Ni adalah hasil semaian pokok cili aku sebulan yang lepas. Aku pindahkan ke pasu lain. Dari satu pasu besar ke 3 pasu kecik. Satu pasu kecik tak menjadi.
Pokok cili padi dah mula menampakan pertumbuhan pesat. Tapi bagi pokok cili besar, sangat lambat baru nak tumbuh tunas.
Layan.
Pokok cili padi yang dah membesar
Pokok cili merah yang baru tumbuh tunas
Owh, untuk Post Kenapa Saya Suke Henpon Saya part II, dah ada tambahan lagi,
Saje nak mengundang rasa iri hati kepada korang semua:
15 Mac 08 - Cakera Mingguan - CD Terjah (pilihan lagu Nas Ahmad) 17 Mei 08 - Cakera Mingguan - CD Andhra & The Back Bones 5 Julai 08 - Cakera Mingguan - CD Fiq - Rocker Era Baru
Setakat itu sahaja aktiviti menelepon secara pantas dan berkesan yang sempat dilakukan ketika bersiar2 dengan Gen2 bersama keluarga.
Sempena hari Ahad, aku menyandang cangkul untuk touch-up halaman umah yang nampak cam tadika terbiar nih. Petang tuh gi amik tanah kat kawasan bekas perumahan, dapat la satu tong. Jumpa kerikil & tar yang tak terguna dilonggok orang tak nak, amik gak untuk tutup lubang depan umah.
Balik, aku ganti kepala paip sinki yang terpatah semalam. Uzur benar dah tadika terbiar nih. Pastu tampung tanah yang amik kat laman luar. Tak cukup, kena amik lagi lain kali. Rumput2 yang dah dibuang, aku bakar, tapi separuh je, takut jiran2 komplen asap masuk umah. Nanti bakar lagi. Buat baja.
Masuk rumah rehat2 kejap, anak2 duk kacau wat keje, lagipon tak smayang asar lagi. Dalam kol 6 lebih dorang semua terlena, penat main.
Pas smayang asar, aku sambung semai benih cili yang dibeli minggu lepas, cili merah ngan cili padi. Harap2 bertangan sejuk la aku hendaknya. Siap semuanya.
Ingatkan nak g makan malam kat kedai je, tapi Ezi cadangkan untuk makan spesel sket, sempena hari bapa. Aih, aku nye hari, aku kene pikir nak makan apa?.
Dah nak dekat sampai pon kedai dituju, patah balik, layan JUSCO yang entah ke berapa kali kami datang dalam minggu ni saje. Tak pernah aku cuba Mega Mac. Layan McD je. Sedap dan berpatutan harganya.
Mega Mac, sebijik cam dalam iklan, tak cam kfsee (tipu). Abah nye hari, aqil yg dapat mainan Ammar takde mainan pon suka
Selesai makan, aku bawak anak2 layan playground kat Arena. Biar la dorang main sampai penat. Layan.
Seronok aqil lari sana sini. ammar plak teruja dengan gelungsur. Ni gambar yang aqil snap sendiri. Selamat hari bapa juga untuk Pak - Hj Ruslan dari kami sekeluarga.
Hari Sabtu, makan pon belom, dengan bersahaja aku cadangkan untuk g jenguk Bandar Penawar jumpa Angah n anak2. Tido sana semalaman dan mandi pantai di Batu Layar. Ezi tepon dorang, tanya ok ke tak, terus kami siap2.
Gi Jusco kejap beli jajan dan buah tangan, dengan berbekalkan roti dan air oren kami memulakan pejalanan.
Sampai KPM Bandar Penawar dekat jam 5. Sementara nak sampai, sempat memenangi Cakera Mingguan Era - Andhra & The Backbone.
Malam, ada keramaian. KPM ada pelawat dari KYM Melaka. Dorang wat BBQ di pantai. Kami juga menyelit untuk tumpang makan. Aku menerai SD870IS aku utk shoot waktu malam, ada 2-3 je menjadi. Layan.
Balik rumah, layan tv kejap, belasah anak2 buah main chess. Pastu masuk tidur. Anak2 tidur lambat. Dorang layan ceta Tomb Rider.
Esok pagi. Kol 7 lebih dah siap2. Turun sarapan. Pastu tanya Abg Husin, jadi ke Batu Layar? Dia kata ok. Angah terus ke dapur siapkan bekal. Anak2 disiapkan. Dalam kol 10 gak baru gerak. Dari Bandar Penawar adala 10km ke Batu Layar.
Sampai, cari tempat. Kali ni mencuba di bahagian sebelum batu2an. Ada pokok2 untuk berteduh. Ni la serba sedikit aktiviti berkelah kami.
Orang bentang tikar untuk duduk, dorang nih bantai baring plak. Eksesais dulu sebelum mandi Yeeha, air laut.. aqil datang.. Owh.. kakiku digigit mesra ombak2 kecil.. Ramai2 besidai main air. Sekitar pantai Batu Layar yang best ini.. Aku suka layan Batu Layar, air dia jernih, pantai halus dan putih, ombak tak tinggi, pasir tak berselut.
Balik mandi pantai. Aku dan anak2 lena sampai jam 2 lebih. Kami gerak balik ke Taman U dalam jam 4 lebih. Pejalanan balik lagi lama sebab kereta banyak menuju bandar. Yela cuti skolah ujung minggu kan.
Lambatnye update kan, sambung dulu trip US harituh. Rasa cam nak ringkaskan je. Poin2 penting je.
30 Mac 08 - Ahad Pagi: Sarapan di hotel. Tengahari: Membeli belah di Arizona Mill - Levi's, Osh Kosh, T'shirt2 Footwear. Makan tengahari: Claim Jumper
Claim Jumper, femes ke? entah, meh layan ape ada dalam nih:
Petang: Balik rehat2. Lewat petang: Airport, budget boleh tukar teket untuk semua, tak bleh untuk United Airways. Mimpi ngeri. Malam: Makan malam kat airport, piza dan sphegetti. Lewat malam: Baru sampai hotel, tapi hal tukar teket tak selesai gak. Aku tanya bos, takde jawapan. Aku wat keputusan beli teket baru untuk rombongan. Awal pagi: Dapat sms dari bos pasal hal teket, terus mimpi ngeri.
31 Mac 08 - Isnin Sarapan di hotel, bangun lambat dari janji dengan orang lain. Begerak ke tempat lawatan. Sebuah loji janakuasa di barat Arizona. Tengok2, jenguk2, bincang2, belek itu ini. Dah tengahari. Pegi makan kat TGI Fridays di stadium baseball Phoenix (tak ingat nama). Layan Fridays Shrimp. Balik semula ke loji, amik gambar lagi sket, pastu dah kene beransur. Dekat jam 3 dah pon. Sepanjang balik, tumpang keta Mr W. Ada ke patut dia layan becakap ngan henpon sepanjang2 pejalanan balik tuh. Dah la sesat jalan. Sampai hotel. Siap2 mandi smayang, dah kene cek out. Flight yang baru ditukar semalam jam 630 petang. Cek-out hotel, siot, hotel cas sehari walaupon cek out kol 4. Bos marah aku pasal nih. Haha. Sampai airport, rakan rombongan semua kene SSSS. Cek seluruh badan dan swab segala beg n barang yang dibawa. Nasib aku tak kena. Untuk alas perut, layan Pizza Hut cheese besama air jus. Tak pernah aku makan pizza hut topping cheese je.
Sampai LA, sejuk!!. Lain dari Phoenix yang agak panas dan kering. Naik shuttle ke hotel. Ni muka baru sampai LA dan tengah terjenguk2 cari shuttle.
Lepas cek in, lagi 2 orang dah tak nak keluar makan. Aku dengan Mr Y keluar, layan kedai depan hotel je, beli jajan kat stesen minyak, pastu pegi makan McD (Fillet O Fish ye). Sebelah2 je pon. Sejuk giler, malam dengan angin yang bertiup. Aku jumpe mende ni kat kedai minyak tuh, cam beli gula2 plak.
Balik bilik hotel. Tido. Ehh dah kat Los Angeles la. Huhu..
Sebenarnya aku dapat confirmation trip nih jadi dalam seminggu sebelum tarikh berlepas. So seminggu tuh aku berada di dalam keadaan gelisah/terawang2 sebab hal tiket diuruskan oleh orang lain yang mana kalu tak dapat tiket tuh, sama ada aku tak pegi atau kne bayar mahal gle utk trip yang sama. Tambah2 aku baru je balik dari berulang alik dari JB-KB-JB untuk cuti maulidur rasul minggu tuh.
So, Jumaat malam, aku gerak ngan Gen2 ke KL, agak lewat kitorang gerak walaupon aku boleh keluar awal dari opis. Disebabkan aku tak nak banyak hal2 keje tertangguh, aku balik keje lewat gak. Ezi la kelam kabut nak siap2kan barang2. Untuk dia dan anak2 dan untuk aku. Tambah nak duduk tumpang rumah orang. So dalam kol 8 lebih kami gerak dari JB. Sampai KL jam 12malam. Sepanjang pejalanan, kami duk cuba2 meneka apekah lagu 'rock masyuk' yang apek sumbangkan, hampeh tak dapat jawapan, tapi bila dah agak konfem jawapan tuh, cubaan mendail plak gagal. Akhirnya ada orang lain yang menembusi talian tetapi gagal meneka. Elok2 orang tuh jawab, kitorang sampai dah kat UK perdana.
Aku punggah barang bawak masuk umah Ateh. Dah pesan untuk mintak tolong Abg Di untuk hantar ke KL Sentral jam 7 pagi esoknya. Memang tepat jam 7 pagi, Abg Di, Ateh, baihaki & irdina ikut serta menghantar aku. Aqil dah terbangun, sempat la babai ngn dia. Aku naik ERL dari KL Sentral ke KLIA. Sampai dekat kol 8. Kaunter check in penuh, ramai gle orang beratur berlingkar2. Sebab MAS buka semua kaunter untuk 2-3 trip pejalanan yang berbeza.
Yang menjadi keseganan bila aku tengok orang lain yang tengah beratur. Semua dengan beg troli separas pinggag. Aku? beg galas laptop dengan beg sandang style balik kampung. Sampai kat kaunter, gadis kaunter tanya, Sir, do you want to check in this bag?. Ayatnya cam nak suruh aku hand carry je, yela 4.5kg je. Tapi disebabkan LAG (liquid, aerosol & gel) requirement, aku tetap nak check in. Memalukan je. Kononnya dah 3 kali pegi US, wat pe bawak banyak2 barang. Bukan pegi becuti. Hahah. Sebab tuh mase mula2 aku nak pegi US dulu, mak suruh aku bawak beg Polo besar dia. Aku pon tak tau ape sebab. Sekarang baru aku paham.
Flight MAS dari KLIA ke Taipei jam 1020 pagi. Aku sampai kat gate jam 945. Dilambatkan oleh kaunter check-in yang nak kan aku masukkan alamat tempat dituju. Siap nak poskod lagi, manaakunaktau. Nasib aku pernah google map kan tempat nak pegi, teringat2 gak la poskod Phoenix tuh. Dalam MAS, MH95 lebih tepat, aku lagi puas hati berbanding penerbangan UA dan China Airlines sebelum ni. Ada skrin sendiri, filem atau siri boleh dipilih dan ikut tempo sendiri. Makanan pon boleh tahan, cuma kantoi bila sarapan, ada ke buat telur dadar bersama brokolli? Hambar. Aku sampai Taipei, Lapangan terbang antarabangsa Taoyuan, ingatkan sama Kai Shek dengan Taoyuan, aku cuba la cari terminal utama sebab ada surau kat situ. Tengok2 lain semacam je. Design dari luar lebih kurang. Tak jadi la nak smayang. Berenti pon sejam je untuk isi minyak. Kat sini aku terjumpa sesuatu yang menarik. Cawan kertas. Haha. Mesti terbayang cawan biasa kan. Tengok gambar ni: Menarik kan? bleh minum air panas atau sejuk dari mesin air dia. Mudah, murah dan kompak.
Naik balik kapal terbang, makan lagi, baru smayang. Untuk pengetahuan, MAS ada booklet kecik untuk panduan semayang menghormati waktu, aku perasan masa baca majalah dia. Aku mintak satu kat peramugara tuh. Dia bagi la 2 booklet, satu untuk doa menaiki kenderaan dan satu lagi panduan semayang menghormati waktu. Secara ringkas, ini adalah panduan untuk kita smayang pada waktu yang telah ditentukan, tapi tanpa air semayang dan kedudukan kiblat yang nyata. Rukun solat sama, kecuali pergerakan sedikit terbatas. Seperti sujud dan rukuk, kita hanya perlu duduk di tempat duduk sendiri dan guna pergerakan badan n kepala sebagai isyarat. Cuma, solat menghormati waktu ni kene qada' bila sampai ke tempat tuju kalau dah lepas waktu tersebut dan kita masih dalam perjalanan. Cuma, aku maseh tak pasti cemana nak pastikan tempat rujukan buat menentukan waktu solat. Dari tempat kita gerak atau kepada tempat kita nak pegi, cemana plak kalau tempat nak pegi tu ialah melintas garis waktu meridian yang mana kita akan sampai hari yang sama dengan hari kita bertolak. Ada sape bleh tolong?
Aku sempat layan 5 filem dalam flight, 2 cerita yang menampilkan Jude Law sebagai hero. Sumolah, dan ceta katun tapi tak sempat habis.
Aku sampai di Los Angeles setelah mengharungi penerbangan selama 18jam. Waktu tempatan jam 1 petang, aku ada penerbangan sambungan ke Phoenix jam 4 petang. Ni la gambar aku dan kenderaan yang driver aku tolong bawak, tak besar mana, Boeing 747 je haha..
Nak lepas imigresen dan kastam tak la sepayah dulu. Beg pon dapat cepat, tapi aku tak jumpa rakan penerbangan aku, Mr Y. Aku dah keluar arrival hall pon tak nampak dia, ingat nak terus ke terminal 4 LA tuh, tapi tak kan dia dah terlepas tak tunggu aku. Aku tak tunggu dia mungkin la. Duk ke hulu ke hilir dalam 30 minit gak, aku pegi tandas dulu. Memang aku bernasib baik, terserempak dengan dia yang baru nak masuk tandas. Selamat. Lagi satu, mase lepas kaunter imigresen, aku terjumpa bekas pelajar KTC, UTM sama2 kursus ngan aku tapi dia senior satu batch. Bersalam2 dan bertanya khabar, dia pon ada keje kat LA. Haaa tu la, betul kata tok. Tok kata, sape2 yang kalu makan, dia akan kutip makan nasi yang terjatuh dari pinggan tu, pegi mana2 pon mesti jumpa kawan dia. Betul kan?
Dah tu kitorang pon menapak la dari Terminal utama ke Terminal 4, jaaauh tu. Ada la 15minit berjalan dengan angin sepoi2 bahasa yang sejuk cam ekon. Aku dengan konfiden membawa Mr Y. Dia kata jangan assume2 a, kene betul la. Nasib baik betul. Dah sampai terminal, kitorang duduk2 sambil minum cola2 dan ada sorang budak remaja dari Malaysia datang tegur, dia baru first time keluar negara, kompeni dia antar untuk latihan 3 bulan kat Texas, dia sama penerbangan dengan kami dari KL tadi. Borak2 sampai kol 4, kami pon naik lagi kapal terbang ke Phoenix. Layan muke serius amik gambar sendiri sebelum naik kapal terbang ni:
Naik 737 je. US Airways. Aku rasa aku terlena sepanjang perjalanan sampaikan tak sedar dah nak sampai dah. Tu pon malas nak bangun. Sampai Phoenix dalam kol 4 petang. Dapat naik shuttle van ke hotel, pastu cek-in, pastu masuk bilik hotel, mandi, smayang, buka intenet, chat ngan shidah, chat ngan mak, bagitau dah sampai.
Malam kami layan satu tempat makan malan yang agak femes dengan mende2 bakar2 ala2 steak, aku order speghetti je. Jalan2 tengok2 orang. Ramai muda mudi kat sini sebab dekat dengan Arizona University. Kami makan tuh dekat Monti's, Tempe. Aku rasa cam pernah masuk Discovery, tapi entah. Makanan oke, tapi ambient nye best. Suram je. Layan. Lagipon tempat ni dah lama ada, Encik Monti itu dah ada 4 generasi dah. Kedai koboi ni masih di sini.
Oke tu je lah pejalanan aku yang mengambil masa hampir 2 hari nih.
Ye, mengikut tajuk seperti di atas, belum tamat lagi perjalanan ulang alik aku untuk sebulan nih. Penuh dengan aksi menaiki kapal terbang, teksi, bas, MRT, dan segala pengangkutan awam yang ada.
Aku nak ulas lanjut pon rasa berjela.. so maybe akan di peringkat2 kan mengikut trip pejalanan.
Secara ringkas, aku ada tugasan diluar negara, ke Amerika. Phoenix dan Los Angeles. Jangan jeles. 3 hari di Phoenix dan 3 hari di LA. 2 hari dalam kapal terbang. Bertolak dari KLIA 5 April, tiba di KLIA semula 11 April.
Pulang dari US pada 11 April aku memandu ke Kulim membawa anak2 dan isteri ke rumah pak n mak. Kebetulan ada cuti di Johor, dapat la sehujung minggu disana.
Aku bawa plak kete Gen2 tuh balik ke JB dari Kulim, keje hari Rabu-Khamis-Jumaat. Pastuh masuk Singapura hari Ahad.
Dari Isnin sampai Jumaat (14-18 April) aku dalam kelas, bersiap untuk menduduki peperiksaan sijil getaran peringkat dua. Kelakar la plak bila tukar BM. Haha.
Selesai kelas di Singapura, aku ada seminggu untuk bekerja di JB sebelum balik ke Kulim semula pada Jumaat malam 25 April untuk mengambil anak2 dan isteri. 27 April aku akan naik AirAsia balik ke JB. huhu. Haru sungguh sebulan yang ini.
Kalau nak balik Kelantan je, sure tiket abes, duduk la kat mana pon, teket balik Kelantan sure abis. Dulu mase aku praktikel kat Kemaman, ada ke kaunter transnasional tuh jual 5 tiket je sehari untuk balik Kelantan?. Tambah2 hujung minggu, banyak tu je tiketnye. Adala 2-3 kali gak aku tak jadi balik sebab takda tiket.
Kalini di JB, dengan anak2, aku dah tak gemar cari bas sebab aku tahu anak2 aku sure bosan tahap meraungnye kalu duduk je dalam bas 12 jam. Mencarilah aku teket keretapi untuk balik Kelantan, aku nak balik sempena cuti Maulidur Rasul, balik amik dorang dari Kelantan balik JB. Aku amik cuti Jumaatnya. Cadangnya boleh la duduk sehari dua di rumah mertua. Tapi disebabkan femesnye tiket Kelantan nih, tempat tidur bawah habis untuk Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk perjalanan dari Kelantan ke JB. Yang ada hanya Khamis malam. Aku pon tempah la tiket Kulai-Tumpat untuk aku hari Rabu malam (RM51), Tumpat-JB (RM53) aku, ezi dan anak2 hari Khamis malam. Maknanya aku sampai Tumpat siang Khamis, malam tuh dah naik balik tren ke JB. Haru. Tapi dah tu je satu2 nye pilihan yang aku ada.
Sampai aku di Tumpat jam 12 tengahari disebabkan keretapi ada mesalah malam tadi, ezi datang amik dengan moto je. Sebelum tuh aku duk perati ada sorang uncle cina yang buta baru turun dari keretapi yg sama dengan aku, dari tren dia dipimpin staf KTM ke kaunter. Dia pon bertanyakan tiket yang dia ada tuh untuk balik ke KL jam berapa, staf di kaunter menjawab jam 630 petang. Uncle ni pon berkata, kalau macam tuh saya jalan2 dulu la di sini, di Tumpat ada masjid kan?, hari ni kan Muhammad punya besday, dorang ada buat sambutan ka makan2 ka? Saya mau pergi tengok2. Dia pon berjalan keluar dari stesen, ada seorang pakcik kereta sapu yang bertanya arah tuju uncle nih, dia hanya memimpin uncle nih turun dari tangga dan dibiarkan je uncle ni ke jalan besar. Aku pon tak tahu samaada dia tak nak hantar ke hape. Uncle ni pon berjalan 2,3 tapak, dan kebetulan ezi sampai dan berhenti betul2 didepan uncle nih. Aku suruh ezi tanya uncle nih nak ke mana, ezi pon cakap takpe, suami saya boleh tolong hantarkan uncle. Uncle ni pon membonceng aku ke masjid, uncle ni cakap dia just nak tengok2 sambutan di masjid tuh, kalau ada makan2 dia nak turut serta. Aku cakap, tak pastilah ada ke tidak sambutannya sebab dah tengahari masa tuh. Sampai di masjid aku tinggalkan uncle tuh. Aku perasan ada sorang pakcik di perkarangan masjid, aku pon pesan kat dia, uncle nih mintak tolong hantarkan dia ke masjid, nak tengok sambutan maulidur rasul. Saya hantarkan la. Pakcik tengok2kan la dia. Aku gerak balik ke stesen amik ezi untuk pulang ke rumah tok mek. Masa lalu di pasar Tumpat, aku selisih balik dengan uncle nih dengan ditemani pakcik tuh. Aku rasa pakcik tuh tunjukkan jalan dimana ada kedai makan kot. Harap2 masih ada orang yang tunjukkan jalan selepas itu untuk dia.
Sampai di rumah tok mek, anak2 masih lagi lena. Selepas berehat ala kadar dan tengah bersila untuk makan tengahari, aqil dan ammar bangun. Aqil yang terjaga dulu dan mengejutkan ammar. Ammar cam biasa, bangun je sengih bila ada orang tegur. Ammar dengan jayanya telah merangkak ke arah kami. Banyak tapak juga dia merangkak. Sebelum ni ezi kata setapak dua je merangkak. Tak pernah lagi tengok merangkak cam nih. Dah boleh merangkak rupanya ammar ni. Baru 2 minggu je abah tinggal.
Malamnya selepas magrib kami bertolak ke stesen, dihantar oleh angah, abang husin, tok mek, amri dan afifah. Ramai penghantar dari yang nak naik keretapi. Dalam keretapi, aqil tak bleh duduk diam. Sekejap2 dia turun dari seat, berdiri di tengah koridor. Dia gi selak abis tirai orang lain. Ada gadis cun dia layan. Ada makcik tuh offer keropok dan air dia amik. Tak malu tol. Boleh plak dia pegi balik untuk kali kedua, ketiga dan keempat rasanya. Sampai dekat jam 11 dia masih tak tidur. Ammar lama dah lena. Aku pangku aqil, main kira2 ngan dia, sampai la dia mamai dan lena. Lega.
Kami sampai di Kulai jam 11pagi. Naik teksi balik ke Taman U. Sepanjang hujung minggu tu, kami hanya duduk dirumah. Tak keluar langsung sampai ahad malam. Berehat serehatnya.
Semalam lepas layan berita TV3, ingat nak pegi makan malam. Dah lapar sesangat. Tapi terbaring jugak aku melayan siri drama baru TV3 - Sindarela. Aku ingat lagi masa siri pertamanya aku layan dalam setengah jam pertama sebelum mengalih ke cerita lain, jadi agak tahu serba sedikit jalan ceritanya.
Yang sangat menarik perhatian aku dan berjaya berusaha untuk aku bergelak ketawa bila mana watak2 sampinganya mempunyai nama yang pelik. Kekasih hati Norkhairiah bernama Butang, huh (muka cam penyanyi indon). Sebelum itu watak baru sampingan, bodyguard baru anak sultan bernama Kuntum bin Wan Kembang Kuncup (haha, ganas nye bodyguard itu). Bodyguard lamanya juga bernama pelik, namanya Kelat. Juga peguam yang diberi jolokan Aloya Kezumbo oleh mak watak utama (Sharifah Amani), Zoela. Lawyer dan Aloya kan lebih kurang je bunyinya.
Hemm jalan cerita agak fresh cuma semua watak2 sampingan mempunyai personaliti yang sangat menonjol sehingga seakan tidak realistik. Dah nama pon cam kisah dongeng kan, jadi boleh la melayan di kala kebosanan ini. Yaa jangan lupa jam 9 malam di hari Selasa nanti ya. Episod lepas semuanya masih ditayangkan di website TV3. Layan je. Aku pon nak recap episod lepas. 7 episod dah rupanya.
Kalau orang kata Raya Haji kat Kelantan meriah, aku kata mungkin. Tapi bagi aku PilihanRaya lebih meriah di Pantai Timur.
Manakan tidak, sepanjang perjalanan pergi dan balik aku memandu kereta, aku tak pernah bosan dengan pelbagai cara penyokong parti untuk cuba menarik perhatian dengan menggantung poster, bendera dan kain rentang. Perang bendera ini cukup menarik sekitar Terengganu dan Kelantan. Bukan sahaja bendera bersaiz standard, yang bersaiz gergasi muat buat cadar king size bed pon banyak, berselang seli pulak tuh. Ada yang satu warna/corak, tapi juga tak tahan bila digabungkan bendera rumah merah/putih dan rumah biru menjadi seakan2 bendera Malaysia (kotak biru dipenjuru kiri, then berselang seli merah putih). Bila sampai mana2 jambatan, tak kan ada ruang kosong yang tak terisi dengan bendera2 ini.
Objek/replika juga sangat kreatif dicipta oleh penyokong parti. Paling tak tahan bila ada penyokong rumah hijau yang meletakkan sebuah basikal kanak2 dan replika kereta lumba yang penuh dibalut bendera dan poster di sebuah simpang trafik di Marang di dalam segitiga yang dikelilingi kon2 kecil. Di Kelantan juga kelihatan kereta kebal (van yang dibalut bendera dan disandarkan tayar2 buruk berwarna hijau tengahnya putih), helikopter, replika tugu negara, ikan jerung (bertampalkan poster kecil rumah biru). Tak lupa, semua bangsal/bilik gerakan di hias hebat serta masih berpenghuni walaupon sudah lewat malam. Ada yg menyediakan makan malam, video ceramah, tak lupa juga studi grup serta kerusi malas buat tidur.
Kemuncak kemeriahan bila kami memasuki Kota Bahru, jam sudah 120 pagi. Di Pasir Tumboh kelihatan seperti punya keraian. Aku yang dah mengantuk teruk jadi segar terjaga dengan kehadiran orang ramai yang berkumpul dan berdiri sepanjang jalan. Memasuki jalan selepas Kubang Kerian, kami dikejutkan dengan deruman motorsikal, pemboncengnya mengibar bendera, bukan satu dua. Tak terkira ramainya. Ingatkan konvoi, tapi lebih kepada perarakan. Majoritinya anak-anak muda ini mengibar bendera hijau, tapi ada terselit juga bendera biru yg mana akan dikutuk hebat oleh pemerhati di tepi jalan. Makcik dengan anak2 di dalam kereta turut mengibar logo/bendera kesukaan. Abang2 dengan lori/pickup penuh muatan dibelakang dengan penyokong2 turut menyertai perarakan ini. Jalan menuju ke KB Mall jem teruk. Kelisa di depan aku yang tergantung bendera kecik berwarna biru menjadi bahan usikan mat2 motor yang lalu mencelah, maklumlah pembawanya perempuan. Brader bermisai tebal dan keluarganya di dalam Kancil yg menampal bendera biru yg besar di bonet belakang tidak pula di sapa. Kiri dan kanan penuh dengan penyokong2 parti yang berbilan usia. Yang memerhati pon ramai, kaki lima penuh dengan orang yang berdiri, berkerusi, atas moto dan di dalam kereta yang turut memeriahkan perayaan ini. Raya esok la woi.
Lagaknya situasi ini seperti perayaan jika Malaysia memenangi bola Piala Dunia. Tapi bendera yang dikibarkan bukan bendera Malaysia. Aku mula terpikir, dimana letaknya sokongan yang digembar gembur di dalam media untuk parti rumah biru di negeri ini. Kalu cenggini la sambutan hari pilihanraya di Kelantan awal pagi itu, sememangnya esok itu seakan pasti sokongan naik menerjah bulan. Harap2 beginilah sambutannya kalau betul Malaysia menang bola Piala Dunia.
(aku betolak dari JB, Jumaat 7 Mac 08 jam 11 pagi dan tiba di Tumpat jam 3 pagi, tempoh pejalanan 14 jam menaiki Gen-2.)
Sabtu, 8 Mac 08 - Tumpat, Kelantan
Jam 11 pagi, ezi dah selesai mengundi di Sek Keb Berangan, Tumpat.
Aku tinggalkan aqil untuk bermain dengan sepupunya di rumah tok mek. Asyik dia bermain pasir dengan kawan-kawan sebayanya.
Pejalanan ke Pengkalan Chepa untuk mengundi buat pertama kali pon bermula. Bendera2 parti yang berkibar di jambatan yahya petra sangat menarik, tersusun berselang seli dan berkibar dek angin yang kuat nampak sungguh bersemangat.
Pada mulanya aku ingat pusat mengundi aku di maktab perguruan pengkalan chepa, tapi bila lalu depan pintu utama, nampak lenggang dan macam takde je? Dah tu kat mana? Aku pusing pengkalan chepa 2 kali, akhirnya berhenti depan sekolah dato' hashim. Hentam je, aku menuju ke khemah sebuah parti paling dekat dengan aku untuk menyemak nama, bagi aku khemah mana satu tak penting, janji nama aku ada kat situ. Kad pengenalan dihulur, lega bila nampak ada nama dan butiran aku dicetak keluar. Diberitahu nombor siri dan saluran mengundi. Turut sama pada waktu itu ialah pelakon salam pantai timur aka Timah Gebok yang juga mengundi di pusat yang sama.
Rupanya ada kaunter SPR untuk menyemak butiran, hemm, kalu tahu camni tak yah la aku serba salah nak masuk khemah semakan parti tertentu. Ditunjukan arah ke saluran lima, bangunan paling hujung sekali. Sampai disana, panjang juga orang yang tengah beratur, ingatkan boleh masuk terus pangkah je. Beratur la aku dalam menunggu giliran, adala 25 orang. Sambil menunggu, layan gambar2 nih.
Sampai setakat ini, aku masih belum ada ketentuan untuk mengundi siapa. Bila masuk giliran aku, ditanya nombor siri aku dan disemak pada rekod nama. Disebut nama dan nombor kad pengenalan aku supaya didengari 2 ejen parti yang memantau proses pengundian, digaris diatasnya dan aku diberi 2 kertas mengundi, satu kuning, satu oren. Aku ambil dan menuju kotak menanda. Ada pensel 2B. Aku buka kertas, aku pangkah dan terus lipat kembali. Teringat pulak nak tengok nombor siri kertas undi aku, ohh ada nombor siri rupanya. Tapi berlainan nombornya antara kertas oren dan kertas kuning. Juga aku tak terperasan jika ada antara pegawai SPR yang menyalin nombor siri pada kertas undi yang diberi atas nama aku. (aku yakin undi memang rahsia).
Keluar dari saluran aku lega. Tertunai juga tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan aku bangga kerana aku tahu undi aku bukan kerana dipaksa, bukan kerana disogok, bukan juga disebabkan ketidakpuashatiaan kepada mana-mana pihak. Aku mengundi untuk memberi amanah kepada pemimpin untuk mewakili aku mentadbir negeri dan negara. Jam 2 petang aku balik ke tumpat.
Malamnya selepas makan malam, aku layan badminton All England sambil mata mengekor tulisan berderet panjang dibawahnya mengenai keputusan pengundian. Kekalahan pemain Malaysia seakan sama dengan apa yang terjadi di tanah air. Teruja dengan keputusan pengundian yang sungguh diluar dugaan, aku capai senarai penuh calon pengundian dari sisipan The Star dan mula menanda keputusan satu demi satu. Nampak gayanya parti memerintah seakan kehilangan sokongan. Sampai jam 2 pagi aku menunggu, tapi keputusan tempat mengundi aku belum keluar. Aku terpaksa juga untuk lena kerana esok ingin memandu ke Terengganu. Aku rasa keterujaan aku untuk mengundi kali ini ada makna disebaliknya.
Bonus untuk semua yang sudi membaca, layan gambar aqil yang seronok tak terhingga bermain bersama Tania (mak kambing yang baru dibela che dah).
Nota kaki: semua gambar diambil mengunakan henpon cikai (rujuk entri sebelum ini) yang tiada megapixel sebagai spesifikasi.
Arsenal berjaya mengalahkan AC Milan 2-0 yang tidak pernah kalah dengan mana-mana pasukan British di San Siro di dalam kempen Piala Eropah sebelum ini.
Di awal permainan, nampak seimbang dengan Milan mengasak terlebih dahulu. Banyak peluang terhidang yang disia-siakan oleh kedua-dua pasukan. Pato, Inzaghi, Adebayor, Fabregas dan Sanderos mensia-siakan peluang menjaringkan gol. Masuk separuh masa kedua, perlawanan masih 0-0 dengan kedua-dua pasukan tampak mula menaikkan tempo mencari gol. Kedua-dua pasukan lebih berhati-hati di 10 minit terakhir. Akhirnya memasuki 6 minit terakhir Fabregas memusnahkan harapan Milan untuk bingkas melawan. Di kala permainan tampak berkesudahan 0-0 hingga tamat perlawanan dan kemungkinan masa tambahan jelas dan nyata, Fabregas mencuri ruang dengan rembatan jarak jauh yang tepat ke bucu kanan gol Milan, Kalac yang tinggi lampai berusaha melayangkan badan tetapi tidak terjangkau dek rembatan deras yang melantun sedikit menyentuh tanah sebelum menerjah jaring gol. Tiada siapa menyangka Fabregas dapat melepaskan satu rembatan yang tepat dan deras tersebut dengan pertahanan Milan hanya dapat melihat bola masuk ke dalam gol. Milan berusaha mencari 2 gol kerana CL menggunakan aturan gol ditempat lawan yang jelas tidak berpihak kepada mereka dalam situasi ini.
Masa tambahan 4 minit diberikan tetapi jelas Milan sudah tidak berdaya, beberapa gerakan Kaka cuba mengacah pertahanan Arsenal tetapi berupaya dipatahkan. Dalam satu gerakan kilat menyerang kembali, Walcott mendapat umpanan disebelah kanan dan berjaya mengelak terjahan Kaladze, dengan ruang yang tersedia, Walcott melintangkan bola dan disambar Adebayor untuk gol kedua Arsenal. Kemenangan di dalam tangan dan ternyata malam ini milik Arsenal. Corak persembahan, peluang menjaringkan gol dan kawalan permainan sememangnya milik Arsenal. Arsenal menerima tepukan gemuruh diseluruh stadium San Siro malam ini untuk persembahan menarik mereka.
Sengaja dicatatkan disini buat adik-adik di perantauan dan saudara mara terdekat yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Jah yang baru berlangsung. Maaf, tiada gambar buat masa ini. Digarap melalui pandangan mata aku, anggaplah ini pandangan peribadi ye.
1 mac 08 Aku mengambil keputusan untuk bertolak pada pagi Sabtu ke KL atas beberapa sebab, yang utamanya untuk servis kereta dahulu yang telah lanjut tempoh wajib servis, bayangkan dah naik turun Kelantan-JB, KL-JB tah berapa kali belom sempat nak servis (rujuk entri sebelum ini). Kereta selesai diservis jam 1230 tengahari, kami (aku+aqil) menunggu dari jam 9 pagi, boring duduk dalam ruang menunggu, kami duduk dalam kedai mesra petronas, tengok2 belek2 barang, aqil amik, sentuh, jatuhkan aku angkat, susun n letak balik. Siap kereta kami balik ke rumah untuk mengambil ezi dan ammar, dorang pon belum siap mandi lagi. Jam 130ptg aku melepasi tol Skudai, jam 430ptg dah berada di tol Subang. Lapar, trus makan ape yang terhidang. Pak Hood dan Mak Neng baru je sampai, mak n pak tiada, dorang ke kenduri kahwin, makcik pula ke Mydin membeli barang. Mak n Pak sampai tak lama selepas itu, terus menukar baju dan masuk dapur. Potong buah2 untuk rojak dan memasak apa yang patut. Keja aku dari kol 6 sampai 9 malam ialah memanggang. Dari melekatkan api sampai la siap ayam, daging kambing, sosej dan sotong dipanggang semuanya. Berasap se-USJ. Ramai gak tetamu, jiran2, anak buah pakcik (kak Nah), pak din n makcik alia, pak su sekeluarga, mak caq, abu dan tunang, teman lelaki adik qis dan kawan. Hemm, aku terpikir gak, dalam duk sibuk nak kenduri Jah ni pon pak sempat nak menganjurkan parti BBQ. Dah la kat umah makcik. Ape pon layan je.
Malam tak berhenti disitu saja, jam 11 segalanya telah selesai. Setelah meja kerusi dan laman depan dikemas, makcik mula mengeluarkan tomato, cili, kentang, daun bawang, bawang besar dan pisau2 istimewa untuk memotong bahan2 tersebut buat hiasan hidangan makanan pengantin. Pak, Mak, makcik, mak caq, ezi duduk semeja mengerjakanya. Aku siap mandi menunggu jam 12, sebab mak dah ajak pergi ke dewan untuk menguruskan bunga2 hiasan meja yang dianyam mak caq n makcik sejak 2 bulan yang lalu. Ada 50 pasu semuanya dan telah dibawa Abu ke KL dahulu sebab dia nak antar tunangnya balik ke Selayang. Jam 1225 malam kami bertolak ke KL. Tersangkut dalam kesesakan di jalan sultan ismail, sebab warga KL baru mula ke kelab malam yang berderet di jalan p ramlee. 2 kali pusing jalan bukit bintang baru terjumpa tempatnya. Mak Teh dan Pak Teh pon baru sampai, tapi pulang semula kerana tertinggal barang. Kami naik ke dewan, nampak masih belum siap dikemas, meja dan kerusi dah tersedia dengan alasnya tapi sudu garpu belum tersusun. Ada band yang tengah praktis lagu untuk esok. Jumpa pak mus n anak. Abu dan rakan2 pon muncul selepas itu. Bunga2 dikeluarkan. mak caq n mak cik agak keciwa sebab bunga2 dah penyek disebabkan disusun bertimpa antara satu sama lain. Terpaksa la kami cuit2 dan kembangkan semula sebelum disusun pada tiap meja. Hanya ada 33 meja yang disediakan, jadi ada la yang mak caq bawa balik semula. Jam 230pagi, tiba kembali di rumah makcik. Semua dah lena tidur, bahan2 hiasan semua dah siap dipotong, jadilah bunga dari tomato,cili, daun bawang dan bawang. Mak dan mak caq dah hilang mengantuk (dalam kereta dorang dah tidur berkeroh dah). Dorang sambung mengemas dapur dan menyiang bahan2 untuk masakan hidangan pengantin. Aku tidur untuk rehat seketika.
2 mac Bangun untuk subuh jam 630 pagi, di dapur telah kalut dengan sesi masak memasak, ada mak cik, mak neng dan kak owm. Kecon seketika bila kaki pak berdarah banyak, pak baru sedar ada serpih kaca ditapak kaki, dia cabut dan darah keluar dengan banyak, dari malam tadi lagi pak dah terasa perit tapak kaki, ingatkan lenguh berdiri, rupanya ada serpih kaca. Lepas subuh, pak ke klinik untuk mencuci luka. Aku sambung tidur. Jam 830pagi, mak caq dah kalut, kerah semua untuk bersiap. Aku bersiap, ezi yang dari subuh dan tak tidur dah siapkan barang2, cadangnya selepas kenduri nak gerak JB terus. Anak2 je belum mandi. Aqil pon tak sambung tidur selepas subuh tadi. Kami siap jam 9 lebih. Aku bersarapan dengan nasi lemak berlauk udang galah berempah. Ada lebih dari lauk hidangan. Mula memunggah masuk barang2 ke kereta, segala kuih2 dimasukan ke van pak hood. Lauk2 lain diriba adik, mak caq, azam, izzah dan kak owm dalam avanza pakcik. Kami tiba di dewan, orang pertama berbaju majlis kenduri yang sampai. Dewan dah siap sedia dengan hiasan pelamin, hiasan meja tapi makanan belum dihidangkan. Tema pengantin berwarna kuning. Baju pengantin kuning pekat, makteh anak beranak berbaju kuning cair berkain organza yang sama corak. Amir dan pak teh berbaju melayu kuning cair.
Ada kaunter pendaftaran di pintu masuk. Dari semalam mak caq dah mencadangkan untuk mendapatkan buku catatan tetamu, tapi pagi tadi rumah makcik, dia suruh batalkan je agenda mencari buku tersebut. Tapi bila sampai ke dewan, mak caq sekali lagi mengusulkan cadangan buku tetamu tuh. Aku bagitau ezi, dan kami pon keluar ke Time Square dengan harapan ada kedai buku disana. Dengan kalutnya, kami tiba d TS, tengok direktori, ada Borders. Terus ke tingkat 1F, cari borders. Jumpa, masuk, naik ke tingkat atas, rupanya stationery di tingkat asal, turun kembali, jumpa buku yang dicari. Tapi aku mengambil masa yang lama untuk memilih pen yang sesuai. Bayar, keluar Time Square, kembali ke dewan. Rombongan dari rumah jah dah tiba di dewan, berada di bilik persalinan untuk mekap. Mula dari sini, aku ke hulu ke hilir mendukung aqil, duduk sebentar bersembang dengan sedara mara, makan, kembali melayan aqil bermain2. Juga sempat bergambar dengan pengantin. Kemudian banyak menghabiskan masa melayan anak2 diluar dewan. Sempat berjumpa Tok Pah yang juga hadir untuk majlis ini. Sampai jam 4 petang, baru majlis selesai. Kami berkeputusan untuk pulang ke rumah makcik sebab terlampau penat dan mengantuk, sepanjang perjalanan ditahan2 mengantuk yang amat sangat. Sampai je rumah, terus bentang toto dan lena. Mak hanya singgah jam 630petang untuk mengambil barang dan terus bergerak balik. Kami bersiap selepas magrib dan pulang ke JB malam itu. Tiba di Jb jam 1130mlm. Lenguh kaki dan badan.
Semalam sedang kami membeli barang keperluan di JUSCO, tuan rumah telefon. Dah berdebar sebab dia jarang/tak pernah telefon kecuali betul2 penting. Dalam hati masa tu ingat tuan rumah nak mintak naikkan sewa. Tapi rupanya sangkaan ku meleset.
Dia bertanya tentang pokok mangga di depan rumah, mula-mula tanya siapa punya. Bila dijawab, saya yang tanam, dia minta untuk 'dimatikan' pokok mangga itu. Alasannya, takut akar pokok mangga yang bila membesar nanti akan merobohkan tembok batu ditepinya itu. Hemmm... aku jawab nanti saya usahakan.
Balik dari JUSCO, aku merenung lama pokok mangga tu. Kesian ko pokok. Ape boleh aku buat ye?
Sebenarnya, aku sangat menghargai pokok mangga itu, kerana pokok mangga tu pak yang bagi semasa dia datang ke JB sesudah kami berkahwin, masa mula2 masuk rumah ni, pokok tu pak yang tanam sendiri di tepi penjuru laman. Abang pon dapat pokok yang sama dan telah ditanam di belakang rumahnya.
Aqil pon ada cuba bermain dengan memanjat pokok ni semasa bermain dengan kucing jiran kami. Hemm.. Berat hati nak cantas begitu saja pokok mangga itu. Tanah di luar rumah pula tak sesuai untuk menanam pokok kerana jerlus dan penuh batu. Cuma satu yang kami hairan, dah 3 tahun pokok ini ditanam, belum pernah nampak ia berbunga dan berbuah.
Baru mendapat ilham dan pendirian untuk menulis secara tegar.
Telah menetapkan untuk meneutralkan blog sehabis mungkin ke arah bahasa melayu. Tak kisah samada bahasa percakapan atau baku, janji bahasa Melayu. Entri lama nak dibiarkan saja dengan apa yang dah tertulis tapi entri akan datang akan berbahasa Melayu.
Segala susunatur blog yang boleh dialih suara, akan dicuba sebaik mungkin. Yang mana tak dapat nak ditukar, dibiarkan saja. Iklan juga telah dibuang, kerana niat berblog telah lari dari tujuan asal bila menggunakan iklan. Biarlah tiada hasil, yang penting niat asal memblog tercapai.
Bagi yang belum tahu, blog ini bertujuan untuk menjadi medium catatan bagi aku yang dah lama tak guna diari. Sekurang2nya aku boleh mendokumentasikan kehidupan yang dilalui hari ini/minggu lepas/bulan lepas dapat direkod buat tatapan masa akan datang.
Juga buat adik-adik aku (shidah, man dan yam) yang berada jauh diperantauan untuk mendapat sedikit berita dan hebahan terkini kami sekeluarga. Gambar dah ada, cerita pon kene ada la kan?
Setakat tu je hari nih. Aku masih menangguhkan hasrat menghebahkan blog ni kepada kawan-kawan. Nanti la. Segan. Haha.
Secara ringkasnya xtvt dibulan Februari 2008. Ringkas ke? huhu..
5Feb08 - bermulanya perjalanan yg panjang 900 malam, bergerak dari rumah, berbekalkan McD tapau ke arah timur, naik haiway tol Skudai, membontoti kereta-kereta yg memenuhi ketiga-tiga lorong (termasuk emergency lane) hinggalah ke AirHitam. Perjalanan yg seharusnya sejam setengah ke Yong Peng mengambil masa 3 jam. Mula mengantuk ketika melalui jalan lama selepas tol Yong Peng Utara ke arah Segamat. Mengambil keputusan tidor di wakaf Masjid Jamek Segamat. Ada 2-3 keluarga lain yg juga turut tidur diwakaf yg berlainan. Bergolek2, tidur yg tak berapa lena sebab anak2 menangis n merengek, sambung tidur di dalam kereta hingga jam 4 pagi. Basuh muka, anak2 dah turut lena. Memulakan kembali perjalanan ke arah Kuantan. 530 pagi berhenti membeli air n jajan d Petronas Muadzam. 630 pagi, sembahyang subuh berjemaah di kem askar Kuantan. 815 pagi, sarapan pagi di kedai kopi femes, Kemaman. Singgah Petronas Kemaman isi minyak hingga melimpah ruah (ralit membetulkan wiper). Perjalanan ke Timur Utara diteruskan terus menuju Tumpat. Jam 2 petang sudah tiba di JPN Tumpat untuk mengambil Mykid Ammar (sementara pejabat masih terbuka waktu ini). Sampai di rumah tok mek jam 230 petang. Mandi, makan tengahari dan terlena (kepenatan yg amat) bersama anak2 dan isteri hingga lewat petang. Tempoh perjalanan : 17 jam termasuk rehat.
7Feb08 - jalan-jalan ke KB Membawa tok mek n adik ipar ke TESC* selepas makan tengahari. Gudang luarbiasa bagi rakyat Kelantan. Ramai yg kurang tahu mengenai ruang letak kereta di tingkat 2. Semua takut nak dekat. Parking diruang lapang yg panas di luar. Beli brg keperluan rumah dan hadiah kahwin buat rakan ezi. Ramai gak pengunjung disini. Pulang ke rumah. Malamnya membawa ke suatu peristiwa yg tidak dapat dilupakan. Sudah dipesan untuk tidak menceritakan hal itu. Haha.
8Feb08 - jalan-jalan ke PK Selepas bersolat Jumaat, menghadiri kenduri rakan ezi, adik kepada abang ipar kami. Hanya sepelaung sahaja. Makanannya sederhana tapi menyelerakan. Selesai makan dan bertegur sapa, bergerak ke Pengkalan Kubur, cadangnya mencari jersi Arsenal dan periuk. Ramai juga pengunjung disini. Parking penuh. Jersi dijumpai. Berpusing2 mencari periuk. Kemudian ezi pula ingin membelikan jersi yg sama untuk Ammar dan Aqil. Selesai aktiviti membeli belah, pulang ke rumah dan singgah di pasar malam chabang 3 membeli makan malam.
9Feb08 - bertolak balik Jam 6 pagi kami telah menyiapkan diri untuk perjalanan pulang. Cadangnya ke Melaka dahulu berjumpa pak n mak. Tok mek membekalkan sebungkus besar kuih buat jajan dan telur masin untuk keluarga disana. Bertolak jam 730 pagi, anak2 disalin pampers tanpa mandi terus dengan baju tidur ke dalam kereta. Tersilap lorong 2 kali di pekan KB sebab terlalu lengang di pagi hari. Perjalanan berhenti di Masjid Terapung, Kuala Terengganu untuk mandi dan rehat jam 11 pagi. Selesai mandi dan mengambil gambar, bergerak kembali, singgah di Marang membeli keropok lekor buat pak n mak. Tiba di Kerteh, drive thru McD untuk makan tengahari. Sepanjang perjalanan, Aqil hanya tidur selepas mandi dan tejaga kembali utuk makan. Singgah solat Zohor di Petronas Gebeng dan mengisi minyak jam 3 petang. Jam 530 petang berada di Segamat. Menyusur ke Tangkak melalui Sagil. Tiba di Bemban, Jasin jam 730 petang. Mak dan abang sedang memanggang ayam, ikan dan kambing. Berehat, mandi, makan dan sambutan besday adik dengan kehadiran Pakcik Azman dan anak2. Tempoh perjalanan: 12 jam (tak terasa penat sangat)
10Feb08 Bertolak pulang ke Johor jam 12 tengahari. Pak n mak dan adik bertolak lebih awal, jam 10pagi ke Utara. Tiba di Skudai jam 145 tengahari, tapau nasi Pak Ali buat lunch. Rehat sepanjang petang. Terbaca iklan Cavenz* di paper, tunjuk kat ezi. Bersetuju ke Cavenz* untuk menukar order. Berharapan agar dapat diterima. Salesmen Hanis sangat berbudi bahasa dan berjaya menukar order. Sangat berpuas hati. Pulang untuk makan malam dan rehat. Tempoh pejalanan: hampir 2 jam (aik dah sampai?)
12Feb08 Harus outstation ke KL. Mulanya ezi dan anak2 tak nak ikut, tapi sangat berat hati utk ditinggalkan, barang dah siap sebelum magrib lagi, tapi masih delay dengan berat hati nak gerak sorang2. Last2 ezi setuju untuk ikut serta. ezi packing dengan pantas untuk dirinya dan anak2. Jam 9malam bertolak berbekalkan McD lagi untuk makan. Sesudah memasuki haiway, baru teringat terlupa membawa "baju keamanan" untuk Aqil. Berhenti di Kulai, mencari2 baju mana yg sesuai buat Aqil. ditunjukan untuk aqil. "Nanak", sambil mengeleng-geleng, jawab aqil. Sangat kelakar, akhirnya diberi sahaja baju biru cheetah. Take it or leave it. Barulah aqil dapat tidur lena. Berhenti di petronas pedas linggi untuk mengisi minyak dan beli air. Tiba di Subang rumah makcik jam 1230malam. Pakcik masih menunggu kami tiba. Tempoh pejalanan : 3 jam setengah
13Feb08 Bangun awal dan bersedia ke AB*, sepanjang hari disana menyiapkan presentation. lunch di kayu.
14Feb08 Ke AB* dan kemudian kapar. Selesai presentation dengan jayanya. Nampak berharapan. Pulang dan rehat seharian. Malamnya ke ukay perdana, tidur di rumah kakak ipar untuk hari esok.
15Feb08 Bangun awal lagi dan bersiap2. Sarapan dan terus keluar tika luar masih lagi gelap jam 710pagi. setengah jam untuk melepasi kesesakan ke jalan Ampang. Kemudiannya terus lancar meluncuri MRR2 ke arah Seremban. Singgah di rnr seremban untuk rehat dan rawat, masih awal kerana belum pun jam 8 pagi. Meeting jam 930 di Mukim Jimah. Tiba di sana tepat pada waktunya. Selesai urusan jan 1120pagi. Terus bergerak ke tempat seterusnya. Kuala Lipis. Selepas mengaamati peta perjalanan, cadangan awal melalui tol seremban-sg besi-mrr2-gombak-bentong pon diputuskan. Jam 1230 di gombak. 130 petang di Bentong. Panas, kereta kurang, banyak lori. Mata tak dapat dibuka sebab mengantuk, ditahan hingga melepasi Raub dan berhenti di masjid Penjom. Lena 20minit. Keluar sembahyang dan menyiapkan diri. Memasuki PGM jam 330ptg. Sekali lagi berkesempatan menaiki pickup ke dalam lombong tersebut. 300m ke bawah tanah. Urusan selesai jam 520 petang. Bertolak balik ke KL. sms pawie untuk makan malam. Janji di TESC* ampang. Tiba jam 8 malam. membeli susu buat aqil dan menunggu pawie. Makan di nasi ayam linda. boleh tahan. membuat keputusan untuk melawati rumah baru pawie. sebiji cam casa impian. malu je nak tunjuk rumah sendiri. Sedang melayan Rajalawak, pawie dapat panggilan dari mizie+ipin di wangsa maju, ajak berjumpa. Layan. Jam 10 ke sana. Berborak2 hingga melewati jam 12. Harus pulang kerana menumpang rumah orang. Tempoh pejalanan : 12 jam (dari 7pagi-7malam)
16Feb08 Jam 8 pagi, mizie mengajak untuk berjumpa tuanfahmi. Cadangnya ingin membawa anak dan isteri sekali, tapi disebabkan mizie dah siap dan tuan rumah tiada, bergerak dahulu dengan mizie ke rumah fahmi. bersembang2 dan makan2 hinggah 11 pagi, mizie sudah ingin bergerak pulang, balik ke rumah, tidur sebentar dan menyiapkan diri. Ke rumah fahmi sekali lagi dengan anak2 dan isteri. Jam 4 petang, pada mulanya ke arah ampang untuk ke subang, ditukar ke arah sungai buloh disebabkan kesesakan. Tiba di rumah mak caq sebelum jam 6. Rehat dan tidur sebentar. anak2 bermain dengan 2 pupu mereka. makan malam, makcik pon sampai untuk makan sekeluarga. kami beransur pulang jam 9 malam. ke arah johor bahru. Tiba ditol Skudai jam 1230malam. Sangat mengantuk. cadangnya ingin melayan Arsenal, tapi gagal. lena dan mengetahui keputusan esoknya. dibelasah teruk 4-0 oleh MU. Tempoh pejalanan: 3 jam setengah
Jika dilihat kembali, memang kali ini perjalanan dengan kereta amat panjang. tapi, itulah kami, sudah terbiasa menaiki kereta untuk perjalanan yang jauh. aqil pon sangat seronok didalam kereta dan seperti tidak biasa jika sehari tidak berada dalam car seat.
kesimpulan: JB-Tumpat-Jasin-JB-Subang-KL-PD-Raub-KL-Subang-JB dalam tempoh 2 minggu. penat yang amat. mileage dekat2 3oookm secara total. Gen-2 ku memang handal. huhu..
Kisah riwayat hidup henpon ku dan aktiviti berkaitan denganya..
NOKIA 3210 (RM 550) - 2001 - Baru belajar SMS (tika ini sms free dari rangkaian adam@timecel@maxis) - Bercinta bagai nak rak menggunakan henpon, call yg panjang-panjang n sms yang tak terhingga. - kene rembat ketika tidur malam raya 2002.
NOKIA 8250 (RM 1xxx) - 2002 - 2004 - menang pertandingan 'jari pantas' radio terkenal di malaysia. - 2004 - menang pertandingan sms terpantas ketika perjumpaan sesama rakan sekolah lama. - terlalu uzur hingga bateri tidak lagi bertahan, skrin mula hilang dan muncul semula, bunyi suara kedengaran kekadang tidak.
NOKIA 6020 (RM 580) - 2005 hingga sekarang - hadiah hantaran kawin - Feb 2006 - menang pertandingan sms terpantas untuk teket wayang 'buli balik' dari stesen radio terkenal - Feb 2006 - menang pertandingan sms terpantas untuk teket world cup exhibition Berjaya Times Square 2006 dari stesen radio yang sama - Mac 2006 - menang pertandingan 'jari pantas' radio terkenal di malaysia - May 2006 - menang pertandingan 'jari pantas' radio terkenal di malaysia - May 2006 - menang pertandingan sms terpantas untuk teket wayang 'superman' dari stesen radio terkenal - Feb 2007 - dapat CD-Aboi untuk panggilan terpantas cakera mingguan stesen radio terkenal - Mac 2007 - menang pertandingan sms terpantas untuk teket wayang 'meet the robinson' dari stesen radio terkenal - Jun 2007 - menang pertandingan sms terpantas untuk teket wayang 'hot fuss' dari stesen radio terkenal - Jun 2007 - dapat CD-Sony Hits panggilan terpantas cakera mingguan stesen radio terkenal - Jun 2007- menang pertandingan sms terpantas untuk teket wayang 'transformers' dari stesen radio terkenal - Disember 2007 - dapat CD-Hazami panggilan terpantas cakera mingguan stesen radio terkenal
fast and efficient sms function still and will be my first criteria on selecting new henpon. huhu. don't really care on the color, megapixle, windows, GPRS, GPS, etc..
Ye, radio ERA tuh memang selalu sangat dengar / folow, tapi hanya apabila berada didalam kereta.. almost semua aktiviti yg berkenaan telah dilakukan semasa berada didalam kereta. Penghilang boring ketika driving. Yg penting, teknik kene betul.. huhu..
yaa...... after so much deliberation and consideration, we postponed the journey back to my wife kampung for this raya haji holiday due to so much constraints. Rain, road closure, flood, landslide, petrol, money are the cause of concern.
So.. 20 Dec 07 Pak n Mak already planning to put a feast (kenduri doa selamat) for yam for her journey to further her study in Auckland, NZ.. we arrived the night before hari raya.. sleep late.. wake up next morning directly prepared for semayang raya.. back from semayang, the must in raya treats & dishes will be the lontong, sambal sotong & kuah kacang... huhu.. tradition must go on.. snap a photo a bit.. watch tv.. sleep.. then around 4 o'clock, start the preparation for the night kenduri.. helped my bro to clear the car porch as that will be the seating for guest.. then 'pelekat api' for the BBQ.. Yaa before we move on. my son, Aqil was stung by a bee while he was playing at the car porch, he stepped on it actually, so a loud cry heard all over the house. We calm him by applying some ointment (minyak tyt), so he's ok for a while. His tapak kaki looks ok with marks of the stung, no bengkak etc. Back to the feast preparation around 6 started the BBQ. . only marinated chicken for BBQ. first attempt.. agak hangus all the chicken due to very hot 'bara' and some flames plus letak-banyak-sangat-sampai-tak-sempat-nak-kalih. after that selepas meminta-tolong-bomba-padamkan-api, ajak adik-Qis buat skali.. baru la oke sket.. sampai dekat nak isyak baru siap.. At first we are a bit hesitate in the expected guest coming in for the feast as the food array was as much as you can think of, nasi minyak, rendang daging, sambal sotong, lontong, udang (galah) masak merah, ayam BBQ, rojak buah (jambu, mangga, sengkuang, nenas) and agar-agar laici.. But after the isyak prayer je, segerombolan orang pon datang, yang dari surau terdekat, opismate abang, jiran sume.. penuh gak dari luar sampai dalam umah.. kire-kire around 50 people gak.. The makan2 goes on well, almost all food cleared. Maybe because of rain / cold night, people eat more.. huhu... mengemas is done as soon as all the guest beransur. By 1AM everything back in order. Rest..
21 Dec 07 We all just lazying around, wake-up bit late. Prepare for Solat Jumaat, before that as Aqil also still asleep, look like his leg is getting worse, the swollen and red marks already reach his ankle, so we decided to bring him to hospital after the Friday prayer. Around 3, we all prepared for sending Aqil to hospital, at the same time also decided to straight away to Pantai (***) because I still unable to remember get the pantai name. At Hospital Jasin (we decided that better to go to hospital kerajaan as our budget was not there and just to try the experience). We were directed by the klinik ibu dan kanak-kanak to register at the emergency counter. Ezi made the registration after I drop her at the emergency entrance and after that parked my car at the parking space, she told the guy in the counter : Ezi "Anak saya kene sengat lebah" Petugas Kaunter menjawab " Bila kena?" Ezi (macam kene marah je) "Pagi tadi" (padahal semalam) Petugas kaunter " hah? kamu tak sayang anak kamu ke? kenapa baru sekarang bawak datang?" Ezi (terdiam, itu pon dah kata pagi tadi, kalu jawab semalam?). Ada ke dia kata kita tak sayang anak kita.. ish ish..
At the hospital, there are few people, it's a working day and already nearing 4 o clock. Aqil looks ok, playful and no merengek what so ever. An assistant medical officer - En Ramli attended to Aqil, he first weight him and then check Aqil's foot, he asked how many bee stung Aqil, and also is he vomitting?, and red marks like rashes at his body. That to eliminate the possibility of bee allergic symptom. Luckily Aqil have none of the symptom. En Ramli then write something on the medical record paper and then using his calculator, ah yes.. calculator to calculate something.
Ezi, separa membisik kehairanan, "Doktor tengah buat apa?" Me, "Dia tengah kira apeni.... aha dos, ye dos ubat untuk Aqil" Ezi, " Ooo, ingatkan ape, tak pernah jumpa doktor guna kalkulator"
En Ramli suggest to give Aqil a painkiller (paracetamol) and a cream to reduce the itchiness. We collected the medicine and all are done around 430PM. Guess how much the cost: RM1. I wonder if we went to a private clinic, easily the bill will be around RM30-50.
All of us, me, Ezi, aqil+ammar, Yam in my car then proceed to the Pantai, yaaa remember the pantai name already, Pantai Kundur. Mak, pak, qis, azimah, zahin+zahra, aishah in another car also ready to go waiting for us at bemban. We reach Pantai Kundur, now known as Pantai Puteri. All of sudden the Mak realize that she did not bring her brand new camera. Qis said she already put in Mak's bag, but the other bag.
Aqil at first hesitate to go into the sea, bit worry and as he just woke up from sleep during the trip coming in plus he cried when it looks like his abah want to tinggal him in the car while taking out the stuff from the boot. So he hold tight to me and when we were in the water, he still merengek like not enjoying it. After a while he already get used to it, but as I saw him shivering, maybe due to the windy condition and his might still a bit unwell due to the bee stung, I took him out of the water and sit on the sand for a while. Ezi gave aqil some snack, he like the cute mandrin orange very much. After that, we go back into the water as Aqil start saying "tuh, tuh," while pointing to the sea. (meaning : nak main air balik). We were in the water until Aqil lips turn purple and all his fingers 'kecut'. Huhu.. Time to come out. Aqil cried, merengek etc when he know he no longer in the water, even after he changed clothes, he still wanted to go into the water again. Hantu air rupenye..
Dinner we went to Tom Yam Klasik, as abang reffered, it come out on JJCR (jenjalan cari makan). Huge place but food just ok.. till next time for additional info on my holiday.. coming up.. zoo trip, river cruise and gulai ayam piru (turkey)... huhu..
Been a while not posting in this blog.. ada la kerje sket2 n gi sana sini since August. Highlight of the last quarter of the year will be:
i. dah dapat anak ke-dua - Muhammad Ammar Amani DOB 6 Sept 07, which a day after my birthday. For information, please browse my slide show on the right. Untuk ke dua-dua my sons.
ii. At the same time (subsequently actually), gi US, Seattle for the second time of my life for DLI D.E.I. International Sales Meeting in Bainbridge Island.
iii. Start my first fasting in US, terribly keep thinking about finding halal food for the whole week.
iv. Back from US, no rest, Rabu tuh dah ada appointment at Manjung, spend 2 day there, then ujung minggu naik ke KB with mak, man, yam to see Ammar. Back from KB to JB by bus. The next day terus ada appointment dengan customer at Pasir Gudang, on the way back, due to jet-lag, fasting, penat, tired, ngantuk, I fell asleep, swerve my car to the left (luckily on the left), drive on the bouncy dirt/grass, tersedar, terus pulas stereng to control the car but 'senirih' to a tree.. the result is: whole car body on the left kemek teruk.. claim insurance to fixt it. a day before hari raya baru dapat balik my car.. the whole while pinjam kereta my friend.
v. Hari Raya. Take bus from JB to KB, pagi tuh sampai, siap2 barang n anak2 untuk ke airport, first time amik Firefly dari KB ke Penang, spend the raya dengan my family, tak sempat beraya dengan family tok mek. Back from raya dari Penang ke JB by AirAsia. huhu. What a round trips.
vi. Result for CLS exam come out, I manage to achieved the passing mark above 70%. So I am officially a Certified Lubricant Specialist from STLE.
vii. November mid, sewaktu tengah membuat sales trip to East, Kerteh-Kuantan dsb, kene plak involve in 1 huge vib tender. So berulang alik KL-JB plak, ada la 3-4 trip gi sana. 2 kali bawak wife n anak2 sekali. Saja bawak berjalan. harap-harap ada la hasilnya..
viii. Dah nak end of the year dah.. raya haji maybe celebrate dengan family at my brother house. Xmas belom tau dimana..
Sekian sahaje.. till the next time.. got a lot to talk about my sons. Suka tengok anak-anak membesar..