Advertlets

Selasa, Mac 10, 2009

Artakus dan Arkus

Lupakan sebentar Tolkien dan The L.O.T.R.

Tinggalkan sahaja JK Rowling dan Harry Potternya.

Yang sebenarnya mengembangkan imiginasi kanak-kanak aku hanyalah Artakus. Pedangnya Arkus dan cinta hatinya Laira. Serta misi dan pertempurannya dengan pihak musuh di dunia Aurora.

Aku hanya pernah dan sempat membaca 3 buku pertama tulisan Ahmad Patria Abdullah ini (aku tak endah pun nama penulis selama ini). Permata Aurorius, Kota Arialun dan Kembar Artakus.

Mana datangnya buku ini, aku tak tahu, cuma aku rasa, mungkin pak yang beli dan bawa pulang satu buku, kemudian mungkin abang atau pak sendiri yang beli yang kedua dan ketiga. Buku ini sangat mengasyikkan. Aku teringat sampai sekarang nama Artakus ini.

Aku membaca sambil membayangkan situasi alam fantasi yang dicipta, makhluk-makhluk jahat atau hodoh yang dijumpai Artakus, aku teringat permainan minda yang perlu diselesaikan Artakus dengan makhluk pemakan mangsa semasa misinya mencari permata Aurorius. Cintanya pada Laira. Patuhnya pada permintaan Merkia. Serta pergolakan dalam masyarakat Aurora. Memang ralit.

Aku terjumpa setelah 3 kali melompat blog, lompat dari Hilang Punca ke Tok Rimau, kemudian ke Fajar. Jumpa Saga Artakusiad. Usaha mengumpul hasil karya ini amat dihargai. Sekurang-kurangnya menggamit memori kanak-kanak aku.

Ada lagi 4 buku yang aku tak tahupun kewujudannya (mungkin ada siri ke-8). Kesinambungan kisah yang sama rupanya. Aku ingat buku ini dipandang ringan, rupanya ada lagi orang lain juga yang meminatinya. Bukan setakat minat, tapi telah ada kumpulan penulisan tersendiri. Syabas.

Agak-agak ada lagi ke buku ini kat rumah sekarang? Sudah tidak diterbitkan lagi. Siapa yang jumpa mungkin pemilik bertuah. Buku adalah terbitan DBP. Semua sinopsis buku itu ada disini. Saga Artakusiad.

Siapa kata di Malaysia tiada kisah fantasi hebat?

Lupakan sebentar Tolkein dan The L.O.T.R.

Tinggalkan sahaja JK Rowling dan Harry Potternya.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku ingt tajuk buku tuh..tapi aku tak baca sebb fantasi..tak taula adala gi ke tak, sebb tah2 dah kene buang akibat pindah randah yng melampau.kaver dia tak silap tgh lawan pakai pedang kan??

Adam Ruslan berkata...

::shidah::
Ye betul, hang bleh ke web yang aku letak itu untuk melihat kembali. Ada7 dah siri buku ini. Memang tidak terjangka. Ada orang lain yang juga minat buku ini.

Tanpa Nama berkata...

Pernah dengaq tapi tak pernah ambik tau. Nak kena jenguk jugak ni...

d u t a berkata...

+uols+
ermmm tak pernah dgr langsung buku2 tempatan yang disebut tuh. ermm grafik dia hebat tak?

Adam Ruslan berkata...

::saiful::
itu la, buku ni ingat macam buku-buku lain, tapi tak pernah dah jumpa penulisan sebegitu selepas itu. Meninggalkan kesan jugak rupanya pada orang lain.

::duta::
hahah, grafik dia hancur. Memang kalau tengok kaver buku itu, agak lemah semangat nak baca bagi seorang pereka grafik. Tapi ceritanya sedalam fantasi LOTR.

d u t a berkata...

+achik+
grafik choi? hahaha...

fantasi kanak-kanak? tak ada la tat kind of story dalam kepala otak ni...

dulu aku pernah baca cerita MAN DAN MIN, kisah 2 beradik yang terpisah. Tapi aku menitiskan air mata.+

Adam Ruslan berkata...

::duta::

Kaver buku dia memang agak kurang nilai estetika. Boleh melawat di web yang diberi.

Sedih ke Man dan Min itu? hahah, aku plak yang tak pernah dengar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...