Advertlets

Selasa, Mac 31, 2009

Mari Mengenali

"Hang kenai kawan hang 5 tahun dulu baru hang boleh bagi kawan hang pinjam duit hang. Tak kira la banyak mana"

Ini ayat dari Pak Hood pada aku ketika aku berumur 15 tahun. Belum cukup sorang pon kawan aku yang aku dah kenal lebih dari 5 tahun pada waktu ini. Tapi ada jugak yang penah pinjam meminjam dengan aku. Mujur tiada yang tertunggak.

Sekarang aku amat percaya pada ayat ini. Sebab ada orang yang aku baru kenal hanya dalam 1-2 tahun masih berhutang dengan aku dan telah menghilangkan dirinya. Kisah dia layak menjadi satu topik lain di blog ini nanti. Kawan-kawan serumah dengan aku panggil aku 'Abah'. Sebab masa mula-mula duduk rumah sewa di Taman U. Aku jela yang dah ada pendapatan tetap dan bergaji seribu lebih sikit. Mana yang tak dapat bayar sewa, aku bayarkan dulu. Mana yang terdesak nak guna buat belanja belajar, aku kasik pinjam. Mana yang baru abis stadi tapi takde duit nak cari keje, aku dahulukan. Alhamdulillah semuanya membayar semula. Semua itu memang kurang lebih ~5 tahun aku kenal.

Cuma mamat yang seorang ini. Memang aku tidak terlalu rapat dengan dia. Tak kenal hati budi lagi. Dia budak serumah dengan aku, sama kursus bidang, tapi bukan bekas maktab aku atau se-express dengan aku, cuma sama maktab dengan kawan-kawan serumah aku yang lain. Dia sahaja yang masih bergelar penghutang pada aku, sampai sekarang. Mungkin dia rasa dia kontra meja stadi dia dan moto dia kat rumah baru aku masa aku pindah boleh setel kot hutang itu. Kali terakhir aku jumpa dia sebelum aku menikah. Secara bahasa matematik dan sains biologi di dalam bahasa inggerisnya, one plus one equal Aqil and Ammar means how many years adik-adik? Jadi teori itu benar.

Satu lagi, setahun yang lalu, aku telah menceburi fasa baru. Mengenal orang yang tidak pernah kenal aku. Datang pada acuan atau bekas yang sama, tetapi berlainan fasa. Juga kembali mengenali orang yang pernah kenal aku satu waktu dulu, tapi tidak betul-betul mengenali aku dengan lebih lanjut pada waktu dulu.

Hasilnya:

1. Ada yang tidak dapat menerima cara aku berkerja. Walaupun terdidik dengan organisasi yang sama, tetapi cara berkerja mereka dengan aku berbeza. Jadi, yang sama fasa dengan aku masih boleh menerima. Tapi yang berlainan fasa, mereka kaget. Terus membawa diri. Ke seberang laut katanya.

2. Yang kenal aku suatu masa dahulu, katanya aku berubah. Aku kata, mereka belum betul-betul kenal aku masa dahulu.

Satu yang tidak berubah, bilamasa bersama rakan-rakan yang aku pernah habiskan 5 tahun bersama di asrama. Yang ini adalah ruang paling bebas untuk bertegur sapa. Dari dahulu sampai sekarang. Setakat nak mengeluarkan perkataan seperti kenapa ko dah gemuk / bulat / botak, apesal tak kawin lagi? apesal pakai kereta murah je? ko buat plastik surgery ek? kasut ko tak cantik, beg yang ko pakai ni zaman temenggung punya, aku buat ni memang saje nak bagi ko terharu, atau perbualan-perbualan tanpa motif tertentu, semuanya bebas tanpa belas.

Kecik hati? Ada la jugak (kan Duta kan), tapi dah dari dulu sampai sekarang nak kecik hati, berapa banyak hati lagi yang dah tinggal kan?. Sebab apa boleh jadi macam itu? Sebab kami sama-sama membesar bersama-sama. Tak la pulak tiap-tiap hari bergelendangan bersama, tapi ada satu-satu masa yang telah kami lalui bersama-sama. Menyebabkan kita boleh kenal hati budi, peribadi dan latar belakang seseorang. Dari jauh dan dekat. Dari orang lain dan mungkin satu sama satu. Mungkin bila dah meningkat tua, perangai lama macam dah kurang, tapi cara bercakap, bergurau tetap sama. Mungkin percakapan telah berkisar tentang kenaikan harga barang, tapi lawak tetap pasal personaliti dan peribadi.

Lebih ringkas, aku huraikan dengan kes contoh ini.

Kalau A buat satu lukisan atau grafik. (ada je perkataan mencari nahas nih, haha)

Jika A adalah rakan dari kecik sampai besar dengan aku. Komen aku adalah.

"Peh, gila, apesal hidung dia senget? lukis pakai kaki ke?"

Jika A adalah yang pernah mengenali aku suatu waktu dahulu dan kembali mengenali aku sekarang.

"Tak berapa cantik la, ada lukisan lain?"

Jika A adalah seorang yang tidak penah kenal langsung aku.

"Boleh tahan. Tapi boleh diperbaiki lagi ni"

Ini aku pelajari dan temui setelah mengalami beberapa perkara selepas cuba bekerjasama dengan watak-watak yang aku pernah temui dalam perjalanan kehidupan. Kalau aku upgrade cara komen aku untuk salah satu level, contohnya dari Boleh-tahan kepada Tak-berapa-cantik, mereka akan membawa jauh hati mereka ke seberang laut. Ini adalah kerana tingkat pemahaman mereka masih berbeza, walaupun aku mungkin berbuat demikian kerana berasa mereka telah naik satu level dari tidak-kenal-langsung kepada pernah-kenal.

Bukan aku cuba mengkategorikan jenis dan sifat kawan-kawan yang aku kenal atau baru kenal. Tapi, untuk berkongsi tentang adat berhubung dan menjalinkan perhubungan, perlu ada penyesuaian keadaan. Aku belajar untuk memberi timbang rasa dan orang yang menerima dari aku juga perlu harus berhati besar. Supaya walaupun terkecil hatinya tetap boleh membuat proses menukarkan gula kepada tenaga menggunakan insulin.

Oh ye, aku perasan bila bergelar 'Abah' yang sebenar, sifat kasih, sayang dan timbang rasa serta extrapolasi sifat-sifat tersebut seperti kasihan, penyayang dan rasional telah terpupuk dengan lebih mendalam. Jarang aku menulis macam ni. Mungkin sekali dua je kot. Kalau yang berasa, aku di luar tidak sama seperti di dalam blog, itu aku belum cukup buat muhasabah diri lagi. Mungkin itu adalah hasil dari bidang kejuruteraan perkataan. Sekian.

Notakaki amANI: Selamat menjalani kehidupan berkeluarga diucapkan kepada Ahmad S dan Nurul serta Emon dan Feroz. Dengar kata Ahmad S sempat bercuti ke pulau yang ada dayang bunting, kot bunting pelamin jugak nanti bulan 5 ni. Hahah.

8 ulasan:

a z m i r berkata...

hahaha..komen pasal grafik tu macam ditujukan kepada ****(jawab dalam hati). rasanya untuk **** (dalam hati lagi), komentar yang dilontarkan adalah pilihan 1 kot! hahahaha

ayen =D berkata...

hehehe.. suka suka.. beberapa watak jugak lak terbayang bila baca entry ni.. ngeh3..

kejuruteraan perkataan.. yeah!! betul tu, salah satu bidang yang amat penting pada semua orang!! hehe..

Mard berkata...

nice syntax
;-)
(BM = sintaksis)

d u t a berkata...

+azmir dulu+
weh2! teka dalam hati... allah tahu kan? hahahah.... itu contoh mudah je kot. ramai je pereka grafik kat mesia ni kot (berpikiran positif). ahaks!

d u t a berkata...

+amani+
pasal berhutang tuh... nasihat achik jadi pegangan buat diriku. ingat lagi bibik my aunty pinjam duit from me... i mintak terus hari gaji dibayar! hahaha... biar pun islam cakap, bersabar utk mintak hutang... tapi dalam hal ni... kita dah berubah mengikut zaman. kan?

part lain yang mengaitkan patik ni... rasanya achik dah sedia nak terima bedilan rejim israel ke? ahhaha...

cite-cite ni klasik ni... nape? cam ada part tersentap ek? huhuk.... hahaha... dengan patik tak mungkin kan? kan? hahah

Adam Ruslan berkata...

::azmir + ****::
GBS boleh je menggunakan komentar seperti no 1 untuk tiap ahli. Hahah, praktikanlah.

::ayen::
kalau terbayang takpe, simpan je dalam hati. tak bermaksud nak mengenakan sesiapa, tapi itu adalah hakikat. hahah.

kejuruteraan perkataan tu penting. bagaimana direka dan diasaskan juga penting.

::TM::
huhu, syntax itu saya kurang tahu apa mendenya. ni tulis ikut suka je. tak da rule untuk tiap ayat.

::duta::
ye, kalau hutang mesti berprinsip.

mana ada sentap, tapi buat panduan orang ramai melalui pengalaman yang telah diperolehi. klasik ke?

kalau aku sentap, aku bawa diri aku ke seberang laut. hahah.

bedilan israel? hemm, apa kata kita buat satu blog khusus untuk itu. untuk apa2 isu kait-mengait, kita letak kat situ. baru la terbuka nak membedilkan, haha. tapi, aku tak kesah, setakat bedilan mercun pop-pop, gaza tetap bertahan.

Mard berkata...

adam, syntax tu... sepupu-sepapat "kejuruteraan perkataan" kamu tu le... hehehe

Adam Ruslan berkata...

::TM::
yeke, paham la kalau macam tu. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...