Advertlets

Sabtu, Februari 21, 2009

Mari Bercucuk Tanam 2

Peluang untuk balik ke Kulim tidak diambil enteng.

Ini adalah gamitan mesra buat Raman dan Shidah. Hahah, saja kasik hangpa rindu lebih-lebih sikit. Juga buat perangsang supaya hangpa menjadi rajin menyiapkan pembelajaran di seberang sungai sana. Eh seberang laut. Kot dah boring tengok buah citrus, tengok pulak sayur bendi kan.

Bukan apa pun, takat gambar tanaman yang baru je. Ye konsep baru buat halaman rumah kita yang biasanya hanya ada pasu bunga dan pokok bunga.

Kali ini, bersama-sama staf KMK, pak telah menggalakkan mereka bercucuk tanam, menanam sayur-sayuran. Jangan tak percaya, di kawasan lapang ditepi rumah kita sudah ada batas-batas sayur-sayuran kampung yang sudah sedia dipetik. Sayur kangkung, cili padi, timun, bendi juga pokok betik dan nenas. Itu yang aku perasan la.

Sempat jugak kami merasa sayur kangkung hasil tanaman itu yang pak layur dalam air panas buat makan dengan nasi lemak beras perang. Rindu ke kalau tengok pokok sayur? Hahah.

Gambar budak berdua itu pun aku saje letak, nampak genster la pulak gaya dorang masa ni. Hahah.

Notakaki amANI: Aku cuba menghantar kisah post-dated. Kalau menjadi, ini rezeki buat pengunjung blog ini pada hari minggu ini. Aku tidak berada ditalian pada hujung minggu.

7 ulasan:

Mard berkata...

kempen bumi hijau and kempen organik. bagus untuk kesihatan
:-)

anese berkata...

Teringat lak ngan mak ayah aku yang suka cucuk tanam ni..anak dia hampeh..balik tau kutip dan mkn je...seronok tgk bila keluar hasil..rase nak petik je semua..aiyooo!!

amANI berkata...

::TM::
Memang organik, termasuk baja2 nya sekali. Huhu.

::anese::
Praktikkan la kat rumah sendiri, tanam dalam pasu ke, sikit pun takpe. Janji ada hasil.

ayen =D berkata...

betul2..ada gaya gangster.. comel2 hehe..

amANI berkata...

::ayen::
ingatkan nak komen pasal teknik mengambil gambar, hahah.

ayen =D berkata...

kira teknik la tu.. bukan senang2 leh dapat pose mcm tu tau.. :P

amANI berkata...

::ayen::
oke2.. mekasih ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...