Advertlets

Jumaat, Februari 13, 2009

Geografi Kebangsaan: Taman Universiti edisi Dua

Bertemu dalam Geografi Kebangsaan edisi kedua kali ini. Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid. Taman Universiti.

Aku memang agak kagum dengan semangat yang ada bagi orang-orang yang berusaha menggiatkan aktiviti yang tidak sahaja merangkumi aktiviti ibadah, tapi juga mengutamakan pembangunan masyarakat setempat di Masjid berdekatan dengan rumah aku ini.

Pernah tengok budak-budak main bola (futsal) dalam perkarangan masjid? Bukan dekat atas jalan atau tempat parking, tapi bahagian dalam. Selepas pintu utama, ada satu kawasan tengah yang terbuka tidak berbumbung tapi berlantaikan seramik. Ini dijadikan padang buat remaja main futsal bila ada majlis sambutan khas seperti Maulidur Rasul contohnya. Kalau zaman aku dulu, memang sah kene penampar sorang-sorang kalau main bola dalam masjid.


Bagi yang beranggapan cyber cafe itu gelap, untuk aktiviti yang tidak mendatangkan faedah dan hanya untuk remaja membuang masa. Masjid ini menyediakan cyber cafenya sendiri. Kemudahan internet dari pagi sampai malam dengan kadar bayaran yang setimpal. RM 1.50 sejam. Ni gambar semasa kursus komputer yang di adakan di bilik komputer.


Masjid ini juga ada kelab renang buat remaja. Aku baru tahu hal ini bila melayari blog masjid ini. Rasanya kolam renang di kelab rekreasi Taman Universiti digunakan untuk aktiviti ini.


Ini contoh-contoh aktiviti yang bagi aku, unik buat sebuah organisasi masjid. Bukan tertumpu hanya pada soal ibadah, tetapi juga menumpukan kepada pembangunan remaja dan kanak-kanak masyarakat setempat dengan aktiviti yang santai tapi menyeronokkan. Nak tahu lebih lanjut. Dibawah adalah blog masjid yang disebutkan ini. Ye, masjid ini juga punya blog.

mjtsawtu.wordpress.com

mjtsaw.blogspot.com

Arus kemodenan dan teknologi diseimbangkan dengan kaedah yang sesuai dan kena pada tempatnya. Aku harap pendedahan dan pendekatan masjid ini kepada masyarakat setempat seperti ini terus dilaksanakan sampai bila-bila.

Notakaki amANI:
1. Gambar-gambar di dalam ini adalah sebahagian dari isi kandungan blog Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid. Diambil tanpa kebenaran bertulis.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu contoh pengimarahan masjid yang cukup baik dan harus diteladani oleh semua pentadbir masjid yang lain...

shooter berkata...

bagus la skang.... pak imam, kiyai masjid dah berrfikiran terbuka dan menerima teknologi.

d u t a berkata...

+ amani +
untuk wanita? bola jaring pun ok... tapi ruang tiada? huhuhu....

mybe wanita boleh diadakan kelas memasak, ataupun kursus menjahit dan sebagainya...

ikhlas
hanya mampu membela kaum mereka!

Adam Ruslan berkata...

::saiful::
Ye, masjid ini tidaklah berada di dalam kawasan bandar yang moden dan sangat maju. Masjid taman je, tapi organisasinya diterajui oleh orang yang tidak menolak teknologi.

::redghost::
Tok imam masjid ini adalah bekas juruteknik fakulti mekanikal bahagian automotif universiti kita. Aku kene pegi rumah dia nak amik tandatangan dia untuk borang nikah. Dulu la.

::duta::
Ada aktiviti buat muslimah, cuma aku tak tekankan je. Sila layari blog yang disertakan.

Aku ada lagi cerita masjid, masjid Ayer Merah. Yang mana aku sendiri tengok macamana Tok Wan antara yang bertungkus lumus mencari dana untuk menubuhkan sebuah masjid. Nanti la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...