Advertlets

Jumaat, Februari 06, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang V

Siri Pengembaraan Ammar & Aqil Mencari Sang Kura-Kura

video

Nah, filem kedua arahan aku. Sebelum ini, filem pertama aku, arahan bersama dengan Raman. Kisah ini bonus sebab dah masuk siri ke-5 dah untuk segmen 'Kanak-Kanak Memang Riang'.

Fakta tentang tayangan cikai@koman spanar ini:

1. Kualiti video tidak seberapa. Biasala, guna semua yang free. Pelakon free, software free, kesan pencahayaan pun free. Lepas aku dah upload baru aku terpikir untuk guna photoscape untuk keseluruhan filem. Tapi memandangkan ada lebih 20 gambar. Tak jadi. Layan jela. Nanti aku cuba lagi kesan efek khas yang lebih baik. I'm sori.

2. Tiada apa-apa perbelanjaan mahupun huluran pada sesiapa pun dibuat untuk menyiapkan kisah ini.

3. Penggambaran juga dilakukan secara santai. Sambil-sambil mengambil angin petang, sambil ambil gambar.

4. Semasa penggambaran berlaku, barisan pelakon tidak tahu bahawa aksi mereka akan digarap sedemikian rupa.

5. Semua pelakon gembira dengan hasil lakonan masing-masing. Seronok sampai lompat-lompat dorang tengok aku buat preview depan dorang. Kami je la seronok kot. Hehe.

6. Tiada touch-up langsung pada rupa paras mereka. Mekap pun tak de.

7. Filem ini sepi tanpa kesan bunyi. Sebab koleksi bunyi dalam simpanan pengarah semuanya lagu batu dan lagu bukan aliran utama. Tidak sesuai untuk kisah kanak-kanak. Ini bukan cerita 'South Park' kegemaran Ahmad S.

8. Poster filem menggunakan pelakon di lokasi dan hari yang berlainan, tetapi masih menggunakan mood pengembaraan yang sama.

9. Lokasi filem : Masjid Sultan Abu Bakar, Muzium & Taman Istana Johor Bahru, Johor.

10. Aku mengharap, Sultan Johor memperkenankan pingat Ahli Mangku Negara kerana telah menggunakan lokasi menarik di sekitar Johor untuk penghasilan kisah ini. Aku tahu aku layak. (Editor: Rasa nak padam je fakta no. 10 ni, baru buat 'slideshow' dah riak takbur).

Nota kaki amANI yang berbulu jarang: Syabas terhadap kemunculan blog Syila Menulis dan Mybook. Blog kamu, buat seperti mana yang kamu suka. Teruskan.

11 ulasan:

shida berkata...

filem pendek.tapi cepat nk mampos..tak sempat nk hayati watak dan baca subtitle..utk masa akn dtg, lambatkan setiap frem gambar..secara keseluruhan, LAYAN jelah sebb tuh anak2 buah aku gak..kakaka..

amANI berkata...

::shida::
Layan je, tengok la berkali2 kalau nak hayati. hahah. buat 2 minit pon dah 19mb tu malas nak panjangkan frame tu.

SyilaShaban berkata...

Hehe macam geli plak baca ucapan syabas kat nota kaki...yg berbulu jarang tu perlu ke disebut. Emm ceta tu agak menarik aku rasa leh geng ngan upin & ipin lak.

Tanpa Nama berkata...

Hahah..melampau gile bos hang kasik xkasik keje bole goyang kaki sampai camni skali..

ayen =D berkata...

comel comel...

duta berkata...

+ achik +
filem tanpa suara ni i rasa kalu calonkan kepada anugerah BOH CAMERON bagai awards tu, juri nak tgk ke? geggegegege.... apapun effort camni harus dihargai! sbb tak semua org gigih menyimpan kenangan hidup utk tatapan umum....

jadi perjalanan aqil sbnrnya di olah penceritaan mencari kura2 daripada scene2 yg berbeza kan? ermmm.... pelakon lepas ni nak reward! aqil layak jadi pelakon terbaik.... ammar, pelakon harapan... ermmm permaisuri; anugerah khas juri... pengarah ? ermmm nak ke? tahun depan la ye... tunggu my junior kuar lak ke....

amANI berkata...

::Tanpa Nama::
Aku buat masa cuti perayaan tahun baru kaum Tiong Hua. Cuti 4 hari, tak pegi mana, duduk JB je.

::ayen::
Betul Betul.

Mekasih sudi singgah. Jauh tu datang. Hahah.

::duta::
Ah, tanak la masuk pertandingan, nanti menang glemer pulak. Susah nak jalan2 kat JUSCO lagi.Hahah.

Misi mencari kura-kura itu adalah benar, gambar pun kebanyakannya mengikut sequence, cuma sepotong dua diguna pada tempat bersesuaian dengan penceritaan.

redghost berkata...

amar dan aqil dapat mak ayah yang sporting

saifulazrul berkata...

mana Raja nya? Hehehe...

amANI berkata...

::redghost::
Mak ayah masa kini.

::saifulazrul::
Hahah, memang buat skrip yang tak de watak Raja.

amANI berkata...

::syila::
Upin & Ipin dah kira sumber inspirasi para pelakon dah. Mujur tak ikut gaya rambut je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...