Advertlets

Selasa, Mac 04, 2008

Kenduri di hujung minggu 2 Mac 08

Sengaja dicatatkan disini buat adik-adik di perantauan dan saudara mara terdekat yang tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Jah yang baru berlangsung. Maaf, tiada gambar buat masa ini. Digarap melalui pandangan mata aku, anggaplah ini pandangan peribadi ye.

1 mac 08
Aku mengambil keputusan untuk bertolak pada pagi Sabtu ke KL atas beberapa sebab, yang utamanya untuk servis kereta dahulu yang telah lanjut tempoh wajib servis, bayangkan dah naik turun Kelantan-JB, KL-JB tah berapa kali belom sempat nak servis (rujuk entri sebelum ini). Kereta selesai diservis jam 1230 tengahari, kami (aku+aqil) menunggu dari jam 9 pagi, boring duduk dalam ruang menunggu, kami duduk dalam kedai mesra petronas, tengok2 belek2 barang, aqil amik, sentuh, jatuhkan aku angkat, susun n letak balik. Siap kereta kami balik ke rumah untuk mengambil ezi dan ammar, dorang pon belum siap mandi lagi. Jam 130ptg aku melepasi tol Skudai, jam 430ptg dah berada di tol Subang. Lapar, trus makan ape yang terhidang. Pak Hood dan Mak Neng baru je sampai, mak n pak tiada, dorang ke kenduri kahwin, makcik pula ke Mydin membeli barang. Mak n Pak sampai tak lama selepas itu, terus menukar baju dan masuk dapur. Potong buah2 untuk rojak dan memasak apa yang patut. Keja aku dari kol 6 sampai 9 malam ialah memanggang. Dari melekatkan api sampai la siap ayam, daging kambing, sosej dan sotong dipanggang semuanya. Berasap se-USJ. Ramai gak tetamu, jiran2, anak buah pakcik (kak Nah), pak din n makcik alia, pak su sekeluarga, mak caq, abu dan tunang, teman lelaki adik qis dan kawan. Hemm, aku terpikir gak, dalam duk sibuk nak kenduri Jah ni pon pak sempat nak menganjurkan parti BBQ. Dah la kat umah makcik. Ape pon layan je.

Malam tak berhenti disitu saja, jam 11 segalanya telah selesai. Setelah meja kerusi dan laman depan dikemas, makcik mula mengeluarkan tomato, cili, kentang, daun bawang, bawang besar dan pisau2 istimewa untuk memotong bahan2 tersebut buat hiasan hidangan makanan pengantin. Pak, Mak, makcik, mak caq, ezi duduk semeja mengerjakanya. Aku siap mandi menunggu jam 12, sebab mak dah ajak pergi ke dewan untuk menguruskan bunga2 hiasan meja yang dianyam mak caq n makcik sejak 2 bulan yang lalu. Ada 50 pasu semuanya dan telah dibawa Abu ke KL dahulu sebab dia nak antar tunangnya balik ke Selayang. Jam 1225 malam kami bertolak ke KL. Tersangkut dalam kesesakan di jalan sultan ismail, sebab warga KL baru mula ke kelab malam yang berderet di jalan p ramlee. 2 kali pusing jalan bukit bintang baru terjumpa tempatnya. Mak Teh dan Pak Teh pon baru sampai, tapi pulang semula kerana tertinggal barang. Kami naik ke dewan, nampak masih belum siap dikemas, meja dan kerusi dah tersedia dengan alasnya tapi sudu garpu belum tersusun. Ada band yang tengah praktis lagu untuk esok. Jumpa pak mus n anak. Abu dan rakan2 pon muncul selepas itu. Bunga2 dikeluarkan. mak caq n mak cik agak keciwa sebab bunga2 dah penyek disebabkan disusun bertimpa antara satu sama lain. Terpaksa la kami cuit2 dan kembangkan semula sebelum disusun pada tiap meja. Hanya ada 33 meja yang disediakan, jadi ada la yang mak caq bawa balik semula. Jam 230pagi, tiba kembali di rumah makcik. Semua dah lena tidur, bahan2 hiasan semua dah siap dipotong, jadilah bunga dari tomato,cili, daun bawang dan bawang. Mak dan mak caq dah hilang mengantuk (dalam kereta dorang dah tidur berkeroh dah). Dorang sambung mengemas dapur dan menyiang bahan2 untuk masakan hidangan pengantin. Aku tidur untuk rehat seketika.

2 mac
Bangun untuk subuh jam 630 pagi, di dapur telah kalut dengan sesi masak memasak, ada mak cik, mak neng dan kak owm. Kecon seketika bila kaki pak berdarah banyak, pak baru sedar ada serpih kaca ditapak kaki, dia cabut dan darah keluar dengan banyak, dari malam tadi lagi pak dah terasa perit tapak kaki, ingatkan lenguh berdiri, rupanya ada serpih kaca. Lepas subuh, pak ke klinik untuk mencuci luka. Aku sambung tidur. Jam 830pagi, mak caq dah kalut, kerah semua untuk bersiap. Aku bersiap, ezi yang dari subuh dan tak tidur dah siapkan barang2, cadangnya selepas kenduri nak gerak JB terus. Anak2 je belum mandi. Aqil pon tak sambung tidur selepas subuh tadi. Kami siap jam 9 lebih. Aku bersarapan dengan nasi lemak berlauk udang galah berempah. Ada lebih dari lauk hidangan. Mula memunggah masuk barang2 ke kereta, segala kuih2 dimasukan ke van pak hood. Lauk2 lain diriba adik, mak caq, azam, izzah dan kak owm dalam avanza pakcik. Kami tiba di dewan, orang pertama berbaju majlis kenduri yang sampai. Dewan dah siap sedia dengan hiasan pelamin, hiasan meja tapi makanan belum dihidangkan. Tema pengantin berwarna kuning. Baju pengantin kuning pekat, makteh anak beranak berbaju kuning cair berkain organza yang sama corak. Amir dan pak teh berbaju melayu kuning cair.

Ada kaunter pendaftaran di pintu masuk. Dari semalam mak caq dah mencadangkan untuk mendapatkan buku catatan tetamu, tapi pagi tadi rumah makcik, dia suruh batalkan je agenda mencari buku tersebut. Tapi bila sampai ke dewan, mak caq sekali lagi mengusulkan cadangan buku tetamu tuh. Aku bagitau ezi, dan kami pon keluar ke Time Square dengan harapan ada kedai buku disana. Dengan kalutnya, kami tiba d TS, tengok direktori, ada Borders. Terus ke tingkat 1F, cari borders. Jumpa, masuk, naik ke tingkat atas, rupanya stationery di tingkat asal, turun kembali, jumpa buku yang dicari. Tapi aku mengambil masa yang lama untuk memilih pen yang sesuai. Bayar, keluar Time Square, kembali ke dewan. Rombongan dari rumah jah dah tiba di dewan, berada di bilik persalinan untuk mekap. Mula dari sini, aku ke hulu ke hilir mendukung aqil, duduk sebentar bersembang dengan sedara mara, makan, kembali melayan aqil bermain2. Juga sempat bergambar dengan pengantin. Kemudian banyak menghabiskan masa melayan anak2 diluar dewan. Sempat berjumpa Tok Pah yang juga hadir untuk majlis ini. Sampai jam 4 petang, baru majlis selesai. Kami berkeputusan untuk pulang ke rumah makcik sebab terlampau penat dan mengantuk, sepanjang perjalanan ditahan2 mengantuk yang amat sangat. Sampai je rumah, terus bentang toto dan lena. Mak hanya singgah jam 630petang untuk mengambil barang dan terus bergerak balik. Kami bersiap selepas magrib dan pulang ke JB malam itu. Tiba di Jb jam 1130mlm. Lenguh kaki dan badan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehe.. adam letak a gamba.. we want pics!!- zaahirah-

Adam Ruslan berkata...

yah: tiada sumber la.. nanti aku cari.. yg pasti abu, shahidah dan pakcik ada gambar dalam simpanan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...