Kalau orang kata Raya Haji kat Kelantan meriah, aku kata mungkin. Tapi bagi aku PilihanRaya lebih meriah di Pantai Timur.
Manakan tidak, sepanjang perjalanan pergi dan balik aku memandu kereta, aku tak pernah bosan dengan pelbagai cara penyokong parti untuk cuba menarik perhatian dengan menggantung poster, bendera dan kain rentang. Perang bendera ini cukup menarik sekitar Terengganu dan Kelantan. Bukan sahaja bendera bersaiz standard, yang bersaiz gergasi muat buat cadar king size bed pon banyak, berselang seli pulak tuh. Ada yang satu warna/corak, tapi juga tak tahan bila digabungkan bendera rumah merah/putih dan rumah biru menjadi seakan2 bendera Malaysia (kotak biru dipenjuru kiri, then berselang seli merah putih). Bila sampai mana2 jambatan, tak kan ada ruang kosong yang tak terisi dengan bendera2 ini.
Objek/replika juga sangat kreatif dicipta oleh penyokong parti. Paling tak tahan bila ada penyokong rumah hijau yang meletakkan sebuah basikal kanak2 dan replika kereta lumba yang penuh dibalut bendera dan poster di sebuah simpang trafik di Marang di dalam segitiga yang dikelilingi kon2 kecil. Di Kelantan juga kelihatan kereta kebal (van yang dibalut bendera dan disandarkan tayar2 buruk berwarna hijau tengahnya putih), helikopter, replika tugu negara, ikan jerung (bertampalkan poster kecil rumah biru). Tak lupa, semua bangsal/bilik gerakan di hias hebat serta masih berpenghuni walaupon sudah lewat malam. Ada yg menyediakan makan malam, video ceramah, tak lupa juga studi grup serta kerusi malas buat tidur.
Kemuncak kemeriahan bila kami memasuki Kota Bahru, jam sudah 120 pagi. Di Pasir Tumboh kelihatan seperti punya keraian. Aku yang dah mengantuk teruk jadi segar terjaga dengan kehadiran orang ramai yang berkumpul dan berdiri sepanjang jalan. Memasuki jalan selepas Kubang Kerian, kami dikejutkan dengan deruman motorsikal, pemboncengnya mengibar bendera, bukan satu dua. Tak terkira ramainya. Ingatkan konvoi, tapi lebih kepada perarakan. Majoritinya anak-anak muda ini mengibar bendera hijau, tapi ada terselit juga bendera biru yg mana akan dikutuk hebat oleh pemerhati di tepi jalan. Makcik dengan anak2 di dalam kereta turut mengibar logo/bendera kesukaan. Abang2 dengan lori/pickup penuh muatan dibelakang dengan penyokong2 turut menyertai perarakan ini. Jalan menuju ke KB Mall jem teruk. Kelisa di depan aku yang tergantung bendera kecik berwarna biru menjadi bahan usikan mat2 motor yang lalu mencelah, maklumlah pembawanya perempuan. Brader bermisai tebal dan keluarganya di dalam Kancil yg menampal bendera biru yg besar di bonet belakang tidak pula di sapa. Kiri dan kanan penuh dengan penyokong2 parti yang berbilan usia. Yang memerhati pon ramai, kaki lima penuh dengan orang yang berdiri, berkerusi, atas moto dan di dalam kereta yang turut memeriahkan perayaan ini. Raya esok la woi.
Lagaknya situasi ini seperti perayaan jika Malaysia memenangi bola Piala Dunia. Tapi bendera yang dikibarkan bukan bendera Malaysia. Aku mula terpikir, dimana letaknya sokongan yang digembar gembur di dalam media untuk parti rumah biru di negeri ini. Kalu cenggini la sambutan hari pilihanraya di Kelantan awal pagi itu, sememangnya esok itu seakan pasti sokongan naik menerjah bulan. Harap2 beginilah sambutannya kalau betul Malaysia menang bola Piala Dunia.
1 ulasan:
itulah..aku tgk kat tvpas.com pon dah leh nmpakla ceman la kat kelantan..nmpak sgt la ape usaha BN kat kelantan tuh buang duit je..cemana lak tuh media leh lapor BN hebat kat kelantan..n yang best adalah tak predict lak tuh leh kalah lagi..muhahahha
Catat Ulasan