Bagi yang belum pernah mengenali aku dan Ahmad S serta latar belakang kami yang penuh ombak ranjau berduri. Yang tertanya-tanya, kenapa la aku rajin update blog, begitu meminati ruangan internet yang tidak terjangkau luasnya. Yang konpius bagaimana terpupuknya minat kami di dalam bidang IT yang serba canggih ini. Aku kongsi di sini bagaimana ianya bermula.
Kami sama-sama belajar di sebuah maktab yang bertaraf aliran sains penuh serta asrama penuh. Tetapi di zaman itu, tiada lagi capaian internet mahupun komputer berspesifikasi tinggi yang mampu menggubah gambar mahupun membuat potoshop. Makmal komputer adalah hanya untuk memproses perkataan dan belajar sedikit sebanyak ilmu BASIC 123, COREL dan Wordpad. Entah ke hape mende aplikasinya buat masa sekarang, aku kurang pasti.
Akan tetapi sebab mak telah mendahului zamannya di dalam pandangan jauhnya terhadap bidang IT ini, sebelum Siti Nurhaliza menyanyikan lagu cinta IT lagi mak dah beli sebuah komputer. Komputer yang mula-mula mak beli adalah masa aku dan abang masih di Kulim, maksudnya tahun 1987. Mengikut cerita dari Pak yang aku baru teringat semula selepas Pak mengulanginya masa aku balik Kulim haritu. Tok Wan membantah keras pembelian ini. Tok Wan kata, buat apa beli komputer mahal-mahal nih. Bukan boleh guna tekan-tekan keluar mee goreng pon. Hahah. Masa tu, mak buat loan dengan majikannya untuk membeli komputer ini, yang akhirnya menjadi bahan belasahan kami main game. Game Olimpik, game Prince of Persia, game Pac Man, game Othello, game entah ke hape lagi yang mana menggunakan disket cakera liut hitam saiz 6 inci. Lagi tinggi grafiknya, lagi berkeping-kepinglah disket itu.
Maka aku sudah punya asas komputer, masa kelas komputer di maktab, bila cikgu komputer tanya apa komponen asas komputer, aku dengan penuh steady menjawab, keyboard, CPU dan Monitor. Bangga. Yakin. Takbur. Aku ingat aku dah dapat pelajar terbaik dah subjek komputer tingkatan 3 masa graduasi, tapi ada orang lain yang aku rasa mengipas cikgu komputer untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi. Hahah. Hasad dengki.
Yang aku ingin kongsikan di sini adalah, masa tingkatan 4 dan 5, dah tiada subjek komputer buat kami menyalahgunakan komputer di makmal. Maka aku telah mewujudkan perlawanan bola sepak persahabatan tidak rasmi (tanpa sokongan atau kebenaran pihak berkuasa maktab) antara kelas-kelas semasa di tingkatan 4. Mula-mula aku set up dengan Gemuk dari kelas Melur yang kemudiannya di panggil pasukan Kickers. Kelas aku, kelas Mawar, aku timbul idea nak bubuh nama Chunkies. Memang kelas nama kelas kitorang. Sebab tingkatan 4, maka kami adalah junior pada tingkatan 5, maka segala perlawanan persahabatan kami dijalankan penuh susup dan saspen ketika pelajar lain sibuk menelaah semasa prep petang. Tanpa rasa bersalah mahupun rasa akan ditangkap atas kesalahan displin kerana menyalahgunakan prep petang, kami lawan bola atas padang tengah panas terik. Gadis-gadis kelas dipanggil sebagai penyokong dan tukang sorak. Agak malang, Chunkies hanya ada 8 orang gadis di dalam kelasnya. Lagi 16 adalah jejaka tampan bergaya. Maka sokongan mereka berbelah bahagi.
Keputusan perlawanan cukup memberangsangkan, pasukan Chunkies tidak pernah menang apa-apa perlawanan sepanjang tingkatan 4. Keterujaan perlawanan bola persahabatan itu menyebabkan kelas-kelas lain turut mengambil bahagian. Idea ini berterusan sehingga tingkatan 5. Masuk tingkatan 5, kami ajak juga kelas PKP aka pasukan Pikapong, alangkah bahagianya bila pasukan Chunkies dapat mengalahkan pasukan Pikapong ini dalam salah satu dari siri perlawanan kami dengan mereka. Kelas Ahmad S juga pernah kami kalahkan. Sekali je, lepas tu kalah teruk kembali. Hahah. Kelas Ahmad S guna nama Sonic. Jersi termahal antara kami yang lain. Itu pun sebab ada sumber dalaman. Tak aci. Ye, setiap pasukan punyai jersi kelas tersendiri. Beli guna duit sendiri, cari kedai sendiri, pilih nombor jersi sendiri. Memang semangat assabiah yang kuat antara kami.
Ada sumber-sumber mengatakan aku adalah empunya diri yang memulakan siri memboikot rakan-rakan kelas PKP sejak mula mereka ditubuhkan. Aku rasa ia tidak benar. Aku hanya bengang bila mana masa ujian kimia pertama di tingkatan 4, yang mana kami perlu ke kelas PKP dan kelas PKP duduk di kelas kami untuk mengambil ujian ini. Bila nak keluar setelah habis ujian, ramai yang kecoh-kecoh kat belakang aku sebab tak reti nak jawab soalah kimia. Aku releks-releks je, sebab aku suka subjek kimia. Aku dah nak keluar pintu, ada gadis berbangsa Siam dari PKP yang mencebik dan mengeluarkan ayat ini. "Eh, dorang ni macam kelas bodoh je". Ada dua tiga gadis PKP yang tersenyum mengganguk. Memang sampai sekarang aku bengang dengan kenyataan dari seorang Pikapong-Pue-on itu. Bukan dengan satu kelas. Hati sudah tercalar, menang bola sahaja ubatnya. Keputusan ujian Kimia itu aku agak tinggi untuk kelas aku tapi bukan tandingan dengan kelas PKP, jadi aku sedar dan rendah diri kembali.
Kisah ini seharusnya lebih panjang, tapi aku kasihan dengan penterjemah berita yang saban hari menerima berita-berita sedunia yang perlu diterjemah beliau. Aku risau jika penterjemahannya terganggu, berita hiburan di tv mungkin terjejas. Mungkin ada juga yang akan terlalu sibuk sehingga tidak dibaca kisah ini sepanjang hujung minggu nanti.
Gabungan ilmu komputer dan minat terhadap bolasepak dan semangat assabiah kami untuk kelas kami. Walaupun jejaka kelas aku tetap bercakaran dengan gadis-gadis kelas yang lapan itu, gurau kasar orang kata. Kami telah abadikan kenangan itu ke dalam web alam maya. Tak caya aku, Ahmad S dan Mohd T ada web kelas?
Layan web ini dengan menekan kekunci mouse pada gambar-gambar dibawah.
(diambil selepas majlis graduasi, web ini, Edek yang buat, Adz pon sekali, aku tumpang sekaki)
Zaman dulu (10 tahun yang lalu) pon Adz dah bleh edit buang kaler, tinggal kaler merah je. Power power.
(mujur ada gambar dengan jersi Sonic, web ini Ahmad S yang buat)
Ahmad S memang gila IT, dia pernah berlari-lari ke fakulti komputer bersama Adz untuk menyalahgunakan makmal komputer disana. Aku berlari anak je.
(web ini Ejam yang buat, tapi dia tidak menyertakan sebarang gambar bersama jersi Kikers, mungkin sebab semua jersi mereka telah di pau senior lepas SPM 96)
Kikers adalah team paling power, saingan terdekat kelas Dailami yang tiada nama pasukan. Chunkies hanya pernah tewas tipis, tewas sikit, tewas teruk dan tewas bergaya dengan mereka.
Kikers adalah team paling power, saingan terdekat kelas Dailami yang tiada nama pasukan. Chunkies hanya pernah tewas tipis, tewas sikit, tewas teruk dan tewas bergaya dengan mereka.
Sejarah penubuhan dan segala yang berkaitan dengannya ada di dalam web yang boleh di ketik dari gambar-gambar di atas. Tak hilang dari simpanan jaringan internet zaman ini.
8 ulasan:
Memang nostalgik!
Apa pun, kalau boleh kena save gambaq-gambaq yang ada dalam website tu sebab kalau owner lama tak update nanti webhosting akan lupuskan semuanya... Jangan sampai hilang semua artifak bersejarah tu.
Paling senang, beli hosting dan domain sendiri. Murah ja.
::saiful::
entah, owner sendiri dah lupa password untuk web kat anglefire itu. hahah. Kami bergabung buat web untuk kelas, ustaz relek2 je buat untuk diri sendiri. heheh. terer terer.
web hosting & domain, edek ada la kot. yang lelain kurang pasti.
ya betoll....aku sokong...aku pon dah lupa ape password angelfire.hahahaa....giler nostalgik...tapi ade satu la nak bagitau...masa sekolah dulu aku tak pandai main bola...skang aku pandai main striker je. tolong jangan soh aku main bek ye...itu posisi pembaca berita...mungkin dia boleh buat lakonan kena terjahan keras dari pihak lawan.... (larikkkkkkkkkkkkk)
+semua+
wah2... pertamanya... kan....
semuanya ayat berbaur dendam ni... termasuk terhadap diri ku ini...
baiklah... ala ni kisah lama kan? tak yah simpan dalam hati la. dah besar dah... mungkin dia cakap tuh sbb masa tuh dia tak sedar hari tua nanti. maafkan je laaa... kan...
pasukan bola? aku dipaksa beli jersi ni. aku suka adidas tapi tak suka color biru. aku suka pink! hahahah....
eh, aku selalu sepak kaki pihak lawan, bukan sepak bola. main ganas gile ahh... cam main ragbi! hahahha.... sampai sape yang kurus kering kelas adam tuh pawie? edeng? haaa... dia bengang gile ngan aku tau! Sebabnya asyik sepak kaki>
lepas daripada tuh, aku haram kan aku main bola sepak. sbb aku rasa aku tak dapat bola pun.... dapat kad merah je.
komen panjang berjela pun tak pe. sebab esok cuti... hahahah... lepas 2 hari baru email ni di balas. kira menang laaa sekejap.
siap, aku tuliskan cite korang kan... nanti .... ermmmm, semuanya dihujung jari ni...
ops! lupa, kuril ajak jumpa esok. pawie laaa... (best tak aku msg kat sini bagitau ko pawie? best kan?) ... Aku saja nak tiru watak orang tuh, hantar msj kat blog. konon setiap 2 minit, org bukak blog kan?
ikhlas...
peminat sukan perak
wah duta telah meninggalkan satu topik dalam blog amani (Sebab lebih 25 patah perkataan, amani punya tak pernah kurang)....
aku pon dapat invitation dari kura kuril. insyaAllah aku datang. ni pon seb baek tau aku baca ni...kalo aku tak baca sah2 la korang kutuk aku tak reply 'msj' dalam blog...eh...betol ke blog pengantara yang terbaik meninggalkan msj...???? owh....mungkin si pemilik menganggap sesape yang terbaca msj tu akan memaklumkan kepada yang berkenaan kottttt????? :P
Amani ko join esok..eh malam ni la kat kopi bean ampang...kura kuril belanjer
rasenye ada tiggal komen kat sini..tak tau masyukk tak..apa pun..tournament tu dulu illegal yeks??
::duta+red::
usaha meletak mesej atau pesanan haruslah berada di bahagian utama, bukan komen ye, mujur aku baca, kalau tak tak tau pon kuril tetiba memunculkan diri dan ingin membelanja rerakan. Hahah. Lama mendiam diri. Tapi memang tak nak turun KL pon minggu ni.
Tapi coffe bean tak kene boikot ke? Hahah.
Dengan membalas komen ini, aku harap kenyataan akan membuka blog ini selepas 48 jam tidak benar. Tetiba jiran aku bleh pulak bagi wireless free. Aku tidak pinta demikian.
Rakan sekelas aku itu bernama Udeng ye. Dia jadik Ah Long dulu, tukang cari penghutang AEON Credit dulu. Itu yang aku tahu 2 tahun lalu. Masa tu dia masih single. Skarang dah kawen kot.
Pasal ahli Pikapong itu, tiada dendam di dalam hati. Cuma hati tercalar je. Harap maklum ye.
::Anese::
Aku tidak membuat komen moderation, maka rerasa komen itu gagal dipos dengan selamat.
Ye, bukan tournament pon, perlawanan persahabatan je. Tapi sangat memberangsakan. Juga tidak mendapat kebenaran mana-mana pihak berkuasa. Hehe.
Hehehe...
Saya ada buat simple page untuk kelas Tanjung. Juga forum untuk kelas Tanjung, budak-budak Tanjung tahulah...
Catat Ulasan