Advertlets

Rabu, Februari 04, 2009

Kanak-kanak Memang Riang IV


Nantikan filem pendek terbaru. Siri Pengembaraan Ammar & Aqil Mencari Sang Kura-kura.

Filem? ye, filem. Mintak gambar sangat, aku kasik filem buatan sendiri terus. Poster pun buat sendiri. Cikai gila punya produksi. Hahah.

Banyak sangat permintaan peminat, mintak letak gambar la, letak bintang-bintang, letak design canggih. Header blog berkualiti tinggi. Apa, ingat aku ni orang seni ka? Aku sekolah sains la dulu. Mana reti edit gambar kasik cantik. Photoshop yang canggih tu aku tak reti guna. Paint aku tau la. Mujur aku ada pencacai yang sanggup meninggalkan kerja sebenar dan berkhidmat sepenuh masa. Dia la tolong aku buat semua nih.

Terima kasih buat pencacai aku.

Juga terima kasih buat produser filem.

Sebelum aku melancarkan filem pendek arahan kedua aku ini, satu je aku mintak, aku perlukan komen dari pembaca/pelawat yang belum pernah meletakkan komen dalam blog ini sejak 1 Januari 2009. Haha. Dapat 15 pun jadi la (setakat ni baru 12 yang paling tinggi). Komen guna profile blogger masing-masing ye, no cheating. Pada yang selalu meletak komen prihatin, korang memang best. Bukan apa, saja mahu kenal siapa kamu. Yang sanggup membuka blog ini saban hari. Sesi bertemu peminat la ni. Bak kata encik kumpulan Scorpion. "What you give, you get back". Jom kita kira sekarang.

Kemaskini 5 Feb 09 - 4 PM:
Masih menunggu respons. Sekarang aku faham bagaimana perasaan Mamat Khalid.

5 ulasan:

Syila berkata...

Kesiannya aku baca, emm utk aqil dan amar aku start ler...hehe

Adam Ruslan berkata...

::Syila::
Terus buat tu. Bagus2. Hehe. Mekasih.

Tanpa Nama berkata...

Nanti terbitkan CD pulak. Boleh pirate. Hehehe...

Tanpa Nama berkata...

buat je lah nokk..ape lagi nk tunggu..

Adam Ruslan berkata...

::saifulazrul::
Hehe, cuba-cuba je ni. Tak baik tau pirate filem tempatan, filem luar negeri takpe.

::shida::
Dah, dah letak dah. Cikai je, tapi promote lelebih.Hahah. Takpela, kurang2 aku tahu ada juga yang tertunggu2. Bila nak buat blogger ID pulak? Blog je pasal citrus, sedap.Huhuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...