Advertlets

Rabu, Mac 09, 2011

Sinetron Dramalova #34 - Hensem

Satu pagi aman damai, elok-elok Diego tengah tersangkut di dalam kesesakan lalulintas. Eh, tak sesak la. Kereta banyak je nak lepas susur keluar.

Henpon champion pon berbunyi. Jarang sangat la henpon ni nak berbunyi. Silap-silap, sehari tak berbunyi pon. Yelah, tinggal isteri tersayang sorang je rajin nak menelepon atau menghantar pesanan ringkas. Tu pon kekadang tak berbalas mengikut spesifikasi yang diharapkan.

"Hello, abang, tak sampai ofis lagi ke?" Marcia yang menelepon bertanya.

"Ha'ah, tak sampai ofis lagi, sangkut kat jalan keluar haiway." jawab Diego.

"Ayang tengah tengok Saprah ni, just nak cakap, Bill Gates tu tak hensem langsung" Marcia mengkomplen.

"Hahah, dah tu?" Diego bertanya pula.

"Yelah, dia kan orang femes, kaya gile, tapi tak hensem, gaya pon selekeh!" tambah Marcia lagi.

"Dia kan orang komputer, memang la serabai, cuba tengok Mark Zuckerberg plak" Diego merasional. 

"Mamat tu dah tengok dah, serabai juga. K lah, nak cakap tu je" Marcia mengundur diri.

Diego jawab pula dalam hati untuk diri sendiri.

Yelah, orang yang tak femes, kurang berduit dan berijazah kejuruteraan je hensem, segak dan bergaya. Cemana lagi Marcia nak menilai hensem kan, mesti la dari contoh yang terdekat. Hensem juga Diego rupanya. Hahah.

6 ulasan:

Asmoham berkata...

dramalova sempoi.. sepupu diego lagi hensem kot? hahaha

Ummi Amani berkata...

hehe...pompuankn suka ckp indirect.brtuah en amani kn dpt wife direct ka indirect ka tetap kata husband dia gak yg hensem kn kn kn.biala tk femes ka kaya ka.anak2pn disuh pnggl abah 'abah hensem'.payah dh nk cr tu.lisa surihanipn blom tentu wat cmtu kt hubby dia.marcia ckp love u...en amani.

Diego Amani berkata...

^Ammosham^

Er kategori doktor-doktor belum keluar lagi benchmark hensem ke tak hensem. Hahah.

^Ummi Amani^

Diego cakap dia terima love itu dan disimpan kemas.

Diego Amani berkata...

*Asmoham. Sori..

Asmoham berkata...

ammosham tu rasanya geng pidomat sembang kencang zaman2 dia smka dulu.. bahahaha

sekarang amacam? family dah makin besar. tahniah la..

bila nak dtg melawat new zealand

Diego Amani berkata...

^Asmoham^

Ammosham = senior maktab aku, hehe.

New Zealand? Macam tak kan sampai je buat masa terdekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...