Advertlets

Sabtu, Oktober 30, 2010

Sembang Sintetik Bersama Diego Amani #3

Seronok juga ada lagi folo up siri ini. Ini soalan dari seorang jurutera JKR pula selepas dari siri #2. En a z m i r. Beliau sangat teruja untuk soalan beliau dijawab. Ini dah lebih, patut aku la teruja menjawab kan? Okeh, kita jangan berlengah lagi kerana masa yang berharga ini kita patut menyelesaikan kerja kita di ofis bukan?


Err.. nak tanya. Betul ke artikel pasal tak perlu preheat engine kereta? Benarkah amalan preheat enjin kereta membazir?

Okeh, soalan ini agak seronok sebenarnya. Seronok yang pertama sebab penggunaan perkataan 'preheat' itu. Preheat ini rasanya lebih sesuai digunakan untuk mesin ketuhar pembakar berbanding dengan enjin kereta. Tapi apakah hak aku nak mempersoalkan penggunaan perkataan orang kan? Janji maksud sampai.

Berbalik kepada konteks asal, memanaskan enjin sebelum memandu kereta adalah soalan utamanya. Aku pernah terbaca juga artikel ini, tulisan panjang lebar dari Pipiyapong, yang kemudian diceduk masuk emel berantai. Jadi jom kita tengok asal usul justifikasi mitos / fakta ini.

1. Enjin sedikit sukar dihidupkan pada waktu sejuk (dulu-dulu punya enjin). Betul.

2. Minyak pelincir pula pada suhu sejuk lebih pekat jadi sedikit lambat dipam ke seluruh permukaan dalaman enjin. Betul.

3. Minyak pelincir perlu meliputi seluruh permukaan dalaman enjin supaya kehausan teruk tidak berlaku sewaktu enjin dihidupkan. Betul.

4. Bila suhu enjin mencapai optimum baru kereta boleh digerakkan. Betul.

 5. Memanaskan enjin membazir bahanapi? Betul. 


Dah semua betul, apa kesimpulannya?


Okeh, di sini disertakan penjelasannya. Ini adalah benar untuk kereta keluaran masakini. Kenderaan masakini mempunyai teknologi enjin yang sudah moden. Semua kenderaan moden ada manual kereta. Dalam manual ini ada menyebut tentang ketika pertama kali memasukkan kunci kereta ke dalam lubang kunci dan memulasnya pada kali pertama (ada 1-2 takak pada semua suis kunci ON & START), ada banyak lampu di papan pemuka yang akan muncul bila kita pulas kepada ON. Untuk Wira, dia suruh tunggu lampu ni padam baru pulas ke START.


Bila kita pulas ke START, baru enjin akan dihidupkan dan semua lampu akan hilang. Untuk kereta Proton (dah kereta Proton je aku pernah bawa secara kerap), ada lampu bersimbol ala-ala kepala paip yang akan muncul dan hilang setelah beberapa saat. Kadang-kadang hilang terus bila dihidupkan. Apakah fungsi dan tanda simbol itu?


Simbol kepala paip itu adalah tanda aras kepada tekanan yang dihasilkan di dalam pam minyak pelincir enjin. Bila tekanan itu stabil, lampu akan padam. Tekanan yang stabil menunjukkan bahawa pam minyak pelincir sudah berfungsi secara lengkap untuk mengepam minyak pelincir ke seluruh permukaan dalaman enjin. Ini juga bermaksud minyak pelincir sudah mempunyai kelikatan yang stabil semasa dipam. 


Jadi, fungsi ON pada suis itu salah satunya adalah menghidupkan pam minyak pelincir. Jadi sebelum kunci dipulas lagi ke START, minyak pelincir sudah pon dipam ke permukaan enjin. Maka perlindungan terhadap kehausan permukaan sudah pon dilakukan oleh minyak pelincir. 

Di sinilah minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik menunjukkan perbezaannya. Pelincir sintetik lebih cair pada suhu rendah berbanding mineral, jadi ia dapat dipam dengan lebih mudah berbanding pelincir mineral pada suhu yang sama. Jadi pelincir sintetik lebih baik perlindungan kehausannya berbanding pelincir mineral. 


Penerangan ini menjawab persoalan 1, 2 dan 3. Cuma, persoalan seterusnya, perlu ke kita tunggu hingga kereta betul-betul 'thaw' baru kita menggerakkannya? Kalau gerak juga apa jadi? Kalau tunggu juga, betul ke membazir bahanapi?


Ok. Kalau kita nak mengerakkannya, bagi aku tiada mesalah. Janji bukan dengan pecutan secara mendadak dengan RPM tinggi. Tidak sekali-kali dengan cara menekan pedal minyak 4-5 kali konon-konon kasik enjin lebih lancar pada gear neutral. Ini ialah punca yang menyebabkan kehausan teruk pada enjin. Sebab minyak pelincir belum betul-betul pada kelikatan yang paling baik.


Kalau setakat nak reverse kereta perlahan-lahan keluar garaj, boleh. Kemudian dah kunci pintu pagar, bawa secara perlahan-lahan dengan kelajuan yang sekata dan kalau boleh dengan peningkatan kelajuan yang sedikit-sedikit. Ini tidak memberi apa-apa tekanan pada enjin. 

Masa ini, nak bawa sambil siku terkeluar dari cermin tingkap pon takpa. Boleh la angkat tangan sekali dua pada jiran-jiran yang tengah menyidai baju kalau ada. Pembawaan sebegini yang akan mempercepatkan enjin mencapai suhu optimum. Selain itu, bahan api yang dibakar waktu itu telah memberi sekilometer dua untuk kereta anda. Ia bukan pembakaran bahan api yang sia-sia.


Kalau kita tunggu juga enjin kereta itu betul-betul sampai suhu optimum, itu memang membazir bahanapi secara sia-sia. Sebab masa menunggu itu kita isi dengan makan roti bakar sapu kaya sekeping dua. Tak pon mekap bedak pipi dengan lipstik sampai siap. Tak pon hisap rokok sampai habis sebatang. Aktiviti sampingan semasa menunggu itu sebenarnya lebih lama dari masa enjin nak mencapai suhu optimum. Sebab itu ia membazir sedangkan kita dah boleh bergerak secara perlahan-lahan. 


Jadi aku rasa sudah menjawab soalan ini. Secara turutan yang boleh diterima pakai. Aiseh, aku tak sempat nak menggunakan perumpamaan yang bermotifkan bola. Ini semua salah 'preheat' Heheh. Okeh. Next question please.




Satu lagi, setiap kali servis, aku dapat baki dalam secawan minyak hitam, kalau aku simpan, kumpul lama-lama, ada effect tak? means effect dari segi expiry dan juga dari segi dicampur yang baru dengan yang lama. sayang nak buang..

Err, tiba-tiba aku rasa nak sambung menjawab soalan ini kepada siri seterusnya. Heheh. Kita jumpa lagi dalam segmen seterusnya. Kalau ada lagi kemusykilan, dipersilakan bertanya. 

Aku suka berkongsi secara percuma dan aku suka menulis panjang-panjang yang bersebab. Sebab ia membuat aku berfikir. 
 

5 ulasan:

a z m i r berkata...

terima kasih bro. mohon izin nak share ilmu ni..

Adam Ruslan berkata...

^a z m i r^

Takde hal, share je.

shooter berkata...

Bila hang nak jawap soalan topup minyak tu sebab aku mengamalkan untuk myvi aku.
Soalan satu lagi:myvi aku punya log servis 10k@6bulan. Aku xpernah cecah 10k pada 6 bulan. So aku servis setiap 6 bulan walaupun mamat produa boh pelekat kat cermin next servis next 3 month. Ok ke x?

Adam Ruslan berkata...

^shooter^

Adaaa.. nanti. Kena bagi ternanti-nanti sikit. Haha. Soalan hang pon aku jawab skali.

~ fiza berkata...

info berguna....tenkiu hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...