Disusun secara ringkas oleh aku.
Arsenal berjaya mengalahkan AC Milan 2-0 yang tidak pernah kalah dengan mana-mana pasukan British di San Siro di dalam kempen Piala Eropah sebelum ini.
Di awal permainan, nampak seimbang dengan Milan mengasak terlebih dahulu. Banyak peluang terhidang yang disia-siakan oleh kedua-dua pasukan. Pato, Inzaghi, Adebayor, Fabregas dan Sanderos mensia-siakan peluang menjaringkan gol. Masuk separuh masa kedua, perlawanan masih 0-0 dengan kedua-dua pasukan tampak mula menaikkan tempo mencari gol. Kedua-dua pasukan lebih berhati-hati di 10 minit terakhir. Akhirnya memasuki 6 minit terakhir Fabregas memusnahkan harapan Milan untuk bingkas melawan. Di kala permainan tampak berkesudahan 0-0 hingga tamat perlawanan dan kemungkinan masa tambahan jelas dan nyata, Fabregas mencuri ruang dengan rembatan jarak jauh yang tepat ke bucu kanan gol Milan, Kalac yang tinggi lampai berusaha melayangkan badan tetapi tidak terjangkau dek rembatan deras yang melantun sedikit menyentuh tanah sebelum menerjah jaring gol. Tiada siapa menyangka Fabregas dapat melepaskan satu rembatan yang tepat dan deras tersebut dengan pertahanan Milan hanya dapat melihat bola masuk ke dalam gol. Milan berusaha mencari 2 gol kerana CL menggunakan aturan gol ditempat lawan yang jelas tidak berpihak kepada mereka dalam situasi ini.
Masa tambahan 4 minit diberikan tetapi jelas Milan sudah tidak berdaya, beberapa gerakan Kaka cuba mengacah pertahanan Arsenal tetapi berupaya dipatahkan. Dalam satu gerakan kilat menyerang kembali, Walcott mendapat umpanan disebelah kanan dan berjaya mengelak terjahan Kaladze, dengan ruang yang tersedia, Walcott melintangkan bola dan disambar Adebayor untuk gol kedua Arsenal. Kemenangan di dalam tangan dan ternyata malam ini milik Arsenal. Corak persembahan, peluang menjaringkan gol dan kawalan permainan sememangnya milik Arsenal. Arsenal menerima tepukan gemuruh diseluruh stadium San Siro malam ini untuk persembahan menarik mereka.
2 ulasan:
menang naseb weh...muahahaha...boikot israel boikot arsenal hahaha..
ape lak naseb, si muda lebih cergas dari si tua. haha.
Catat Ulasan