Advertlets

Rabu, Jun 18, 2008

Jom mandi pantai - Batu Layar 30-31 Mei 08

Hari Sabtu, makan pon belom, dengan bersahaja aku cadangkan untuk g jenguk Bandar Penawar jumpa Angah n anak2. Tido sana semalaman dan mandi pantai di Batu Layar. Ezi tepon dorang, tanya ok ke tak, terus kami siap2.

Gi Jusco kejap beli jajan dan buah tangan, dengan berbekalkan roti dan air oren kami memulakan pejalanan.

Sampai KPM Bandar Penawar dekat jam 5. Sementara nak sampai, sempat memenangi Cakera Mingguan Era - Andhra & The Backbone.

Malam, ada keramaian. KPM ada pelawat dari KYM Melaka. Dorang wat BBQ di pantai. Kami juga menyelit untuk tumpang makan. Aku menerai SD870IS aku utk shoot waktu malam, ada 2-3 je menjadi. Layan.



Balik rumah, layan tv kejap, belasah anak2 buah main chess. Pastu masuk tidur. Anak2 tidur lambat. Dorang layan ceta Tomb Rider.

Esok pagi. Kol 7 lebih dah siap2. Turun sarapan. Pastu tanya Abg Husin, jadi ke Batu Layar? Dia kata ok. Angah terus ke dapur siapkan bekal. Anak2 disiapkan. Dalam kol 10 gak baru gerak. Dari Bandar Penawar adala 10km ke Batu Layar.

Sampai, cari tempat. Kali ni mencuba di bahagian sebelum batu2an. Ada pokok2 untuk berteduh. Ni la serba sedikit aktiviti berkelah kami.


Orang bentang tikar untuk duduk, dorang nih bantai baring plak.


Eksesais dulu sebelum mandi


Yeeha, air laut.. aqil datang..


Owh.. kakiku digigit mesra ombak2 kecil..


Ramai2 besidai main air.


Sekitar pantai Batu Layar yang best ini..

Aku suka layan Batu Layar, air dia jernih, pantai halus dan putih, ombak tak tinggi, pasir tak berselut.

Balik mandi pantai. Aku dan anak2 lena sampai jam 2 lebih. Kami gerak balik ke Taman U dalam jam 4 lebih. Pejalanan balik lagi lama sebab kereta banyak menuju bandar. Yela cuti skolah ujung minggu kan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...