"Tadikan, kitakan, dah tuliskan, baaanyak. Paaanjang dah. Penat tau kita. Kita jenuh cari Encik Diego nak temuramah dia. Buat temujanji punyala banyak kali tunda. Saja nak tanya dia pasal minyak pelincir sintetik sebab Encik Diego pakai macam seronok je. Encik Diego pulak paaaanjang-paaanjang dia dah jawab soalan kitakan tadikan. Siap marah-marah kita lagi sebab kita tak kenal Mobil 1. Sekarang dia laaagi kecik ati. Temuramah sembang sintetik dia tak terpublish sebab dah terlog-out. Lepas tu komputer padam. Sapa nak disalahkan? Kesiankan kitakan?" - Editor.
p/s: Sapa-sapa yang nak tahu pasal penggunaan minyak pelincir aka minyak hitam kereta, leh la kasik Encik Diego sebarang pertanyaan. Nanti mood dia datang balik dia layan la.
2 ulasan:
soalan 1: yg mana lebih baik? teknologi magnatec ataupun sintetik sepenuhnya?
soalan 2: apakah jenama yang terbaik untuk minyak sintetik sepenuhnya? motul? mobil1? shell ultra? redline? atau lain2? (apa beza jenama yg disarankan (jika ada) dgn jenama2 lain?)
soalan 3: sebagai pengguna biasa yang tidak tahu aspek teknikal, bagaimana untuk mengetahui perbezaan (dari segi performance) antara minyak2 sintetik yang terdapat di pasaran? addictive ke? atau bahan2 lain yang terdapat dalam label kandungan?
soalan 4: tahap kelikatan yang terbaik untuk kenderaan harian di malaysia? 5-40? 15-50? atau lain2?
soalan 5: betulkah minyak sintetik lebih 'nipis' dari minyak separa sintetik dan mineral? jika betul, apakah tempoh masa maksimum untuk menukar minyak sintetik? (dalam label tulis 10k km. tapi kalau lebih, contohnya 15k km, apakah ianya akan merosakkan enjin?)
hahahha.. sori, terbanyak pulak bertanya..
Wahaha..
Saya cuba jawab nanti ye. Banyak sangat.
Macam rimau yang sedang menghendap, dihidang sahaja daging steak, ngap tanpa membuang masa.
Soalan 1 je yang nak jawab.
Mobil 1. Sebab sepenuhnya semua komposisi minyak pelincir itu datang dari ExxonMobil sendiri. Base Oil + Additive + Blending. Berbanding pengeluar lain, yang mana teknologi2 lain digabungkan. Dan dari segi sejarah ala2 Liverpool, development Mobil 1 adalah dari dulu sampai sekarang.
Semua soalan lain perlu penjelasan panjang lebar. Hahah.
Thanks, aku suka orang bertanya dan aku kena menjawab.
Catat Ulasan