Soalan 3: Sebagai pengguna biasa yang tidak tahu aspek teknikal, bagaimana untuk mengetahui perbezaan (dari segi performance) antara minyak2 sintetik yang terdapat di pasaran? addictive ke? atau bahan2 lain yang terdapat dalam label kandungan?
Sebagai pengguna tanpa pengetahuan teknikal, sumber paling mudah untuk mengetahui prestasi setiap pelincir sintetik adalah dengan berpandukan kepada testimoni dan laporan perbandingan prestasi minyak pelincir tersebut secara penggunaan sebenar. Selalunya dibuat perbandingan antara minyak yang ingin diuji dan dibandingkan dengan minyak semi-sintetik dan minyak mineral.
Jenis kereta, negara mana, di mana perbandingan dibuat dan apa yang diukur. Ini boleh didapati dalam setiap laman web minyak pelincir tersebut.
Testimoni penggunaan dan pencapaian lebih neutral berbanding laporan perbandingan antara produk disamping mengelak dari merendah-rendahkan keupayaan produk lain. Kau berani nak kena saman?
Macam membandingkan Adebayor dalam Arsenal dan Adebayor dalam Manchester City la, berapa gol dah Adebayor score musim ni?
Soalan 4: Tahap kelikatan yang terbaik untuk kenderaan harian di malaysia? 5-40? 15-50? atau lain2?
Untuk iklim Malaysia, kenderaan 1.0 ke atas lebih baik menggunakan minyak multi-gred 40. Menggunakan multigred 30 akan menyebabkan pedal terlalu ringan dan responsif. Tapi penyebaran haba dan perlindungan kehausan pada permukaan enjin akan berkurangan terutama ketika engin panas bila rev tinggi atau perjalanan jarak jauh atau dalam kesesakan trafik.
Multi-gred 50 pula boleh menyebabkan kurang efisyen kepada kenderaan bawah 1.0. Silap-silap tak jalan langsung sebab pam pelincir tak dapat mengepam dengan baik. Minyak ini mungkin terlalu likat untuk enjin bawah 1.0. Boleh terjadi jika menggunakan minyak pelincir mineral.
Di US, ramai yang mengesyorkan Multigred 30 untuk prestasi enjin yang lebih baik. Tapi ini hanya berkesan untuk pelincir sintetik sebab rekabentuk enjin makin tepat dan tolerens makin kecil. Juga harus di ingat, suhu dan iklim di sana lebih rendah dari di sini.
Sebaik-baiknya, baca manual kenderaan dan ikut saranan yang telah diberikan.
Soalan 5: Betulkah minyak sintetik lebih 'nipis' dari minyak separa sintetik dan mineral? jika betul, apakah tempoh masa maksimum untuk menukar minyak sintetik? (dalam label tulis 10k km. tapi kalau lebih, contohnya 15k km, apakah ianya akan merosakkan enjin?)
Contoh :
(sintetik sepenuhnya) Mobil 1 0W-40 = 75, 13.5, 185
(semi sintetik) Mobil Super 2000 X2 10W-40 = 92, 14.4, 154
(mineral) Mobil Super 1000 10W-40 = 101, 14.5, 148
Nombor pertama adalah kelikatan pada 40 darjah Celcius. Nombor kedua adalah kelikatan pada 100 darjah Celcius dan nombor ketiga adalah Indeks Kelikatan (VI).
Lagi tinggi nilai kelikatan, lagi likat atau tebal. Begitulah sebaliknya.
Lagi tinggi suhu, nilai kelikatan akan menurun.
Lagi tinggi Indeks Kelikatan, lagi sedikit perubahan terhadap kelikatan terhadap suhu. Maintain.
Jadi memang Sintetik Sepenuhnya lebih nipis dari Semi Sintetik dan juga Mineral. Kerana kombinasi multigred mereka berbeza. Multigred yang berbeza disebabkan kompisosi bahan asas pelincir yang berlainan juga additif untuk meningkatkan Indeks Kelikatan juga berbeza.
Cuma, Index Kelikatan juga ada kepentingannya. Kerana indeks yang tinggi menunjukkan bahawa pelincir tersebut berubah kelikatan paling sedikit bila berada di dalam enjin, untuk kedua-dua suhu sejuk dan suhu panas. Ini penting untuk perlindungan kehausan dan pelinciran yang efisyen kepada enjin.
Macam Arsenal la, bila main kat Shaktar Donestk pon, depa main passing-pasing releks-releks macam main kat Emirates jugak. Walaupun suhu kat sana tahap beku nak berpeluh pon terus jadi ais. Rate Passing mereka tetap sama.
Tempoh maksimum ada yang mengatakan 10, 000km untuk penggunaan Sintetik Sepenuhnya. Tapi kat US depa buat 10,000 batu. Cemana tu? Haha. Nombor ini sebagai palang had la. Lebih kepada rule of thumb (peraturan ibu jari).
Nak lari lebih lagi pon takde halnya. Risiko melebihi had yang diberikan, adalah kekurangan/kehabisan additif yang sepatutnya melawan pembentukan asid (anti-oxidant) dari sisa pembakaran dan campuran wap air serta bendaasing lain. Asid ini boleh menghakis enjin dan merosakkan komponen dalam enjin.
Pada masa yang sama juga pembentukan varnish dan enapan (deposits). Ini juga risiko yang mana varsnih ini tak boleh hilang dengan pembersihan enjin biasa sahaja. Kena sental. Tambah rumit bila tempat yang mempunyai clearance yang kecil kena varnish atau enapan ni.
Enapan ini keras. Macam plak pada gigi. Doktor kena guna grinder untuk buang. Tak ke susah tu?
Tak semestinya lari lebih 10,000km sahaja berisiko. Perjalanan jarak dekat ulang alik yang tak sampai 10,000km dalam masa 6 bulan, tapi melanjutkannya sampai 8-9 bulan juga berisiko walaupun dengan menggunakan Sintetik Sepenuhnya.
OK. Soalan bonus untuk semua.
Kalau sekarang hangpa menggunakan Semi Sintetik. Perlukah membuat enjin flushing menggunakan bahan kimia tertentu (after market) sebelum menggunakan Mobil 1 (Sintetik Sepenuhnya)?
Takde hadiah.
Sebab perkongsian ilmu itu seratus kali ganda lebih bermakna dan berbaloi. (cakap jela blog miskin! Huh).
Sekian perkongsian kita untuk kali ini.
3 ulasan:
err.. nak tanya. Betul ke artikel pasal tak perlu preheat engine kereta? benarkah amalan preheat enjin kereta membazir?
satu lagi, setiap kali servis, aku dapat baki dalam secawan minyak hitam, kalau aku simpan, kumpul lama-lama, ada effect tak? means effect dari segi expiry dan juga dari segi dicampur yang baru dengan yang lama. sayang nak buang..
^a z m i r^
Nantikan sesi sembang ke # 3 untuk jawapan.
Baru la ada semangat nak menjawab. Haha.
en. amani....
nk tny ni hehe
cntohnya, klu servis pd 40000km, dekat pelekat kt cermin tu suh dtg next 45000km, tp buat2 xnmpak n pergi servis 50000km, apa efek ye?
Catat Ulasan