Menulis bukan kerana 'likes', tapi kerana merasakan ianya boleh memberi makna buat yang membaca.
Advertlets
Jumaat, Jun 17, 2011
Sinetron Dramalova # 35 - Lora Kelana
(Kena play ini lagu dulu baru baca, feel dia kasik lebih sikit, percayalah!).
Satu petang, sedang sedap Diego makan cucur tepung cicah mayonis tambah sos cili bersama anak-anak dan isteri, siaran tv percuma sedang menayangkan Sinetron baru, Lora Kelana. Cerita tersebut sudah hangat diperkatakan dan menjadi buah status di FB sejak dua menjak kini. Ini menjadi perhatian Diego bila muncul status-status tidak masuk akal seperti,
"Kalau lah laki aku macam Qeth tu, kaya hensem kata-kata cukup romantis caring ya amat"
"Aku tanya laki aku, apesal dia tak macam Qeth pon? Dia boleh buat-buat kira duit syiling dalam poket"
"Hensemnya Qethhhhh, lengan dia saja dah besar peha i"
"Waa, budus punya Lora Kelana, Qeth dah layan cakap baik-baik pon buat sombong lagi muka mintak penyepak"
Status-status tidak berfaedah begini di FB menjadikan Diego tertanya-tanya, apakah bermutu benar Sinetron baru di stesen percuma petang-petang begini elok-elok orang dah patut bersiap mandi pergi semayang Maghrib. Tambah pula, ada blog dari capaian Diego juga turut tercalar maruahnya dengan kehadiran Lora Kelana. Ini mesti sesuatu.
Petang itu, barulah berpeluang untuk Diego dan Marcia betul-betul menonton Lora Kelana. Tak sampai siap satu babak, Diego sudah dapat mengagak. Penulis skrip atau pencerita cerita ini tentunya seorang perempuan. Semua skrip yang dihamburkan Qeth adalah tutur kata yang perempuan harapkan dari seorang lelaki atau suami. Semua perbuatan Qeth dalam memujuk, mengambil hati dan mengcaring adalah tunas harapan seorang perempuan terhadap seorang lelaki yang dia sayangi. Tapi sayangnya, si pencerita atau penulis skrip tidak pernah menyelami hati pikiran seorang lelaki dalam cerita ini.
Diego berani jamin, pelakon lelaki itu sungguh-sungguh akan berada dalam dilema yang amat dalam bila balik bertemu isterinya ketika di luar set nanti.
Habis cerita Lora Kelana, Diego tetap kusyuk melayan senarai ahli bertanggungjawab dalam Sinetron ini. Konfem perempuan. Dari novel seorang perempuan dengan skrip gabungan lelaki dan perempuan. Diego layan juga Lora Kelan ini untuk mendengar skrip-skrip khayalan yang dituturkan. Cukup telakar dan menghiburkan.
******
Seminggu tanpa Marcia dan anak-anak, Diego balik kerja tak da 'kerja' nak buat. Bila selesai ritual lepas balik kerja seperti meletakkan kunci rumah dan kereta ditempatnya, baju dibuka dan masuk bakul baju, seluar disangkut di almari, solat Asar di hujung waktu, aiseh, terlupa nak bagitau - mestila pakai seluar dan baju rumahan sebelum solat, minum air dari peti dan meletakkan semula cawan ditempatnya dan menghadap makanan malam sambil membaca surat khabar, Diego buka suis Tv. Lora Kelana.
Diego layan Lora Kelana sambil basuh baju pula bila dah siap makan. Sekali pusing, duduk pula layan cerita, siap Lora Kelana, baju tak siap basuh lagi. Sebab baju kena basuh 5 kali pusing. 1 kali untuk sabun, 2 kali untuk bilas, 1 kali untuk pelembut sambil berselawat dan 1 kali untuk pengeringan.Tapi 3 kali pusing je Diego mangkit untuk buang air, tambah air baru dan pusing semasa iklan.
Petang hari ketiga. Babak Lora Kelana belum sampai iklan kedua, makanan dah siap dimakan. Diego bawa bekas makanan ke dapur, yang mana kena basuh dibiar dahulu di sinki. Yang mana kena buang masuk terus dalam tong sampah. Diego keluar dengan gumpalan kain kering sudah dibasuh ke ruang tamu. Sambil meLora Kelana sambil melipat baju mengikut spesifikasi ISO 9001 Marcia. Baju baby, baju Pablo, baju Rodriguez, baju Diego, baju Marcia, shendo-shendo mereka, alas tilam, sarung bantal, selimut, kain lap kaki, kain lap hingus, dan kain lap kereta.
Tak cukup dengan itu, yang mana kena sangkut, Diego sangkut baju-baju berkenaan mengikut kaler hanger. Hanger kelabu untuk baju kerja Diego, hanger hitam untuk baju jalan-jalan Diego. Hanger merah untuk baju-baju Marcia. Hanger biru untuk baju anak-anak. Sistem ini telah diamalkan sejak 6 tahun yang lalu lagi.
Bila masuk babak iklan, Diego berhenti dan baca surat khabar sambil tangan masih melipat. Susah jugak nak lipat sarung tilam saiz Permaisuri ni, 3 kali lipat, semua lari spesifikasi. Ada yang memanjang, ada yang cukup segi empat sama, mujur tak ada yang segitiga.
Malam seterusnya sesudah Lora Kelana, Diego panjat tangga. Seduh habuk dari kipas di ruang tamu. Siling serta dinding. Banyak betul habuk yang sudah mendiami sebab memang jarang-jarang orang nak sapu habuk seluruh rumah ni tiap-tiap hari. Qeth idaman hati semua orang tu entah tak nampak pula sibuk buat kerja rumah dalam Lora Kelana tu. Pergi opis pon sibuk bercinta dan berkhayal je.
Hari selanjutnya, Diego hanya layan Lora Kelana untuk 5 minit terakhir. Masa Lora Kelana masuk bilik Qeth pegang rantai. Kemudian beliau bersedih. Tak paham. Lantak pi la. Sebab sesudah ritual balik kerja, Diego mencangkul depan rumah. Buang rumput nak tanam yang cantik. Dari matahari ada seruas jari sebelum terbenam, sampai la orang dah balik dari semayang Maghrib, baru setel rumput-rumput tak cantik dicangkul. Togel seluruh tanah dan ditambak tanah baru. Itu pon tak cukup lagi 6 beg.
Siap merumput, Diego kembali ke dalam rumah. Bilik air utama dibasuh lengkap. Mangkuk tandas dan sinki disental. Lantai digosok. Dinding diberus. Entah berapa bil air nanti gamaknya. Diego berharap boleh perpanjangkan kes membasuh bilik air kedua, tapi harapan tinggal harapan. Lapar tak makan malam lagi dan letih wei. Diego merasa sudah cukup memenuhi objektif beliau untuk minggu ini dengan ketiadaan anak-anak dan isteri. Tinggal satu bilik khazanah yang belum sampai kudrat untuk disetelkan. Semangat berkobar-kobar Marcia sahajalah menjadi harapan untuk bilik khazanah itu disetelkan. Bukan saja-saja Diego buat semua itu. Semuanya sudah dipesan Marcia adala 2-3 bulan yang lalu. Kini baru berkesempatan. Sebelum ini, lebih kepada mengambil kesempatan. Heheh.
Cerita ini tidaklah mempunyai skrip-skrip bertutur untuk orang perempuan dengar terus cair. Orang lelaki dengar terus muntah berdarah. Sebabnya, tidak semuanya hanya yang indah-indah sahaja dalam perkahwinan.
Perempuan idaman hati mungkin cantik dimata tapi busuk dihati. Lelaki idaman hati mungkin baik berkata-kata tapi malas bebal macam kayu balak.
Tidak hari-hari kau boleh bagi bunga ros merah untuk menghargai isteri kamu. Tapi hari-hari kamu boleh bagi tangan kamu untuk meringankan beban beliau. Sebab ros merah bila layu, banyak jugak habuk nak kena sapu.
Tak perlu kaya dan lengan berotot untuk tolong melipat baju. Tak perlu kata-kata mesra pengubat hati untuk membasuh pinggan dan membuang sampah. Muka hensem tak berguna kalau tak boleh nak menukar lampin anak serta membasuh berak. Inilah realiti sebenar dalam Sinetron Dramalova - Diego & Marcia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
wah2..gigih nyer..suami mithali gitu..alhamdulillah..=)
^yam^
Jangan terpedaya dengan pujuk rayu Qeth. Haha.
hahaha... saya tak tengok nora kelena mahupun nora elena... hidup perlu realiti. stakat hensem dan manis mulut tak bermakna tanpa sebarang kerjasama dalam rumahtangga...
^anur^
Hehe, tapi Seth yang tak logik dah menambat hati ramai perempuan single. Dari novel ke filem, itu kira realiti apa.
Catat Ulasan