Advertlets

Selasa, Oktober 19, 2010

Untuk Bola Bertambah Mutu

Berikut ada beberapa cadangan dari pemikiran biasa aku. Seorang peminat-kerusi-malas untuk bolasepak. 

Konpius jugak Budget 2011 kali ini. Takde terdengar apa-apa yang berkaitan dengan pasal potongan cukai atau pengurangan peratusan ke hape ke. Yang ada hanya GST tidak dilangsungkan buat sementara waktu. 

Selalu-selalu ada je potongan cukainya tambahan atau pengurangan dalam budget sebelum ini. 

Walaupon dah terlepas pelancaran Budget 2011. Mengambil semangat Non-Govermental-Individual (NGI) aku ingin mencadangkan Budget tambahan seperti dibawah untuk mengembalikan semula sokongan rakyat tempatan terhadap mutu dan sambutan rakyat tempatan terhadap bolasepak tempatan. 

Potongan cukai dari Kerajaan

1. Pemansuhan duti hiburan untuk tiket stadium bolasepak. Apa kejadah stadium ada 500 orang tengok perlawanan bolasepak tempatan tengah-tengah minggu pon kerajaan nak kutip jugak seringgit dua sorang? Sila mansuhkan duti ini kerana ini duti yang tidak mendatangkan apa-apa hasil munasabah kepada kerajaan. Tambahan pula, entah ke mana la duit duti ini disalurkan sebab mutu penganjuran bolasepak macam tu jugak. Kurang-kurang seringgit dua dah kurang untuk tiket hari biasa. 

2. Pengecualian cukai untuk pembeli pas semusim tiket bolasepak tempatan. Aku tak tau ada ke tidak pas semusim ni dalam Malaysia. Macam belum ada. Kalau belum ada, aku harap di adakan pas semusim ini. Pas semusim yang boleh masuk mana-mana stadium, mana-mana pertandingan janji dibawah anjuran FAM. Apa guna ada FAM kalau jual tiket semusim pon tak reti? Pemegang tiket semusim juga mendapat faedah seperti potongan diskaun untuk perlawanan persahabatan Malaysia lawan Real Madrid, Malaysia lawan Chelsea dan sebagainya. Dalam website FAM dah ada Resort World sebagai penaja, mungkin pemegang tiket semusim juga boleh mendapat faedah dengan potongan harga untuk entrance ke Genting atau IR di Sentosa. 

Bagi aku, penjualan pas semusim kalau mendapat sambutan, boleh memberikan FAM cukup dana pada awal musim untuk disalurkan kepada menaiktaraf mutu penganjuran serta tidak terlalu bergantung kepada penaja dan jualan tiket tiap perlawanan. Kenapa Air Asia boleh beli kapal terbang Airbus banyak gila walaupun Malaysia ni kecik lagi dari Australia? Sebab semua orang dah bayar tiket untuk dia naik kapal terbang nun hujung tahun hadapan lagi. Duit tu dah siap-siap ada dalam poket dah sekarang. 

Bilangan pemegang tiket semusim juga menentukan sama ada FAM buat kerja atau tidak. Konsep tiket semusim ini banyak lagi, cuma idea itu perlu direalisasikan FAM.

Pengurusan FAM

Tapi tiket semusim ini tidak akan menjadi kenyataan langsung kalau jadual perlawanan pon FAM tak reti nak susun. Apa guna ada tiket, tapi tak tau masa bila team yang disokong akan main?

Kalau pernah tengok cerita Hollywood, mesti pernah terjumpa dengan kisah abah membawa anak lelaki tengok perlawanan baseball sebagai hadiah menyambut hari lahir anaknya. Ini kalau tarikh pon susun ikut 'dan' entah bila la hari lahir kita nak sama dengan hari team Kedah lawan Johor FC kat Stadium Pasir Gudang? Cemana abah-abah nak plan kan?

Jadi masalah akar umbi FAM banyak berkisar kepada penyusunan jadual. Ada lagi satu mesalah yang timbul sebelum penyusunan jadual yang mantap dapat dibuat. 

Team-team yang bertanding Malaysian Super League dan Premier League hanya diputuskan bila lepas masuk mesyuarat akhir musim. Musim lepas team Harimau Muda seken tapi tak dapat promotion. Tahun ni Harimau Muda nombor 5, tapi mungkin masuk Super League. Apa mende nih? Itu belum cerita hal Pahang semusim dua dulu. Entah-entah nama Super League pon bertukar lagi nanti. Haiya. Tiada ketetapan dan sesuatu constant adalah penyebab utama ketidak seimbangan. Apa-apa menda, apa-apa organisasi. Jadi selagi tiada ketetapan dalam konsep liga, selagi itu la jadual porak peranda akan menjadi rencah biasa FAM. Tahun pertama MSL diwujudkan, main 3 kali dengan pasukan yang sama. Ingat lagi tak? Kan ke entah hapa-hapa tu. 

Tajuk ini bukan sahaja menyentuh tentang budget tambahan terhadap bolasepak, tapi menjurus kepada bagaimana meningkatkan mutu bolasepak dan menarik minat orang menonton bola di stadium.

Pengurusan Stadium

1. Dari segi penganjuran, rasanya baik kompeni event management yang ambil alih penganjuran stadium. Kompeni event management mungkin punyai lebih idea segar dan ceria untuk menganjurkan perlawanan bolasepak. Sistem bunyi perlu dipertingkatkan. Sistem paparan skrin juga perlu peningkatan. Aku rasa aku ada sebut sikit sebelum ini pasal ada games pengisi masa lapang, ada slot sewa ucapan, ada montaj siang-siang tadi semua penyokong yang dah stand-by luar stadium sebelum masuk. Ada cabutan bertuah untuk penyokong paling true dengan segala aksesori tambahan untuk pasukan kegemaran. Ini semua boleh dijadikan panduan sebab negara luar dah banyak yang mengaplikasikannya. 

2. Hari perlawanan bolasepak sepatutnya menjadi agenda utama setiap penduduk sekeliling stadium pada hari itu. Dari pergi kerja dah pakai bandana team kesayangan. Tengah hari, kedai sekeliling stadium jual nasi goreng set Johor FC. Hari perlawanan je ada nasi set Johor FC. Hari lain takde. Dalam stadium juga perlu ada sebuah pusat penjualan makanan dan minuman yang unik untuk stadium itu sahaja. Ais blended kaler Hijau Kuning. Emping padi muda gaul kelapa sagat. Ayam goreng berempah untuk stadium Alor Star. Ini akan menjadi tarikan pelancong sama sekali. Bukan burger isi potong separuh masak pagi tadi, sos seciput, sayur sehelai dua.

Aku pernah makan set udang bakar di restoren TGI dalam Stadium Baseball di Arizona, Amerika. Hari tu team Arizona main ditempat lawan. Waktu lunch. Jadi skrin di stadium baseball di Arizona tu tetap memaparkan keputusan semasa perlawanan baseball itu secara live. Dari innings pertama sampai la innings ke 10. Sambil makan, sambil layan skrin keputusan lintas langsung. 

Tak de salahnya kita nak makan set nasi goreng set Johor FC dalam stadium waktu malam sambil layan tayangan live Astro 801 Selangor lawan Johor FC dari skrin besar stadium kan?

3. Bersebelahan dengan stadium perlu ada sebuah dua banggunan bertingkat-tingkat. Bangunan ini tidak ada fungsi lain selain menjadi tempat letak kereta bertingkat dan terminal bas. Tak perlu buat semua stadium dengan tempat parking luas 3-4 kali ganda sebenarnya. Ini dapat membantu aliran trafik keluar masuk stadium dan mengurangkan kaedah parking ikut 'dan' rakyat kita. Takda la Sultan Kedah kena berjalan kaki tersangkut dalam jem lagi. Atas bumbung kita letak helipad satu. Kan mudah. 

Peningkatan tahap profesional penyokong & peminat

Ini amat-amat penting. Menonton bolasepak harus menjadi konsep riadah seisi keluarga. Bukan lelaki sahaja pergi tengok bola. Ibu dan isteri dan anak-anak perempuan pon harus turut serta. Jadi untuk konsep riadah seisi keluarga, kita seharusnya buang sikap nak mengamuk, memberontak, memaki hamun dan melontar mercun serta membakar kerusi malahan menterbalikan van. 

Ini bukan budaya hidup kita. Kita hidup dengan rukun bukan? Bolasepak adalah tradisi kita. Tapi mengamuk dan memberontak suka-suka bukan. Tiada semangat sukan dalam mengamuk. 

Apa guna ada segala bantuan kerajaan atau penaja atau penukaran pengurusan FAM kalau sikap kita yang tidak sporting dalam hal ehwal sport sehinggakan boleh meragut nyawa. Baik aku duduk diam-diam kat rumah. 

Sekian. 

2 ulasan:

raman berkata...

hantar la artikel kat blog sokernet sure tambah hit kaw2 kalo publish huhu..

Adam Ruslan berkata...

^raman^

Kalau budget nak glemer, memang ada rasa nak hantar.

Tapi siapalah aku di blog Sokernet. Heheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...