel kering. Tahan setahun. Jadi semula.
2. Memanggil bantuan Proton-I-Care. Percuma servis jump-start untuk pemegang kad PROTON Daring. (2 kali). Jadi kali ketiga, dah naik segan nak panggil PROTON sebab juruteknik yang sama. Bateri masih tidak diganti.
3. Memanggil bantuan rakan sekerja untuk jump-start.
4. Mengecas semula bateri sel kering dengan harapan tempoh hayat masih boleh dipanjangkan.

~2 minggu yang lalu, Ahad~

Simptom:
Lubang pembuka kunci telah gagal berfungsi. Lolos. Pintu tidak dapat dikunci. Mujur ketika ingin mengunci kereta dan pintu penumpang masih belum ditutup.
Keterangan Simptom:
1. Ketika ingin keluar untuk makan tengahari bersama keluarga. Yang kemudiannya ingin ke JUSCO membeli barang-barang dan kedai untuk beli barang basah.
Penyelesaian 1:
Ke kedai kereta berhampiran. Slot kunci ditanggalkan, tidak juga ketemu punca penyelesaian, masalah baru timbul, kunci tersekat di dalam slot kunci. Setelah mencuba berkali-kali, baru kunci berjaya dikeluarkan. Cadangan mekanik, hantar ke PROTON untuk diganti keseluruhan sistem kunci.
Langkah seterusnya:
Kira-kira untuk keseluruhan sistem kunci, kunci utama dan sistem penggera asli dari PROTON mungkin menjangkau RM1000. Masalah tidak dirujuk kepada PROTON. Penyelesaian sendiri dicari. Tangguh esok. Selesaikan segala urusan membeli hari ini dengan meninggalkan kereta tidak dikunci dibahagian bonet dan pintu penumpang bahagian kanan ketika ditinggalkan di JUSCO. Kemudian menunggu dengan enjin dihidupkan semasa menunggu urusan membeli barang basah. Malamnya, bonet dibiarkan tidak berkunci.

~Isnin~

Simptom:
Bateri hilang tenaga. Tak bleh start.
Punca:
Bateri yang telah dicas tetapi mungkin pendek hayatnya. Serta semalam idle terlalu lama ketika menunggu urusan di kedai barang basah.

2 mesalah pada masa yang sama. Buntu.

Kisah ini tidak berakhir disini. Masih panjang. Orang marah aku tulis panjang-panjang, nanti tak sempat nak alih bahasa untuk berita. Tunggu esok ye.
Nantikan langkah-langkah penyelesaian yang telah diambil. Bersambung.

5 ulasan:

Mard berkata...

kerete "coming soon"... how soon, depending bile loan lulus. hehehe...

Juan Nazlan berkata...

kalau mai kl, calling2 la kalau problem belum settle.. boleh aku mintak tlg pomen aku tengokkan @ diagnose problem generasi ke dua tu..

d u t a berkata...

+ bateri + penggera +
nasib baik kisah ni padat dan jitu. lagipun kisah penggera dah dapat liputan lebih awal dalam edisi terdahulu! moralnya... dalam edisi ke-2 ke?

huhuhu... betul jika di keluarkan time berkerja, maka balasannya diwaktu ketika bila mana mempunyai kelapangan membaca! heheheh... insyaallah, dengan penggunaan sistem DUTA ON AIR itu... sebagai MOST RECENTLY UPDATES.... memudahkan penterjemah berita meluangkan masa membaca.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun ada problem sebelum ni. Lepas terbang dalam RM1000. Settle dan rasa best tapi duit terbang :(

Adam Ruslan berkata...

::TM::
Dengar kata, loan skarang susah nak lulus. Huhu.

::Juan::
Insya Allah, kalau aku masih belum berpuas hati.

::duta::
Mujur padat dan jitu kan, tak la terjejas sepotong dua berita sukan dan hiburan. Hahah.

::saiful::
Itu la, berserah je la. Kalau warranti panjang cam sekarang takpela. Ini setahun je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...