Advertlets

Jumaat, Mac 27, 2009

Jalan-jalan JB - Sabtu 7 Mac 2009

Hujung minggu memang acara berjalan-jalan. Tambah-tambah masa awal bulan.

Sabtu itu, memang dah lama terbaca bunting mempromosikan Hari Landskap Kebangsaan 2009 yang akan diadakan bertempat di Hutan Bandar MBJB, Taman Mutiara Rini, selang 2 kawasan perumahan dari rumah. Taman ini memang tempat main anak-anak waktu petang pada hari kelapangan. Bukan Hutan Bandar di JB ye encik Duta, ini taman baru. Kali ini, isteri Perdana Menteri yang hadir merasmikan majlis. Kami tak kesah sangat hal Hari Langskap Kebangsaan itu, datang hanya untuk melihat gerai-gerai menjual bunga dan pokok yang turut diadakan sempena majlis ini.

Apa yang sempat dan dapat dilihat adalah, penganjur Pesta Layang-Layang di Pasir Gudang turut membuka gerai mereka di sana. Dapat la melihat dengan dekat Layang-layang buaya dan Ikan Pari itu. Ada juga pameran wau segala jenis wau. Jadi, ini bukan gambar kitar semula ye. Memang ada layang-layang itu di sana. Kalau rasa gambar memakai spek mata hitam itu agak melampau, itulah dia si Aqil, aku baru beli kat kedai 2 ringgit sebelum sampai ke Taman Hutan Bandar itu. Sebab selalu sangat dia mintak nak pakai yang aku punya. Ada gambar sarang labah-labah spiderman dibingkainya. Dia pakai seharian spek itu. Sampai ke malam mintak nak pakai spek itu.


Masa turun ke tempat gerai-gerai pokok, majlis perasmian masih berlangsung, nampak VVIP agak ramai dengan kehadiran banyak buggy yang membawa mereka. Kami rakyat marhaen terpaksa meletak kereta jauh di luar taman dan berjalan kaki masuk. Ramai juga pengunjung yang hadir sama-sama memeriahkan suasana. Sesi melihat gerai dipendekkan bila terjumpa titis-titis hujan. Payung tak bawak, nak kendong anak lagi kalau hujan, tempat berteduh tiada. Maka keputusan diambil untuk berjalan keluar dan ke destinasi seterusnya. Sempat juga anak-anak singgah main di taman permainan tapi cukup singkat.

Masuk kereta, perjalanan diteruskan. Kali ini menuju bandar JB. Ini kerana semalamnya aku terbaca surat khabar rakan sekerja. Dia suka beli NST, dulu beli Berita Harian, tapi tukar selera lepas 8 Mac 2008. Ada cerita pasal
Salahuddin Bakery dalam bahagian Johor Buzz. Aku punya rasa ingin tahu yang lebih dan mencarinya. Ezi setuju. Aku pernah diberitahu orang pasal kedai roti yang dah lebih 70 tahun wujud ini. Tapi belum pernah sampai. Boleh masuk arkib negara dah usianya. Pengasasnya dari Rajasthan, India. Tapi sekarang yang mengusahakannya adalah cucunya. Boleh baca dengan lanjut dalam artikel yang aku letakkan capaiannya itu.

Kami sampai dah dekat jam 3 petang. Roti Benggali biasa dah tiada dari rak. Yang tinggal adalah pastri jem strawberi dan roti bun petak. Beli yang tinggal je, buat merasa. Hasil rasaan. Memang roti ini rasa roti Benggali. Sama. Bau pon sama. Bukan macam roti beli kat La Boheme ke, Lavender ke. Kene cuba baru tahu rasanya cemana. Kalau pernah merasa roti Benggali la. Aku ingat masa kat Kulim dan Ampang masih ada lagi Benggali jual roti dengan motosikal.

Hiasan dalaman kedai ini agak ringkas. Ada beberapa rak-rak kayu yang agak usang dan kehitaman untuk menyimpan roti-roti yang sudah dibakar. Ruang pembakar boleh dilihat jelas ketika memasuki kedai. Ada satu ruang seperti tetingkap yang sekitarnya berbekas hitam akibat jelaga api. Itulah ruang bakarnya. Papan tanda kedai ini juga tidak memerlukan sebarang pereka grafik untuk menggubahnya. Cukup dengan papan hijau dan cat putih. Nampak sangat tulisan tangan tanpa perlu photoshop atau sebarang perisian canggih. Pun begini. Kedai ini masih bertahan. Bukti grafik mahupun pemilihan font bukanlah impak utama menarik pelanggan. Di bahagian kaunter jualan, roti-roti pelbagai rupa dan perisa diletakkan mengikut kategori. Yang menjual ketika itu adalah pemilik kedai. Boleh lihat gambarnya di dalam gambar dibawah, yang dibingkaikan itu. Di belakang kaunter jualan kelihatan keratan-keratan akhbar yang juga dibingkaikan, baru dan lama yang telah memberi publisiti dan pendedahan tentang kewujudan kedai ini.

Nak mencari kedai ini pun tidak susah, dari simpang Kotaraya, terus ke arah Little India, dan mencari Jalan Dhobby, susur jalan Dhobby ini sehala dan kedai ini terletak di tengah-tengah deretan kedai belah kanan.

Dah beli roti, naik semula kereta. Kali ini ke arah Kampung Melayu Majidee. Dari bandar JB, kami ambil jalan Tebrau ke arah luar bandar. Susur masuk ke Taman Suria mengikut simpang ke Giant Taman Suria (dahulunya Extra). Taman Suria ni ada rumah pakcik kepada Ahmad S. Dua tiga kali jugak aku pernah ke rumah pakcik Ahmad S ni. Ada lagi ke pakcik itu di sini?

Dari Taman Suria, masuk ke simpang ke Kampung Melayu Majidee. Mencari Jalan Rahmat. Segala nama jalan di sini mempunyai unsur kebaikan. Jalan Murni, Jalan Usaha, Jalan Harmoni dan sebagainya. Setelah membuat U-turn baru ternampak gerai seperti yang disiarkan oleh NST bahagian Johor Buzz yang sama. Itulah
Cendol House.

Ulasan untuk cendol disini, agak baik. Sesedap rasa je. Tetapi cendol terbaik tetap di Haji Shariff, Seremban. Santannya tidaklah terlalu pekat sampai boleh naik tekanan darah ke paras tertinggi seperti di gerai D'mara Larkin. Kami pesan 3 mangkuk cendol campur (pulut, kacang, jagung). Juga satu mangkuk soto nasi. Soto nasinya agak sedap. Sebab kuah yang berperisa, pekat dan kepingan ayam yang banyak. Semua hidangan habis licin.

Pengunjung juga tidak putus-putus datang dan pergi. Ada juga kenderaan berplat Singapura yang singgah ke gerai ini. Jadi bagi aku, agak istimewa la tempat ini untuk dikunjungi waktu petang.

Yam, bila Aqil buat isyarat jari cam tu, memang dia akan sebut Cik Yam. Jadi hang jangan risau. Dia masih mengingati hang, walaupun hang takdak kereta.

Sekian dahulu aktiviti berjalan-jalan yang dilakukan pada hujung minggu itu. Kenal mengenal bandar Johor ini. Yang telah lebih 1/3 dari usia aku berada di sini.

3 ulasan:

d u t a berkata...

+bapa+
ermmm... seronoknya jadi anak dia. dapat gi jalan2 main2 kan! haha...

ok, macam ni... soal grafik dan peranannya... mari kita kaji sejarah kejayaan keluarga pengeluar biskut terkenal DANONE dan MUNCHY! bagaimana sebuah pengeluar biskut tempatan itu mampu menjadikan produknya begitu terkenal? jawapannya mudah! perubahan yang dilakukan...

biarpun perniagaan itu menjadi pekerjaan turun termurun dan mampu bertahun-tahun bertahan kerana kehebatannya, kenapa tidak dikomersial kan dengan sebijak mungkin? Lihat sahaja old town white coffee dan Nandos... mereka rakyat Malaysia dan menggunakan peluang sebijaknya! Ambil peranan dalam bidang pemasaran yang melengkapkan sesebuah inspirasi perniagaan dengan menggunakan kepakaran pereka grafik... chup! ada logo halal yang disahkan tak pada produk yang dibeli?

komen berbentuk perbincangan...

kaler_pensel berkata...

oh..sejak bile plak aku ajar die buat peace? wawawa..ape2 pun aku perasan depa pki baju NZ..hahaha..yeay!

Adam Ruslan berkata...

::Duta::
Hahah, begitu mendalam penggunaan grafik ye. Tapi di sini saya tekankan hujah saya dengan kata kuncinya, bertahan. Perniagaan itu bertahan tanpa perlu grafik yang hebat.

Saya bersetuju dengan hujah perubahan dan pergembangan perniagaan perlu selok belok grafik dan hiasan. Sekian dahulu hujah saya.

::kaler pensel::
Mujur terjumpa sehelai baju bercorak biri-biri kat JUSCO, beli buat Ammar. Jadi la sepasang untuk dorang. Konsep/corak yang sama. Ini K.Ezi punya idea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...