Advertlets

Khamis, April 24, 2008

JB-KL-LA-PHX (29-31 Mac 08)

Sebenarnya aku dapat confirmation trip nih jadi dalam seminggu sebelum tarikh berlepas. So seminggu tuh aku berada di dalam keadaan gelisah/terawang2 sebab hal tiket diuruskan oleh orang lain yang mana kalu tak dapat tiket tuh, sama ada aku tak pegi atau kne bayar mahal gle utk trip yang sama. Tambah2 aku baru je balik dari berulang alik dari JB-KB-JB untuk cuti maulidur rasul minggu tuh.

So, Jumaat malam, aku gerak ngan Gen2 ke KL, agak lewat kitorang gerak walaupon aku boleh keluar awal dari opis. Disebabkan aku tak nak banyak hal2 keje tertangguh, aku balik keje lewat gak. Ezi la kelam kabut nak siap2kan barang2. Untuk dia dan anak2 dan untuk aku. Tambah nak duduk tumpang rumah orang. So dalam kol 8 lebih kami gerak dari JB. Sampai KL jam 12malam. Sepanjang pejalanan, kami duk cuba2 meneka apekah lagu 'rock masyuk' yang apek sumbangkan, hampeh tak dapat jawapan, tapi bila dah agak konfem jawapan tuh, cubaan mendail plak gagal. Akhirnya ada orang lain yang menembusi talian tetapi gagal meneka. Elok2 orang tuh jawab, kitorang sampai dah kat UK perdana.

Aku punggah barang bawak masuk umah Ateh. Dah pesan untuk mintak tolong Abg Di untuk hantar ke KL Sentral jam 7 pagi esoknya. Memang tepat jam 7 pagi, Abg Di, Ateh, baihaki & irdina ikut serta menghantar aku. Aqil dah terbangun, sempat la babai ngn dia. Aku naik ERL dari KL Sentral ke KLIA. Sampai dekat kol 8. Kaunter check in penuh, ramai gle orang beratur berlingkar2. Sebab MAS buka semua kaunter untuk 2-3 trip pejalanan yang berbeza.

Yang menjadi keseganan bila aku tengok orang lain yang tengah beratur. Semua dengan beg troli separas pinggag. Aku? beg galas laptop dengan beg sandang style balik kampung. Sampai kat kaunter, gadis kaunter tanya, Sir, do you want to check in this bag?. Ayatnya cam nak suruh aku hand carry je, yela 4.5kg je. Tapi disebabkan LAG (liquid, aerosol & gel) requirement, aku tetap nak check in. Memalukan je. Kononnya dah 3 kali pegi US, wat pe bawak banyak2 barang. Bukan pegi becuti. Hahah. Sebab tuh mase mula2 aku nak pegi US dulu, mak suruh aku bawak beg Polo besar dia. Aku pon tak tau ape sebab. Sekarang baru aku paham.

Flight MAS dari KLIA ke Taipei jam 1020 pagi. Aku sampai kat gate jam 945. Dilambatkan oleh kaunter check-in yang nak kan aku masukkan alamat tempat dituju. Siap nak poskod lagi, manaakunaktau. Nasib aku pernah google map kan tempat nak pegi, teringat2 gak la poskod Phoenix tuh. Dalam MAS, MH95 lebih tepat, aku lagi puas hati berbanding penerbangan UA dan China Airlines sebelum ni. Ada skrin sendiri, filem atau siri boleh dipilih dan ikut tempo sendiri. Makanan pon boleh tahan, cuma kantoi bila sarapan, ada ke buat telur dadar bersama brokolli? Hambar. Aku sampai Taipei, Lapangan terbang antarabangsa Taoyuan, ingatkan sama Kai Shek dengan Taoyuan, aku cuba la cari terminal utama sebab ada surau kat situ. Tengok2 lain semacam je. Design dari luar lebih kurang. Tak jadi la nak smayang. Berenti pon sejam je untuk isi minyak. Kat sini aku terjumpa sesuatu yang menarik. Cawan kertas. Haha. Mesti terbayang cawan biasa kan. Tengok gambar ni:

Menarik kan? bleh minum air panas atau sejuk dari mesin air dia. Mudah, murah dan kompak.

Naik balik kapal terbang, makan lagi, baru smayang. Untuk pengetahuan, MAS ada booklet kecik untuk panduan semayang menghormati waktu, aku perasan masa baca majalah dia. Aku mintak satu kat peramugara tuh. Dia bagi la 2 booklet, satu untuk doa menaiki kenderaan dan satu lagi panduan semayang menghormati waktu. Secara ringkas, ini adalah panduan untuk kita smayang pada waktu yang telah ditentukan, tapi tanpa air semayang dan kedudukan kiblat yang nyata. Rukun solat sama, kecuali pergerakan sedikit terbatas. Seperti sujud dan rukuk, kita hanya perlu duduk di tempat duduk sendiri dan guna pergerakan badan n kepala sebagai isyarat. Cuma, solat menghormati waktu ni kene qada' bila sampai ke tempat tuju kalau dah lepas waktu tersebut dan kita masih dalam perjalanan. Cuma, aku maseh tak pasti cemana nak pastikan tempat rujukan buat menentukan waktu solat. Dari tempat kita gerak atau kepada tempat kita nak pegi, cemana plak kalau tempat nak pegi tu ialah melintas garis waktu meridian yang mana kita akan sampai hari yang sama dengan hari kita bertolak. Ada sape bleh tolong?

Aku sempat layan 5 filem dalam flight, 2 cerita yang menampilkan Jude Law sebagai hero. Sumolah, dan ceta katun tapi tak sempat habis.

Aku sampai di Los Angeles setelah mengharungi penerbangan selama 18jam. Waktu tempatan jam 1 petang, aku ada penerbangan sambungan ke Phoenix jam 4 petang. Ni la gambar aku dan kenderaan yang driver aku tolong bawak, tak besar mana, Boeing 747 je haha..



Nak lepas imigresen dan kastam tak la sepayah dulu. Beg pon dapat cepat, tapi aku tak jumpa rakan penerbangan aku, Mr Y. Aku dah keluar arrival hall pon tak nampak dia, ingat nak terus ke terminal 4 LA tuh, tapi tak kan dia dah terlepas tak tunggu aku. Aku tak tunggu dia mungkin la. Duk ke hulu ke hilir dalam 30 minit gak, aku pegi tandas dulu. Memang aku bernasib baik, terserempak dengan dia yang baru nak masuk tandas. Selamat. Lagi satu, mase lepas kaunter imigresen, aku terjumpa bekas pelajar KTC, UTM sama2 kursus ngan aku tapi dia senior satu batch. Bersalam2 dan bertanya khabar, dia pon ada keje kat LA. Haaa tu la, betul kata tok. Tok kata, sape2 yang kalu makan, dia akan kutip makan nasi yang terjatuh dari pinggan tu, pegi mana2 pon mesti jumpa kawan dia. Betul kan?

Dah tu kitorang pon menapak la dari Terminal utama ke Terminal 4, jaaauh tu. Ada la 15minit berjalan dengan angin sepoi2 bahasa yang sejuk cam ekon. Aku dengan konfiden membawa Mr Y. Dia kata jangan assume2 a, kene betul la. Nasib baik betul. Dah sampai terminal, kitorang duduk2 sambil minum cola2 dan ada sorang budak remaja dari Malaysia datang tegur, dia baru first time keluar negara, kompeni dia antar untuk latihan 3 bulan kat Texas, dia sama penerbangan dengan kami dari KL tadi. Borak2 sampai kol 4, kami pon naik lagi kapal terbang ke Phoenix. Layan muke serius amik gambar sendiri sebelum naik kapal terbang ni:



Naik 737 je. US Airways. Aku rasa aku terlena sepanjang perjalanan sampaikan tak sedar dah nak sampai dah. Tu pon malas nak bangun. Sampai Phoenix dalam kol 4 petang. Dapat naik shuttle van ke hotel, pastu cek-in, pastu masuk bilik hotel, mandi, smayang, buka intenet, chat ngan shidah, chat ngan mak, bagitau dah sampai.

Malam kami layan satu tempat makan malan yang agak femes dengan mende2 bakar2 ala2 steak, aku order speghetti je. Jalan2 tengok2 orang. Ramai muda mudi kat sini sebab dekat dengan Arizona University. Kami makan tuh dekat Monti's, Tempe. Aku rasa cam pernah masuk Discovery, tapi entah. Makanan oke, tapi ambient nye best. Suram je. Layan. Lagipon tempat ni dah lama ada, Encik Monti itu dah ada 4 generasi dah. Kedai koboi ni masih di sini.

Oke tu je lah pejalanan aku yang mengambil masa hampir 2 hari nih.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menarik menarik..jelesnye hang pi US.. aku dh tgk dh gamba jah kawin, grand giler hehe.. ;p ehh gamba aku tunang mana??mmg aku di anaktirikan, jah, sidah amir tunang pn ade.. nk sedih ni haha poyo jek

Adam Ruslan berkata...

Yah, cemana nak letak gambar hang tunang, aku letak mana yang aku ada koleksi je lah. Semua gambar adalah ihsan tuan punya kamera digital.

Tanpa Nama berkata...

haha leks jek...aku memain jek.. by the way aku dh lepas sume exams aku.. aku dh jd doctor ;p i wish tokwan ade lg, mesti die sgt heppi..hmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...