Babak 1
Perayaan Tahun Baru Cina kembali lagi. Ahh, negara Brazil ada ke menggazzete kan cuti Tahun Baru Cina? Entah. Tak terfikir pulak Diego kaum apa yang tinggal kat Brazil. Berbilang kaum mungkin.
Bagi Diego, cuti untuk perayaan itu tahun ini bermakna dia mempunyai cuti selama 4 hari berturut-turut. Sat Sun Mon dan Tue dia cuti. Diego bilang dari kalender atas meja. Sedang enak Diego mencongak. Diego dapat cek gaji. Tapi jam sudah 430 petang. Diego hampa. Bukan kerana gaji dipotong atau ciput. Tapi bos bagi masa bank tempatan pengeluar cek tersebut sudah tertutup jam operasi. Ini bermakna, Diego terpaksa bergantung pada sumber kewangan sedia ada untuk Sat Sun Mon dan Tue. Tertutup pintu hati Diego untuk membuat perancangan saat akhir balik kampung. Dapat ke Sao Paolo ke, Santa Catarina ke, janji bleh jalan-jalan kot tak dapat balik kampung pun. Diego lesu. Lewat petang Diego balik kerja.
Marcia : "Abang, kita tak pergi mana-mana kan cuti ni?". Marcia membuka bicara. Marcia harus mendapat notis barang 2-3 hari untuk setiap perjalanan jauh. Kalau tidak, Diego akan menerima surat tunjuk sebab kenapa-dah-balik-kerja-baru-nak-bagitau-nak-balik-kampung-malam-ini-juga-dah-tu-balik-lambat-pulak-tuh?
Diego : "Hemm, tak kot, nak pegi mana, gaji tak masuk, duit ada cukup-cukup je". Diego tidak bersemangat.
Marcia : "Takpela macamtu, bukan nak ke mana-mana pun, Marcia ingat nak buat operasi. Banyak keje tertangguh tunggu Abang buat, tuh tingkap depan tuh, bersawang, berhabuk, cuba Abang ingat semula, bila la kali terakhir kita cuci tingkap tu, masa anak kita belum lahir lagi tau. Nak kemas bilik stor, bukak balik kotak-kotak, susun semula hadiah-hadiah kahwin, simpan elok-elok." Marcia mula keluarkan senarai to-do-list beliau.
Diego : .... sengih, angguk dan diam tidak terkata, "Jangan membantah" bentak hatinya.
Babak 2
Sat
Dah menghampiri petang, Diego memandu ke arah bandaraya Rio de Janeiro. Hajat Diego membawa anak-anak bermain di taman. Sambil menghirup udara nyaman di taman yang bertentangan dengan Laut Atlantik itu. Ada satu taman yang sangat tenang dan cukup releks untuk seisi keluarga. Bekas istana pembesar negeri Rio de Janeiro. Ada yang datang berpakaian sukan, ada yang datang berpasangan, ada yang datang dengan anak-anak kecil sambil berbasikal. Ada juga yang datang berkawan-kawan. Yang lelaki, yang perempuan. Jodoh dimana-mana getus hati Diego.
Anak-anak gembira, berlarian anak bersama Diego. Menjerit teruja berjumpa kura-kura. Menangis bila dibawa jauh dari kolam kura-kura. Seronok kembali bila jumpa ikan di kolam. Diego nampak roti yang dah basah tidak dimakan ikan. Diego cubit sedikit-sedikit, bagi ikan di kolam sebelah makan. Anak-anak seronok lompat-lompat tengok ikan makan. Hari sudah lewat petang. Ikan di kolam di lambai pulang. Mereka pulang dengan gembira. Diego singgah JUSTUKOR, beli bahan buat makan malam.
Sun
Diego bangun awal pagi. Tengok kiri kanan. Lengang. Diego tak buat apa-apa. Layan tv.
Diego keluar ke JUSTUKOR dengan Marcia dan anak-anak. Beli barang keperluan yang mana dah tiada. Lebih kepada memberi anak-anak melihat mainan baru. Main sampai puas. Letak semula di rak asal. Baru Diego bawak pulang. Petangnya Diego berpakaian sukan. Hajat hati nak berlari. Tapi bawa anak-anak siap dengan basikal dan bola. Hasilnya, Diego, Marcia dan anak-anak melangut melihat langit. Tengok layang-layang terbang tinggi. Macam-macam bentuk, rupa fizikal, bunyi dan warna. Berjalan-jalan pusing tasik buatan. Biar anak-anak berkejaran teruja dengan mainan kanak-kanak lain.
Malamnya Diego masak barbeku. Kepingan daging kambing berserta sosej. Buat makan anak-anak dan Marcia. Marcia buat coleslaw, kentang putar dan sos barbeku. Diego jaga api. Persekitaran kejiranan rumahnya hampir lengang. Jiran kanan, En Carlos balik kampung. Jiran depan Ms Solez juga pulang ke kampung, jiran kiri je tak balik. Jiran selang 4 rumah kawan Marcia, Puan Sanchez juga pulang ke kampung. Sebab itu Diego buat barbeku. Asap berkepul pun tak menggangu jiran. Bau sedap pun jiran tak hidu. Diego teringat orang di kampung masa masak barbeku. Anak-anak terlena kepenatan lepas makan. Mungkin sebab main asap, pening kepala agaknya. Hampir tengah malam, Diego keluar, tutup pintu rapat. Melangut lagi ke langit. Tengok bunga api. Warna warni. Berbunyi-bunyi. Jiran sebelah siap pasang mercun merah sepapan, panjang hampir dua depa. Di sangkut tinggi dengan galah. Bunyi bingit. Diego dan Marcia diam memerhati. Anak-anak tetap lena.
Mon
Masih cuti, Diego bangun pagi lagi. Kali ini anak-anak juga dikejut bangun. Di ajak berjalan ke kedai untuk sarapan pagi. Berempat mereka berjalan, lintas jalan, seberang parit besar, rentas lima deret rumah, lintas jalan, susur deret kedai. Sampai. Kedai impian untuk bersarapan ditutup, kedai sebelah je buka. Bersarapanlah mereka empat beranak.
Pulang dari sarapan. Singgah sebentar di taman permainan. Bagi anak-anak main. Tapi permukaan masih basah akibat hujan. Tak jadi bagi. Anak-anak main lopak air atas gelanggang badminton. Pijak-pijak sampai terpercik. Mainlah. Balik nanti Marcia uruskan.
Pulang ke rumah, Marcia dan anak-anak agak gementar, harus lalu dihadapan rumah yang mempunyai 2 ekor anjing garang. Pagarnya tidak rapat dan anjing itu boleh meloloskan diri. Diego tenang. Sudah biasa dengan gelagat anjing kawasan perumahan. Seekor telah meloloskan diri, mengiringi perjalanan mereka. Mata menyorot ganas. Diego acah, anjing berundur. Tapi datang semula. Lepas dari rumah itu, anjing tidak lagi mengikuti mereka. Tiba-tiba Diego terpandang kenderaan Kumbarang, kenderaan syarikat nasional kedua Brazil, milik jiran Diego. Cermin tingkap sebelah depan kiri telah dipecahkan. Kaca masih di jalan. Ini kes rompak ni. Diego tunjuk pada Marcia. Marcia meninggi suara pada jiran kepada jiran pemilik Kumbarang. Mereka semua mendekati cermin yang pecah. Hand-rest mudah alih telah digeladah. Nampak macam ada barang yang diambil. Jiran kepada jiran pemilik Kumbarang punyai henfon dan menghubungi mereka. Diego berlalu memasuki rumah. Haih. Hari Raya pun ada orang nak merompak ke.
Petangnya, Diego, Marcia dan anak-anak menaiki kereta lagi. Kali ini ke pinggiran bandar Rio. Makan petang. Pusing-pusing di pinggir bandar Rio. Marcia ajak ke JUSTUKOR Taman Loyal Equisite. Nak makan donut mahal. Diego bawa. Marcia beli donut. Diego duduk luar layan taman permainan dan air pancut.
Tue
Hari ini Diego sekeluarga duduk diam. Duduk rumah serehat-rehatnya. Marcia pun penat. Penat berjalan.
Diego : "Kalau hari ini kita pegi jugak JUSTUKOR, ini adalah hari ke-empat berturut-turut kita ke JUSTUKOR. Nak pegi ke?"
Marcia : "Ha'ah kan, kalau la orang lain tahu, gigihnya kita dengan JUSTUKOR itu"
Diego : "Hemm, takpelah, takyah la, lusa jela kita pergi, lusa baru duit gaji masuk"
Diego lega cuti yang panjang dah berakhir. Lusa itu baru Diego betul-betul ceria. Hujung minggu itu, Diego ke kota Sao Paolo. Jalan-jalan. Ada duit baru sedap jalan-jalan. Diego singgah jugak JUSTUKOR kat Sao Paulo.
Errr... Tingkap? Kotak?? Heheh.
6 ulasan:
Adam..kau ni boleh tulih skrip drama la..aku dok baca kau punya entry2 ni...mmg ada gaya..dari segi bahasa semua tu..satu2 perkara yang tak tercapai akalku utk mengarang sebaik ini.
Adam, dah ada testimoni tu, bolehlah submit kat mana-mana pengarah. Filem pendek pun ok dah...
Amani...er....hang menaip time keje ek???kekekeke....
::anese::
Hahah, kalau tulis untuk syok sendiri macam Mamat Khalid buleh aa. Gaya santai je nih. Takde apa-apa perkataan bombastik pun di dalam cerita ini.
::saiful::
Ustaz, ini karya sendiri-sendiri je, nak kumpul banyak2 buat buku teks. Huhuh.
::redghost::
Aku hanya memanfaatkan waktu terluang sambil tunggu waktu pulang. Huhuh.
wah, dah buleh jadik pengarah telenovela
;-)
-TM-
(thanx jenguk my blog)
::TM::
Tanak, nak tulis je. Huhu.
Sama2. Jom memeriahkan industri blog tanahair.
Catat Ulasan