Advertlets

Khamis, Februari 12, 2009

Ahmad S siri # 6

"" Bagi yang tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu Sinetron Dramalova. Maaf, popularitinya telah dipintas hebat oleh Siri Ahmad S. Heheh. Juga aku memang suka selang selikan siri-siri yang aku ada supaya semua mendapat liputan sama rata. Semua kisah atau siri aku dah capai angka 5. Sinetron pun dah 5, tapi dalam draft. Kan adil. Heheh.

Siri Ahmad S # 6 kali ini memang aku dah rangka, belum dinyatakan je. Tapi dengan adanya mobiliti transaksi alam maya (ape mende nih) aku ada cerita Ahmad S yang ditulis oleh penulis jemputan. Selebriti terkenal. Aku nak mula macam ni je. Selanjutnya, layan capaian yang diberi. ""

Aku tertunggu Ahmad S, tak kan test moto baru servis begitu lama? Deretan kedai ni bukan la besar mana. Dah la tinggal aku sorang-sorang dalam bengkel. Bukan aku bawak duit nak tolong bayarkan cas servis dia. Tokey kedai pun dah pandang aku lain macam.

Aku berpakaian sukan masa ni. Hajat hati, ambikkan moto Ahmad S, pastu bleh terus gerak pegi padang, main bola. Tapi ni jam dah dekat 6.45 petang dah. Sempat ke nak main bola. Lebih 20 minit jugak Ahmad S test moto nih.

Sebuah van muncul depan bengkel. Aku tengok Ahmad S dipapah keluar. Aik? Mana moto? Seluar sukan Ahmad S yang kami beli sama-sama di pasar malam Skudai nampak koyak rabak di lutut dan betis. Aku beli kaler biru, Ahmad S beli kaler hitam, sama corak. Ahmad S dipapah keluar. Apa yang dah terjadi?

Cerita sebenar di sini: Ahmad S siri # 6

Nota lutut Ahmad S yang luka : Aku suka konsep ini. Sangat best. Kalau Kanak-Kanak Memang Riang (KKMR) aku dapat buat filem, untuk Ahmad S aku dapat penulis jemputan. Fuh. Konsep. Jeles rakan-rakan. Aku suka. Teruskan menyokong industri blog tempatan.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahmad S dah ada blog dah rupanya tapi tak boleh nak komen...

Adam Ruslan berkata...

::saifulazrul::

Bila letak komen tak keluar ye? Rasanya ada mesalah kot, sebelum ni letak boleh je. Tapi letak komen pun tak keluar.

shooter berkata...

+saifulazrul+

ahmad s telah meng'open' kan untuk pengomel...eh pengomen lain

d u t a berkata...

+achik+
salam takziah utk ahmad S. ingatkan menjadi pedoman... huhuhu nantikan episod NASI AYAM PAK ALI ku TERBANG

shooter berkata...

hahahaha.....kelakar tajuk episod ko..bensiiiiii :P

Adam Ruslan berkata...

::duta::
Buat jangan tak buat, bleh aku link lagi ke siri Ahmad S seterusnya. Tak pasal-pasal Ahmad S jadik medium. Siri bercakap dengan Ahmad S. Hahah.

::redghost::
itu baru kolaborasi. ko buat cerita, aku kasik tajuk je.

Helmie Hleb berkata...

haha..klakar citer mat2x rempit nie..

Adam Ruslan berkata...

::rage::
Baru la best nak mengomen bile dah ada blogger ID. Huhuh. Nanti create blog pulak ye.

Kami mana rempit, dulu tak keluar lagi istilah rempit ni. Kami hanya remaja contoh yang punyai moto pujaan ramai. Hahah.

shooter berkata...

moto yang laju akan membawa pemandunya ke kuliah dengan lebih awal. pemandu yang sampai ke kuliah lebih awal dapat mentelaah pelajaran yang akan diajar oleh pensyarah. selain daripada itu, pemandu dapat ke library untuk meminjam buku-buku rujukan serta dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadap pelajaran. kesimpulan : moto yang laju 100km/h < 12saat dapat memberikan sokongan segulung ijazah kepada pemandunya....lalalalalala (ya betol tiada istilah mat rempit)

- mat rempit adalah pemandu yang memandu secara bahaya dan tidak bersopan santun di jalan raya.mat rempit juga bukan 'bikers'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...