(aku betolak dari JB, Jumaat 7 Mac 08 jam 11 pagi dan tiba di Tumpat jam 3 pagi, tempoh pejalanan 14 jam menaiki Gen-2.)
Sabtu, 8 Mac 08 - Tumpat, Kelantan
Jam 11 pagi, ezi dah selesai mengundi di Sek Keb Berangan, Tumpat.
Aku tinggalkan aqil untuk bermain dengan sepupunya di rumah tok mek. Asyik dia bermain pasir dengan kawan-kawan sebayanya.
Pejalanan ke Pengkalan Chepa untuk mengundi buat pertama kali pon bermula. Bendera2 parti yang berkibar di jambatan yahya petra sangat menarik, tersusun berselang seli dan berkibar dek angin yang kuat nampak sungguh bersemangat.
Pada mulanya aku ingat pusat mengundi aku di maktab perguruan pengkalan chepa, tapi bila lalu depan pintu utama, nampak lenggang dan macam takde je? Dah tu kat mana? Aku pusing pengkalan chepa 2 kali, akhirnya berhenti depan sekolah dato' hashim. Hentam je, aku menuju ke khemah sebuah parti paling dekat dengan aku untuk menyemak nama, bagi aku khemah mana satu tak penting, janji nama aku ada kat situ. Kad pengenalan dihulur, lega bila nampak ada nama dan butiran aku dicetak keluar. Diberitahu nombor siri dan saluran mengundi. Turut sama pada waktu itu ialah pelakon salam pantai timur aka Timah Gebok yang juga mengundi di pusat yang sama.
Rupanya ada kaunter SPR untuk menyemak butiran, hemm, kalu tahu camni tak yah la aku serba salah nak masuk khemah semakan parti tertentu. Ditunjukan arah ke saluran lima, bangunan paling hujung sekali. Sampai disana, panjang juga orang yang tengah beratur, ingatkan boleh masuk terus pangkah je. Beratur la aku dalam menunggu giliran, adala 25 orang. Sambil menunggu, layan gambar2 nih.
Sampai setakat ini, aku masih belum ada ketentuan untuk mengundi siapa. Bila masuk giliran aku, ditanya nombor siri aku dan disemak pada rekod nama. Disebut nama dan nombor kad pengenalan aku supaya didengari 2 ejen parti yang memantau proses pengundian, digaris diatasnya dan aku diberi 2 kertas mengundi, satu kuning, satu oren. Aku ambil dan menuju kotak menanda. Ada pensel 2B. Aku buka kertas, aku pangkah dan terus lipat kembali. Teringat pulak nak tengok nombor siri kertas undi aku, ohh ada nombor siri rupanya. Tapi berlainan nombornya antara kertas oren dan kertas kuning. Juga aku tak terperasan jika ada antara pegawai SPR yang menyalin nombor siri pada kertas undi yang diberi atas nama aku. (aku yakin undi memang rahsia).
Keluar dari saluran aku lega. Tertunai juga tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan aku bangga kerana aku tahu undi aku bukan kerana dipaksa, bukan kerana disogok, bukan juga disebabkan ketidakpuashatiaan kepada mana-mana pihak. Aku mengundi untuk memberi amanah kepada pemimpin untuk mewakili aku mentadbir negeri dan negara. Jam 2 petang aku balik ke tumpat.
Malamnya selepas makan malam, aku layan badminton All England sambil mata mengekor tulisan berderet panjang dibawahnya mengenai keputusan pengundian. Kekalahan pemain Malaysia seakan sama dengan apa yang terjadi di tanah air. Teruja dengan keputusan pengundian yang sungguh diluar dugaan, aku capai senarai penuh calon pengundian dari sisipan The Star dan mula menanda keputusan satu demi satu. Nampak gayanya parti memerintah seakan kehilangan sokongan. Sampai jam 2 pagi aku menunggu, tapi keputusan tempat mengundi aku belum keluar. Aku terpaksa juga untuk lena kerana esok ingin memandu ke Terengganu. Aku rasa keterujaan aku untuk mengundi kali ini ada makna disebaliknya.
Bonus untuk semua yang sudi membaca, layan gambar aqil yang seronok tak terhingga bermain bersama Tania (mak kambing yang baru dibela che dah).
Nota kaki: semua gambar diambil mengunakan henpon cikai (rujuk entri sebelum ini) yang tiada megapixel sebagai spesifikasi.
4 ulasan:
mamat belakang mu plak yang sengih..ongt amek gambo die kot..kekekke..ke kengkawan anda? Aqil tuh tak kene sekenit ke main semak ngn kambing?hhuhuhuh..
Dia perasan aku sedang mengambil gambar la aku rase, huhu. Memang sengaja amik gambar orang dibelakang untuk menunjukan ramainya orang beratur. Aqil takde kene sekenit dek memakai pampers aku rase. huhu. Siap menunggang bapak kambing aka Leo, lagi. haha.
aqil bia betul tunggang kambing..memang bau kambing la pastuh kan..huhhuhuh..
ape nak buat, aqil seorang pecinta binatang. Ayam, kambing dan kucing sememangnya kegemaranya. Huhu.
p/s: Leo, kambing Boer, kurang berbau.
Catat Ulasan