Advertlets

Isnin, Oktober 11, 2010

Sembang Sintetik Bersama Diego Amani #1

Soalan 1: Yg mana lebih baik? teknologi magnatec ataupun sintetik sepenuhnya?

Tidak dinafikan pelincir Castrol amat popular disebabkan oleh peranan pelan pemasaran dari BP Castrol yang membawa minyak pelincir menjadi dekat kepada peminat bolasepak di seluruh dunia. Kaki bola yang tak kenal Castrol adalah kaki bola stadium Malaysia paling true. 

Berbalik kepada Magnetec dan perbezaannya dengan Pelincir Sintetik sepenuhnya. Senang sungguh nak jawab. Castrol Magnetec adalah minyak pelincir semi-sintetik. Kategori pelincir semi-sintetik adalah campuran antara bahan asas pelincir konvensional (mineral) dengan bahan asas pelincir sintetik dengan peratusan kurang dari 30% adalah pelincir sintetik. Sebenarnya tidak wajar kita memanggil minyak pelincir itu dengan nama semi-sintetik sebab semi bermaksud separuh, tapi sebenarnya tak sampai 1/3 pon kandungan sintetiknya. Maka sudah tentu pengguna yang menggunakan 100% teknologi sintetik sepenuhnya mendapat faedah yang lebih baik. 

Mungkin jawapan masih kurang meyakinkan, sebab semua kaki bola television tentu tahu yang Castrol Magnetec adalah minyak pelincir yang melekat pada dinding enjin. Maka ada perlindungan kehausan sebelum penghidup dihidupkan. CUMA. Ini adalah 1 kelebihan additif dalam Magnetec tetapi pelincir sintetik sepenuhnya juga amat baik prestasinya untuk fasa 'hidup-sejuk' (cold start-up) sebab ciri-cirinya yang masih mengekalkan kelikatan pelincir (tidak beku / terlalu likat sewaktu suhu sejuk) yang membolehkan pelincir tetap dipam ke semua dinding enjin sebelum omboh bergerak kali pertama selepas dihidupkan. 

Pemunya kereta pasti pernah membaca manual kereta yang menyuruh pengguna menunggu sehingga penunjuk lampu 'aladin' hilang sebelum menghidupkan kereta atau sebelum bergerak. Pada waktu inilah pam pelincir digunakan untuk menyemprot pelincir ke dinding enjin. Pelincir mineral pasti sedikit sukar disemprot sebab kelikatannya yang lebih tinggi waktu pagi berbanding pelincir sintetik sepenuhnya.

Soalan 2: Apakah jenama yang terbaik untuk minyak sintetik sepenuhnya? motul? mobil1? shell ultra? redline? atau lain2? (apa beza jenama yg disarankan (jika ada) dgn jenama2 lain?)


Soalan ini juga senang dijawab. Semua sintetik sepenuhnya adalah minyak pelincir yang terbaik jika dibandingkan dengan semi-sintetik atau mineral. Titik. 

Untuk memahami beza semua model yang ditanya, ini adalah teknologi yang mereka gunakan.


Motul - Menggunakan teknologi dual ester (Group V)


Redline - Menggunakan teknologi polyol ester. (Group V)


Mobil 1 - Menggunakan teknologi polyalphaolefin (Group IV)


Amsoil - Menggunakan teknologi di-ester. (Group V)


Shell Helix Ultra - Menggunakan teknologi highly refined mineral oil (tapi dipasarkan sebagai sintetik sepenuhnya sebab ianya Group III)


Melihat dari segi kelas bahan asas minyak pelincir menurut American Petroleum Institute, bagi pendapat peribadi sendiri dan teknikalnya, hanya Group IV dan Group V adalah sintetik sepenuhnya dari sudut penghasilan produk. Group III adalah masih mineral, tapi mempunyai spesifikasi Viscosity Index setara sintetik selepas proses penambahan hidrogen kepada rantaian molekul hidrokarbon mineral sedia ada. 

Group III ni macam Manchester City la, kaya dan boleh beli pemain mahal-mahal supaya boleh menjadi juara tapi rekod juara EPL belum ada, top 4 belum tentu, tapi nak duduk sama tinggi dengan dengan kelab-kelab yang dah memang betul-betul juara sebenar macam Arsenal, Arsenal FC dan Arsene Wenger.


Hanya Polyalphaolefin yang mempunyai kemesraan terhadap semua jenis pelitup (seals) dan O-ring. Untuk ester, diester dan polyester ada sesetengah jenis pelitup yang akan mengembang atau menguncup bila bersentuhan, boleh menyebabkan kebocoran (ayat ni agak errr, takde pape lah!). 

Juga ada yang tidak boleh bercampur dengan minyak pelincir mineral, boleh menyebabkan enapan dan deposit. Jadi sedikit pengetahun dan cara-cara menukar yang sepatutnya diperlukan sebelum menukar minyak pelincir yang menggunakan bahan asas tersebut.


Untuk memahami perkara-perkara asas tentang asas minyak pelincir, Wiki la menda alah ni. Motor oil.

Aku tak setuju sangat untuk mengambil wikipedia sebagai bahan rujukan sebab kandungan apa menda sekalipun dari wikipedia itu melibatkan pendapat dari sudut orang yang menulis kandungan dalam wiki tersebut. Tak semua orang nak contribute pada wiki. Tapi teks buku sejarah SPM pon macam tu jugak.



Soalan-soalan seterusnya akan di lain masa sebab kalau aku cerita panjang-panjang bukan hangpa nak amik berat pon. Hahah. Ada soalan lain pon aku akan jawab kemudian. Aku amalkan demokrasi FIFO.

Juan, mekasih atas soalan-soalan hang. Harap mendapat manfaat. 


Yang sedia menjawab,


Diego Amani
Jurutera Pelincir Berumur, 
Pakar Pelincir Bertauliah*. 

*ada 3 orang je dalam Brazil yang ada tauliah ini yang berkerja sebagai Jurutera Pelincir.
 

4 ulasan:

Juan Nazlan berkata...

haha.. sempoi2.. tapi tang part bias kat arsenal aku agak membantah.. haha

mrfactoid berkata...

Wa punya law senang aje....keter murah pakai aje minyak murah, yang penting servis on time..

Juan Nazlan berkata...

minyak murah.. minyak recycle kot..

keta murah.. keta mainan kot..

kah kah kah..

servis on time.. setuju..

Adam Ruslan berkata...

1. Minyak murah kena tengok jugak minyak apa. Huhu. Cap tak kenai baik tak payah amik risiko.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...