Advertlets

Rabu, Februari 18, 2009

Mesti Tonton - GENG Pengembaraan Bermula (Penampilan Istimewa Upin & Ipin)

Cakap banyak tak guna. Suka lawak? Suka kartun? Suka animasi? Suka filem tempatan? Suka Upin & Ipin? Suka tengok wayang? Suka hati korang la nak tengok ke tak tengok.

Janji bukan tunggu nak beli CD pirate. Pegi tengok kat wayang sekarang juga sebelum tamat tempoh siaran.

Teket mahal? Pegi tengah minggu hari Rabu, masa hari teket murah (utk Cathay sahaja).

Takde awek atau pakwe nak bawak? Bawak mak atau kakak atau adik atau anak sedara atau anak jiran.

Takde masa? Tido di luar rumah sampai demam, amik MC keesokan hari dan pegi tengok wayang.

Ada kanak-kanak kecil nak ikut sekali? Bawak je, bawah 3 tahun free (tanpa seat). Nak selesa beli satu lagi teket, harga kanak-kanak.

Takut anak-anak tak bleh diam? Beli popcorn bagi dorang makan dalam wayang.

Takut dorang menangis? Mulai sekarang, putarkan CD Upin & Ipin setiap hari untuk tontonan mereka sampai mereka suka gila Upin & Ipin. Mereka akan duduk diam bila tengok wayang.

Terduduk atau tertinggal kat Amerika atau UK buat masa sekarang? Maaf, itu kene tunggu Les Copaque bawak filem ini ke negara kediaman anda sekarang.

Aku: "Ini lagi sedap dari Ice Age I, Shrek, Nemo, Toy Story, Madagascar dan sebagainya. Dari segi animasi yang cukup setanding. Lebih lawak. Bukan dibuat-buat tapi bijak. Sampai satu part, aku gelak sampai tak sempat amik napas. Ye begitulah"

Ezi: "Bestkan cerita tuh."

Aqil: "Upin Ipinnn!!" (masa Upin Ipin muncul buat kali pertama dalam cerita).

Ammar: "Ngiauuu, Ngiauuu" (masa tengok mak Oopet).


(boleh muat turun wallpaper, screensaver, banner, widget, klip video, suara dari web ini, percuma)

Notakaki amANI: Ini kali pertama setelah hampir 3 tahun aku pegi tengok wayang semula. Pertama kali bersama anak-anak dan isteri. Jangan tinggalkan panggung sehingga betul-betul dah habis siaran. Tunggu. "Fikirkan masa depan" Hahah.

14 ulasan:

saifulazrul berkata...

Memang plan nak pi tapi tak pi pi lagi. Anak dah excited sangat dah. Cuma wife kurang sihat, asyik muntah ja. Tu yang payah sikit...

shida berkata...

ciss..aku tunggu orng upload lam utube jelah adam..animasi die betul ke sehebat kata2 hang?tapi sebb die kartun melayu dan sore budak tuh comel, mmg buleh layan upin n ipin ni.aku tgk yng diorng pose tu je sebelum ni..

amANI berkata...

::saiful::
Alahan teruk sangat ke? Buleh tunggu lagi dalam 2 minggu, kot2 masih dalam tayangan, rasa duduk dalam wayang lagi fokus menonton.

::shida::
Tak best tengok dari youtube. Huhuh. Animasi dia bagi aku gigih. Tak la sehalus jurai-jurai bulu seperti Ice Age atau Monster Inc, tapi buleh dibanggakan untuk filem tempatan. Semua watak dalam filem ini ada punchline kelakar memasing.

duta berkata...

+ amani +
saya sudah tgk. best2. finding nemo lagi best. tapi filem buatan malaysia ni lebih menarik jika anda pernah mengikuti sirinya! i'm not a fan of them, tapi turut sama2 gelak dalam panggung! jalan cerita masih belum menguatkan watak upin + ipin... kerana RAJOO menjadi tarikan kepada semua scene.

tapi superb laa... promosi bagus... dan sambil keluar panggung dengan gembira, berkata... berbaloi je dgn harga tiket rm10 itu... k

amANI berkata...

::duta::
Sebab ini bukan cerita berfokus pada Upin & Ipin, tetapi Upin & Ipin telah terlebih glemer melalui siri mereka sebelum ini. Jauh lebih glemer berbanding filem GENG ini, dalam filem ini dorang sepatutnya watak cameo sahaja.

Diperkenalkan siri Upin & Ipin dahulu pun salah satu tujuan mempublisitikan filem GENG ini.

Tapi memang nampak sangat penekanan pada watak Rajoo dalam GENG.

Nak folo Upin & Ipin season 3? Selak suratkhabar bahagian intisari rancangan. Hanya di TV9.

duta berkata...

+achik+
emmm pernah tgk file animasi jepun : SPIRITED AWAY? ermm cerita ini pun perjalanan imaginasi yang creative juga. aku cuba samakan dah filem ini dgn filem GENG ini... cuma aku rasa ada part2 tertentu yang perlukan perhatian... utk menguatkan watak dan mendapat sentuhan kepada jiwa penonton... kira macam meningggalkan kesan dihati penonton la...

sebuah kisah yg mempunyai perjalanan ini seharusnya macam betul2 lebih luas macam, amik mereka tersesat hingga ke banjaran titiwangsa ke ... baru la macam grand - finding nemo - cross lautan atlantik semua... ermmm kan?

tapi garapan lawak ini mmg mengujakan... watak2 ayam kampung, lembu, dan angsa memainkan peranan yang bagus kepada filem ini.

aku bagi 3.5 dari 5 bintang ek.
utk siaran bersiri tv9, insyaallah...akan cuba dipatuhi. cuma amat2 berbangga dengan animasi ini yang betul2 mempunyai team yg hebat! budaya tempatan yang mempunyai nilai malaysia... kan?

redghost berkata...

aku dah tengok
1. spirited away <---duta ingat die sorang je tengok
2. nemo
3. shrek
4. bee movie
5. geng bas sekolah
6. kite runner
7. awani global
8. heroes
9. spa Q
10. oshin

eh....ni citer animasi jerk ekk???? opss...salah section... upin ipin tu yang kepala bulat tu kan???

upin : betul, betul, betul, betul, betul, betul, betul, betul, betul,

amANI berkata...

::duta::

Pernah. Tengok bersama2 dengan Ahmad S. Aku ada 2-3 cd dari karya pencipta anime itu. Rasanya.

GENG buat identiti yang sangat Malaysia dengan penekanan pada suasana kampung, rakyat berbilang kaum, durian, teh tarik, vespa modify, rempit di kampung, seludup haiwan yang bagi aku memang Malaysia. Cuma digarap dengan tambahan kisah pengembaraan dan fantasi. Rasa over jugak unsur fantasi itu, dengan makhluk2 yang tidak wujud. Kalau tambah efek air terjun, gunung ganang dan mungkin kampung orang asli memang baru nampak lebih luas dan adventure.

Nemo memang real. Semua element laut itu betul. Tiada fantasi dengan olahan monster2 yang tidak wujud. Gaya/gerakan juga betul. Ini memang lain dari animasi Disney/Pixar/Dreamworks yang lain. Luas, tapi watak tertumpu pada 2-3 je. Emosi memang ada dan memberi kesan. Tapi tidak lawak dari awal sampai habis macam GENG.

Apa yang aku puji, gaya percakapan dan skrip. Dalam filem Prof Madya pun ada jugak artis yang salah lenggok loghat utara, tapi dalam GENG, semua lenggok percakapan memang nyawa pada tiap watak. Tidak semestinya menjadi Prof Madya baru boleh keluarkan hasil filem yang terbaik. Ada degree pun cukup.

Aku bagi GENG no 1 untuk kategori sangat lawak. Raja Lawak pun tidak sehebat lawak GENG.

Kesan? Aku masih tersengih sendiri ketika bangun dari seat sampailah ke lif. Esok malamnya pun aku masih bergelak ketawa mengulang skrip GENG bersama Ezi.

duta berkata...

+ red +
tu je ke? cite geng 40? tak masuk ke?

redghost berkata...

+duta+

ewah...ewah... aku takdek time geng40 tu ye...aku balik rumah weekend..

amANI berkata...

Aku dan Ahmad S juga ada menonton 'Akira' dan 'Princess Mononoke' bersama-sama. Huhuh.

Geng 40? Ish, red tak tergolong dalam geng tersebut ye. Pandai aku pilih kawan.

::red::
Kalau ko masih mempunyai salinan zine kelas ko, sila keluarkan kembali karya ko. Aku suka. Huhuh.

duta berkata...

+semua+
i still have tat! zine cite pasal mengamuk semua bagai! hahaha... suka2!
laaa. selama ni aku ingat tersalah kawan la... rupanya... baik gak generasi ini... hahahah

amANI berkata...

::duta::
Mujur, tolong buat salinan siap kaver kertas kaler yang sama bleh?

Barter dengan zine Chunkies, aku masih ada yang ini. Ke ini pun ko masih simpan?

redghost berkata...

+duta+ Amani +

aku rasa macam teringat2 la karya aku..aku dah takde softcopy mahupun hardcopy.... +duta+......tolong publishkan...please

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...