Aku ambil cuti 2 hari. Panjangkan dari cuti ganti Thaipusam pada Ahad, maka Isnin, Selasa dan Rabu aku bercuti.
Kami balik Kulim. Setelah dapat menempah khidmat pemandu dengan bayaran sehingga RM210 untuk perjalanan kami berempat dari JB ke Kulim, kami bertolak pada Jumaat malam. Bas itu sangat selesa. Penghawa dinginnya sepoi-sepoi bahasa, ditala dengan baik sehingga terasa sejuk tak sejuk je di dalamnya. Ehh, naik bas? Ye la, bas je, tak kan nak naik limo plak? Berpada la dengan status rakyat jelata je ni.
Aku sampai Kulim betul-betul depan pintu KMK jam 650 pagi. Tangan kanan mengheret beg dan bakul, tangan kiri mendukung Aqil. Ammar dalam dukungan Ezi. Berat mata memandang, memang berat rasanya tangan yang mendukung. Lepas dari pak gad tanpa soal selidik mahupun usul periksa. Hai angguk sikit je.
Baru 50 meter, aku rasa ini tidak wajar. Mendukung sambil mengheret beg di waktu pagi selepas bangun tidur memerlukan tenaga yang banyak. Aku cuba jalankan Aqil, dia dah terjaga, cuma nak di dukung je. Dah 2-3 kali dukung dan letak baru menjadi. Jadi sebelah tangan mengheret beg, sebelah tangan lagi berpimpin tangan dengan Aqil.
Dah dekat nak sampai tangga nak naik rumah, sebuah kereta Waja meluncur laju di sebelah kami, dah terlepas sedikit baru dia brek mengejut. Pak tak perasan kami. Dia baru balik dari masjid. Lega dapat naik kereta.
Sampai kat rumah. Dah makan lebih kurang. Pengetua MRSM PDRM ajak aku ke maktab. Minta aku tolong sikit hal-hal mengemas bilik mesyuarat. Dia baru sahaja siap menjahit 'skirtting' baru untuk hiasan meja mesyuarat. Aku bayangkan 'skirting' kain nipis, kaler kilat-kilat.
Aku tanya. Aih, Pengetua jahit sendiri ke? Sukarela ke ada upah?
Dia jawab. Suka rela la, dah yang lama tu tak elok sangat dah. Nak panggil upah orang, dia tak sempat nak siapkan cepat. Jadi buat sendiri la. Ni pun baru siap je pukul 430 tadi.
Sementara dia tunggu aku mandi dan bersiap, aku bukak laptop, bukak blog ini, kasik dia baca. Heheh. Promote diri sendiri.
Aku bawak Aqil je, Ammar tinggal bersama uminya. Kami ke maktab. Rerasa lama jugak tak menjejak kaki kat maktab. Memori mula menggamit bila memasuki perkarangan kem. Banyak yang dah berubah. Paling menonjol, bumbung pejalan kaki dari asrama ke blok akademik. Sekeliling blok akademik pun dah berpagar, siap ada tembok batu tertulis nama maktab lagi. Pendek kata, segalanya lebih cantik dan berseri. Rasanya cukup dengan gambar-gambar yang aku letak ini sebagai pemudah bicara.
Ini sekitar kawasan pejabat dan taman di sebelah pejabat. Dulu homeroom aku ditugaskan mencantikkan taman ini.
Kami ke bilik mesyuarat melalui pintu ofis. Aku cakap, seumur hidup di maktab tak pernah lagi masuk bilik pengetua. (Aku terlupa, ada sekali aku masuk ketika nak minta sokongan membuat majlis sambutan hari raya tahun 1997, bukan bawah apa-apa badan, tapi secara gabungan sukarela kawan-kawan).
Kami siapkan kerja-kerja meletak 'skirting' ini. Rupanya kain tebal kaler emas ada corak bunga-bunga. Nampak eksklusif dan citarasa moden juga la kalau style ini. Beli kat Kamdar, Pengetua kata. Ada 2 jenis, satu skirt pendek untuk bahagian luar, satu skirt labuh untuk bahagian dalam. Praktikal. Tak la tersangkut di kaki bila duduk bermesyuarat. 'Skirting' itu dilekatkan dengan velcro, maka tidaklah merosakkan 'skirting' itu untuk dilekatkan berbanding kaedah konvensional yang terus mengokot 'skirting' pada meja.
Ni la rupanya kerja-kerja yang aku dan Pengetua MRSM PDRM lakukan pada masa tersebut.
Ini versi sekitar maktab bersama Aqil. Parit sebelah pejabat yang kita selalu lalu nak ke pandang itu masih jernih airnya. Ikan-ikan yang bertompok hitam di badannya yang sangat lincah berenang pun masih ada.
Notakaki amANI yang teruja balik maktab: Aqil sunguh-sungguh ajak aku dan tok dia main piano sekali masa kami tengah duk nak pasang 'skirting'. Mintak duduk sebelah dia. Tok pada Aqil? Sape? Pengetua MRSM PDRM ni la. Hjh. Padzilah Othman. Aku bagi mak aku baca blog aku, korang?
3 ulasan:
Teringin nak join hari tu tapi dah ada komitmen yang lebih awal dipersetujui. Apa pun memang kenangan indah kat sana...
+ achik +
konsep gambar susun kan... dalam box line2 tebal...
ermm... padan laa ala2 muka tak cukup tido, rupanya duk pasang skirting bilik mesyuarat. rajin nya tuan pengetua jahit sendiri... kira hebat juga la ye! heheheh.... ada cikgu2 yg menangis tgk usaha ni?
::saifulazrul::
Takpe2, ada la rezeki nanti sekali lagi untuk ke maktab lagi buat program. Tanya Paleo. Actually kalau pegi ke maktab lain pun apa salahnya.
::duta::
Konsep itu dibuat supaya orang yang duk mintak gambar dalam blog ini puas hati. Penghargaan la kiranya. Buat konsep, aku ikut. Hahah. 3 minit siap guna photoscape, takyah edit lain2.
Lain pengetua, lain objektif dan perlaksanaan mereka. Aku tak tau la apa komen cikgu2. Sebab pertama kali digunakan masa kita standby sebelum masuk dewan, kemudian mesyuarat MUAFAKAT.
Catat Ulasan