Sedang aku makan tengah hari bersama isteri hari ini, aku baca surat khabar berbahasa Inggeris. Lauk beli kat Pak Ali, nasi isteri yang tanak. Keli goreng 2 ekor, ayam goreng 1 ketul, cendawan goreng secucuk, sayur kangkung, kuah asam pedas. RM7 semuanya untuk kami dan anak-anak. Masak berpeluh ketiak kalut dengan Aqil dan Ammar pun belum tentu sama kosnya dengan RM7.
Sambil makan aku baca artikel tentang sesi memerah otak bertajuk 'Selamatkan Bola Sepak Malaysia' di antara Menteri Belia dan Sukan (abahnya Dafi) dan bekas-bekas pemain bola sepak negara sekitar tahun kegemilangan 70-80an. Mereka ini semuanya bersemangat menghadiri sesi ini, juga nama-nama yang terkenal sehinggakan Hasbullah Awang tidak lekang menyebut nama-nama mereka setiap kali mengulas siaran langsung pasukan Malaysia melawan pihak lawan walaupun mereka bukan lagi pemain masa sekarang. Mereka memberi banyak pandangan, tapi akhbar ini memberitakan semuanya isu lama, isu yang pernah dibangkitkan sebelum ini. Cuma akhbar ini menekankan sedikit isu kepimpinan. Bila salah seorang daripada mereka secara terang-terangan meminta kepimpinan paling atas turun dari menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia. Akhbar ini agak berperenggan juga menceritakan kembali perkara ini. Konspirasi agaknya. Termasuk yang ini, dah 3 kali dah akhbar ini membuat artikel yang berbaur politik begini dalam tempoh 2 minggu ini. Siapa la agaknya yang hangat mengipas wartawan akhbar ini. Ada habuan agaknya.
"Bagi patik, Tuanku memang harus berundur sebab 25 tahun adalah sangat lama, kalau Brazil dan Itali dah menang 2 kali Piala Dunia dah dalam tempoh masa ini Tuanku sudah menerajui Malaysia ke mana dalam tempoh masa 25 tahun ini? Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. "
Buat Menteri Belia dan Sukan, aku kecik hati sebab dia tak jemput aku untuk turut serta dalam perbincangan ini. Aku sebagai bekas pemain bola sepak peringkat sekolah rendah dan menengah merasa terpinggir kerana Menteri Belia dan Sukan tidak terpandang nama aku untuk memberi sedikit pandangan. Apa? Aku tak cukup terer ke? (Nota: Editor blog terpaksa menyiku dagu amANI kerana kenyataan berat sebelah ini dan menasihati beliau supaya fokus, jangan tulis ikut perasaan!).
(Dengan dagu yang agak sakit) Aku sebagai bekas pemain bola sepak peringkat sekolah rendah dan menengah yang tidak pernah melepasi peringkat Zon ingin memberi pandangan terhadap isu mencari bakat baru dari akar umbi di pelusuk Malaysia secara efisyen. Sebelum itu, mari kita soroti bagaimana seorang yang berbakat dalam bermain bola sepak akan maju ke peringkat tertinggi sehingga ke peringkat negara mengikut pengalaman aku.
Kes Contoh 1:
Aqil berminat dengan bola sepak sejak berumur 8 bulan. Mula-mula dia boleh berjalan abahnya telah mengajarnya menyepak bola. Aqil memang berbakat besar. Masuk darjah 3, Aqil telah bermain dengan serius, tiap petang main bersama rakan. Kebetulan, sekolah Aqil adalah sekolah projek bolasepak. Darjah 5, Aqil masuk pemilihan peringkat sekolah. Aqil diterima sebagai simpanan. Darjah 6, Aqil main kesebelasan utama, sekolah Aqil menang peringkat Zon Ampang. Hampir kesemua rakan sepasukan Aqil dipilih menjadi wakil Zon Ampang. Jurulatih sekolah Aqil merangkap guru matematik sekolahnya membawa Aqil ke peringkat daerah Hulu Langat. Sekali lagi Zon Ampang menang peringkat daerah Hulu Langat. Ditambah seorang dua dari Zon lain, Aqil bermain pula untuk daerah Hulu Langat, kali ini untuk peringkat negeri Selangor. Aqil berjaya membawa pasukannya memenangi kejuaraan Negeri. Bakat Aqil dinilai dan jurulatih bawah 15 tahun memanggil Aqil untuk mewakili Malaysia.
Pemerhatian aku terhadap pincangnya sistem ini:
1. Bakat baru yang dibawa ke tengah dalam permainan bola sepak ini adalah berdasarkan pencapaian pasukan individu tersebut. Kalau sekolah dia juara, dia boleh mewakili peringkat seterusnya. Kalau sekolah dia kalah, terrer tahap Theo Walcott sekalipun tidak diendah.
2. Jurulatih bolasepak tangkap muat di akar umbi. Guru matematik merangkap jurulatih bolasepak. Tiada lesen kejurulatihan mahupun pengetahuan asas bola sepak sebenar. Pemain berbakat dalam pasukan ini tentunya tidak akan menyinar dan tidak akan diendah sebab pasukannya main macam pasukan estet!.
3. Jurulatih seperti kadang kala dibawa ke peringkat seterusnya. Bukan sebab dia arif bijaksana mahupun handal tapi sebab pasukannya berjaya.
4. Scout atau pemerhati bakat baru hanya berminat pada peringkat daerah ataupun negeri.
5. Lazimnya peringkat negeri berlangsung pada pertengahan tahun persekolahan, budak darjah 6 dan dekat nak masuk periksa UPSR. Mak bapak sekarang mana nak bangga sangat kalau anak wakil negara sekalipun tapi UPSR dapat 5C sebab 5A bersepah, anak penyapu lantai pun boleh dapat 5A.
Cadangan aku:
1. Latih guru untuk menjadi jurulatih terlatih di setiap sekolah. Jurulatih harus punyai lesen kejurulatihan.
2. Tubuhkan scout / pencari bakat di peringkat zon. Mereka bebas dan tidak terikat dengan mana-mana sekolah. Mereka harus memantau tiap perlawanan. Mereka akan menjadi jurulatih peringkat zon. Mereka buat pemilihan semula selepas tamat pertandingan peringkat zon. Sekolah yang menjadi juara tidak otomatik mewakili zon.
3. Peringkat Zon harus punya jurulatih berbeza untuk pemain dan penjaga gol. Juga telah menerapkan asas-asas sains sukan (corak pemakanan, corak latihan dan corak permainan) dalam latihan.
4. Jadual perlawanan peringkat sekolah-zon-daerah-negeri harus dilengkapkan sebelum Mei tahun tersebut. Mula awal, apa salahnya cuti akhir tahun panggil budak-budak ni berlatih, hari pertama persekolahan terus mula peringkat zon. Budak tak terganggu pembelajaran sebab berlatih.
Aku habiskan lauk ayam goreng, cubit sedikit lauk keli goreng untuk anak-anak sebab nampak sedap. Bekas pemain hoki negeri Kelantan yang mendapat tawaran mewakili Malaysia ketika di peringkat sekolah rendah juga telah menghabiskan nasi beliau, dia mengiyakan sahaja pendapat aku.
8 ulasan:
Paling asas ialah Tuanku Presiden FAM kena letak jawatan. InsyaAllah, masalah ni mudah diselesaikan.
Jika tidak, makin sukarlah...
keprihatinan saya:
1. adakah dengan menukar management 'tunku' dapat memulihkan prestasi??? saya kira tidak.
2. adakah memecat jurulatih dan mengantikan jurulatih baru dapat memulihkan prestasi? saya kira tidak.
pandangan kerdil saya:
1. PEMAIN yang bermasalah. Management adalah hanya masalah picisan/kecil sahaja...kenapa? terlupakan kita pada zaman KL,KEDAH,SINGAPURA??? kan best zaman tu. bersemangat nak tengok bola M'sia.Sebab PLAYER pon best.
soh arsen wenger <--- aku tak reti eja name die tapi korang tau sape die kan...ko soh die pon lingkup jugak selagi PEMAIN/PLAYER hampagassssssssssssssszzzzzzz.....
just my 2 cents--cheers
::saifulazrul::
Kepimpinan memang mencorakkan hala tuju persatuan. Kalau tak nak turun pun, jadi la advisor je, penasihat ke, penaung ke. Kot masih sayangkan bola sepak Malaysia.
::redghost::
Pemain memang penting, mentaliti masih lemah, siaz fizikal tidak berdaya saing, kekuatan tendangan dan kecekapan mengawal bola juga penting. Ini memerlukan bakat dan program latihan yang berkesan dari usia muda. Bukan dah nak buat kerja nikah kahwin baru nak belajar tahan bola bagi berenti.
+ uols +
nak komen gak... walaupun tidak mengikuti secara langsung, namun sempat menjengah ketika segmen berita sebab nak praktis pembacaan nanti.
1. mybe kalu cikgu matematik yang terlatih mengajar bolasepak, cikgu tu wajar diberikan elaun la kan? sian cikgu... walaupun kerja separuh hari, tetap dah gaji berganda!
2. prestasi pemain? ermm... so far saya tidak menonton pun. tapi zaman gememilangan dulu, yg paling ingat pemain kedah; radhi mat din... kan? ermmm good luck laaa malaysia... i suka acara gimrama je
3. jangan lak pulak bloq ni di saman sebab menyiarkan fitnah mahupun provokasi tentan bola sepak tempatan ibarat penyampai radio lelaki dipisahkan kerana asyik mempersendakan kredibiliti pemain bolasepak malaysia yang ketandusan kemenangan even dgn pemain dibawah padang berperiuk api sekali pun
k. tu je.
bayangkan ratu gimrama mrsm pdrm pon leh kenal radhi mat din player kedah... that mean player sendri adalah menjadi tajuk utama kecemerlangan sukan bola sepak. jadi tak heran la orang lebih kenal player EPL dan suke nak membeli dan memakai jersey EPL...
**teringat jersey kedah hijau kuning kaler kuning bentuk V...time tu main bola kertas lipat 2 pakai kadbod...huhuhuhu...***
+redghost+
maksud orang kaya fekda, disalahkan pemain? ermm, saya SETUJU!... sambil mengibar2kan reben acara gimrama itu
::redghost::
Jersi Malaysia ori sama harga dengan Jersi EPL ori, Jersi Malaysia buatan Siam juga sama harga dengan Jersi EPL buatan Siam. Dah cemana? Kenapa Jersi Malaysia ori tak boleh sama harga dengan Jersi buatan Siam?
Tapi, tak teringin aku nak pakai jersi Malaysia dan kat belakang tertulis nama Indra Putra.
::duta::
1. Ye, cikgu yang terlatih dan mempunyai sijil itu patut diberi elaun oleh Persatuan Bola Sepak Negeri masing-masing.
2. Gimrama? Apesal Faezah Miskin tak ambil sijil kejurulatihan gimrama artistik? Diakan terrer. Tolong jawab sket.
3. Ramai lagi peminat bola sepak Malaysia di luar sana yang lagi sensitip komplen depa pada FAM. Aku komplen sambil memberi cadangan membina.
redghost,
Saya sudah melakukan banyak penelitian terhadap situasi bolasepak negara. Saya rapat dengan Arwah Dato' Basri yang menjadi mentor saya dalam bolasepak. Beliau banyak memberi pendapat dan kalau kita belajar penyelesaian masalah, kita kena bezakan simptom dan masalah. Simptom adalah seperti pencapaian pasukan, tahap pemain, taktikal jurulatih tetapi jika dikaji lagi dengan lebih mendalam, memang kita akan jumpa iaitu Presiden. Ada sebab saya katakan sebegitu dan kalau kita jumpa, nanti saya ceritakan sebab nak menulis terlalu panjang. Lihat saja apa yang arwah Dato' Basri lakukan di Kedah. Al-Fatihah buat arwah...
p/s: Kepada peminat Kedah boleh join saya di www.hijaukuning.com. Kalau ada masalah nak register, habaq kat saya...
Catat Ulasan