Sepatutnya tulis semalam, baru la nampak macam renungan hari Jumaat. Tapi apa lah salahnya menulis hal ini pada hari Sabtu. Hari Sabtu tak boleh ke nak berkongsi hal ehwal rohani? Kena hari Jumaat sahaja ke?
Baiklah, marilah kita bermuhasabah bersama.
1. Kau pergi semayang Jumaat tepat on-time pada masanya. Parking betul-betul depan pintu masjid sebab nanti senang nak keluar. Duduk saf nombor 3 belakang imam. Segala amalan sunat telah ditunaikan. Tapi.
Tapi orang lain menyumpah seranah kereta kau dari masa kau parking sampai la selesai semayang, sebab menghalang jalan dan menyusahkan orang lain nak lalu lintas dan masuk masjid. Masa nak keluar pon orang ramai menyumpah sekali lagi sebab menghalang perjalanan keluar berbondong-bondong orang.
2. Kau tunggu penuh sabar giliran untuk mengambil wudhuk. Bila datang giliran kau mengambil wudhuk, kau tak buat macam orang terdahulu yang lama gila ambil wudhuk sebab tak nak orang lain tertunggu-tunggu macam kau sebelum itu. Kau tahu orang belakang mesti menyumpah seranah orang di depannya sebab lama gila ambil wudhuk. Dah la air kecil sebab orang ramai, paip pula sedikit. Tapi.
Tapi dalam tergesa-gesa kau ambil wudhuk semata-mata kerana nak menyenangkan orang lain dan tak mahu kena sumpah seranah dalam hati oleh orang dibelakang, kau terlalu cepat basuh lengan sampai tak kena air pada belakang siku dan masa basuh kaki, walaupun 3 kali basuh tapi air tak kena belakang tumit dan buku lali sebelah luar / dalam sebab kau tak meratakannya dengan tangan, tadah je kaki tu.
3. Kau pemuda yang hip. Tapi dalam hip pon masih lagi ingat nak semayang dan tak pernah tinggal. Sebagai pemuda contoh yang hip, gaya dan fesyen pon mestilah hip. T'shirt yang kau pakai mestilah dengan seluar jeans ada kedut-kedut di peha. T-shirt yang hip adalah yang bersaiz S. Super kecik. Kalau boleh, yang bundle rare lagi hip. Coraknya tak apa, janji bukan lambang syaitan tau salib. Hip macamana pun kau, sudah tentu tak tinggal semayang punya. Tapi.
Tapi kau lupa, bila pakai t-shirt yang kecik, labuhannya juga singkat. Dipasangkan pula dengan jeans yang londeh, maka tentunya kau betul-betul pakai jeans itu dibawah 'hip' kamu. Ah, dibawah pusat dan tulang pinggang. Makanya bila kau rukuk dan sujud, terselak la pinggang dan belakang badan kamu. Nampak la 'hip' kau di situ. Kau tau kan syarat-syarat menutup aurat untuk bersembahyang? Kalau nampak 'hip' sah ke tak?
4. Kau punya blog yang ramai orang ikut. Orang suka datang blog kau. Kau pula suka tulis blog dengan cerita-cerita penuh tauladan dan kasih sayang. Semuanya yang ikhlas dan berpedoman sahaja. Jadi blog kau bertambah laju trafiknya. Disebabkan banyak trafik, kau pon letak iklan yang berpadanan. Dapat la banyak pulangan dari iklan-iklan yang diletak. Juga kau main perkataan-perkataan SEO yang selalu orang guna. Kadang-kadang kau cerita jugak sepatah dua hal panas macam tu. Lagi highway la trafik kau dapat. Tapi.
Tapi semasa kau main SEO dan bercerita panas. Kau terlupa yang kadang-kadang SEO dan bahan panas yang sangat rancak kau diperkatakan itu datanglah niat-niat pencari hiburan yang terlampau. Yang dahaga. Yang kering. Yang gersang. Yang ingin tahu. Dan SEO yang itu adalah antara penyumbang utama pulangan dari iklan kau. Dan kau tunaikan cek iklan kau untuk buat makan malam besar bersama keluarga kau.
Disudahi dengan memetik kata seorang brader yang ada peluru dari langit, 'Eleh, ko ingat ko alim sangat?' - apabila kita hanya ingin saling ingat mengingati.
6 ulasan:
yang last tu memang la saya elakkan.
sebab itulah keyword pelik2 mmg jarang kuar kat statistik blog saya.
Memang tajuk dan ayat buat sesuci yang mungkin.
^afzan^
Yep, statistik kat blog jela kita boleh tau sape datang dengan tujuan apa. Tapi kadang-kadang, blog list orang lain punya tajuk yang link perkataan2 macam tu ke blog kita.
mcmana mau tau itu statistik? ada special software ka?
^Factoid^
Statistik boleh dijumpai dalam Blogger Edit Dashbord dan akaun iklan Nuffnang pon ada statistik blog.
Dari Feedjit pon boleh tahu orang datang dari mana dan untuk apa.
Tapi ada jugak trafic software yg bagi macam2 jenis tracking dan statistik.
wah..betul bagus ini stats..dari usa pon ada mai tgk jgk..
Kadang kala, ada yang terlalu ghairah nak kan duit hingga melupakan halal/haram. Hmmm... Kalau haram tu, nanti jadi darah daging... nauzubillah...
Catat Ulasan