Advertlets

Selasa, Julai 13, 2010

Sinetron Dramalova 30 - Teka Situasi

Dah Sinetron Dramalova edisi ke-30. Kamon la kawan-kawan, begitu aku berisktikhomah untuk meneruskan siri ini tanpa segan silu serta tidak memikirkan padah dan akibat setiap siri yang membuka jerawat di badan, tapi komen tak sampai 15? Heheh.

Mulai hari ini, aku tukar nombor ROMAN dalam siri SD kepada nombor biasa, sebab bila banyak sangat XXX, bak kata Ahmad S, dah macam cerita katil dan tilam plak.  Hilang selera dan napsu pembaca yang teruja membaca tajuk cerita ini dan mengetipnya tetapi ceritanya hanyalah cerita jiran tetangga sahaja. Baca Mastika lagi asyik, kata mereka. 

Tanpa berlengah lagi, mari kita ikuti kisah Diego dan keluarganya untuk edisi kejutan ini. Siri ke-30 mestilah sepesel.

Seperti 2-3 minggu sudah, minggu lepas adalah lagi satu minggu yang mana di dalamnya ada minggu ulang tahun kelahiran anggota keluarga Diego yang perlu disambut. Diego sudah serik untuk merancang yang mewah-mewahan, grand-grandeuren, berlebih-lebihan. Takut ada yang tersalah anggap lagi,tambahan pula, jiran-jiran masih lagi mengata tak habis tentang perancangan majlis yang menyusahkan mereka keluar masuk kereta sebab habis semua jalan kena katup dulu, tapi tak jadi pulak.

Kali ini, 3 hari sebelum hari kejadian Diego sudah mula merangka-rangka. Tiap kali balik dengan kereta lajunya, Diego semakin mengagumi minyak pelincir Mobil 1 15w-50, petrol Esso Synergy 3000 dan tayar Michelin Premacy LC 195/55R15 subsidi kompeni yang baru diperolehinya. Perjalanan makin sedap lagi lancar, laju dan boleh pergi jauh betul. Tak ada Lancer pon takpe. Bak kata pepatah negara Brazil, kalau nak tahu empunya kereta itu kaya, tengok minyak pelincir mereka. Ok, tamat sisipan iklan. 

Setiap kali berfikir dan berfikir dan berfikir lagi, makin banyak idea dan cambahan ilham yang diperolehi oleh Diego untuk sambutan majlis ulang tahun kelahiran Marcia. Marcia akan memasuki umur ke-31. 

31 tahun bukan umur main-main dah lagi, umur yang memerlukan agenda, perancangan, keseriusan serta plan jangka panjang untuk menjadi orang tua yang berhemah, berhikmah serta boleh menjadi tempat rujukan. Ini bukan lagi umur untuk main-main cakap selindung, bergosip tak tentu hala, buat perangai macam budak tadika malahan tidak larat lagi untuk menanggung perangai-perangai yang tidak cukup dewasa seperti mengkompare siapa yang lagi kaya dan siapa yang lagi istimewa, anak sapa yang lagi spesel mahupun berapa urat gelang ditangan. Ini umur untuk sedap-sedap mendaftar diri untuk menempah tiket pergi haji.

Dengan segala keseriusan, Diego teruskan berfikir. Sampai terselit satu lirik lagu.

"Satu hari berfikir, Sebulan pun masih pikir, Bila dah bosan fikir, tak jadi fikir!" 

Lagu dari kumpulan Aboi - Belum Cuba Belum Tahu. Selingan lagu memang biasa untuk sesuatu drama.

Mengambil kepada unsur moral yang terselit di dalam lagu Aboi itu tadi, Diego bertekad. Kali ini, buah pikirannya akan dilaksanakan. Akan tetapi sungguh banyak buah pikiran yang telah dihasilkan sehingga tak tahu yang mana satu boleh dilaksanakan tanpa kompromi.

Buah Pikiran # 1
Beli bunga ros merah sekuntum. Gigit tangkainya sewaktu membuka pagar rumah semasa balik dari kerja. Lepas tu sengih macam dalam cerita Adamaya. Sanggup ke? Apa kata jiran-jiran nanti?

Buah Pikiran # 2
Bukak website online kedai bunga, order sejambak bunga yang harga minimumnya RM100. Suruh kirim ke rumah sewaktu Diego masih dipejabat. Tapi bentuk jambangan, rupa, kaler, berapa bilangan kuntum, tak tahu mana satu yang sesuai.

Buah Pikiran # 3
Kerat kertas-kertas terguna yang cantik dan buat kad hari lahir yang begitu abstrak. Kalau sempat, buat kasik jadi timbul-timbul.

Buah Pikiran # 4
Buat-buat tak da apa apa terjadi pada hari itu. Yang ni paling senang.

Buah Pikiran #5 
Makan malam ayam panggang bersama anak beranak. Err, sedap jugak.

Buah Pikiran #6
Beli gelang tangan seutas. Atau rantai leher. Bentuk apa yang dia suka, tebal mana, saiz apa, kaler apa. Tanya pada penjual kat kedai emas nanti. Err budget ada ke?

Buah Pikiran #7
Beli kek, tiup dan makan ramai-ramai kat rumah. Kaler kek, perisa kek, bentuk kek, semua bergantung kepada selera masa masuk kedai kek nanti.

Buah Pikiran #8
Beli bunga ros dikedai bunga. Berapa kuntum dan kaler apa, nanti pikir kat kedai. 

Buah Pikiran #9
Buat kad, suruh Rodriguez yang tulis. Atau cop je jari Rodrizguez dan Pablo atas kad. Tapi kene tunggu depa lena.


Buah Pikiran # 10
Tulis blog, atau ucapan di FB atau SMS di tengah malam ketika Marcia tengah lena tidur. Supaya bila dia mangkit nanti baru dia baca.


Buah Pikiran #11
Buat kejutan. Apa-apa jenis kejutan jela. Janji terkejut. Pilih je memana buah pikiran yang di atas. 


Lagu Aboi kembali terngiang-ngiang di dalam kepala Diego. Kali ini lebih kepada pernyataan terakhir. 


"Bila dah bosan pikir, tak jadi pikir". Argh cemana?


Ok, disebabkan cerita ini bertajuk "Teka Situasi". Jadi pepandai la hangpa meneka situasinya dan mengolahnya mengikut kesukaan hangpa semua. Sekian. 


Selamat Hari Ulang Tahun ye Marcia. Semoga apa yang dicitakan saudari tercapai hendaknya. Mmmuahh dari kami..!


 Gambar Hiasan - Kanak-kanak memang suka sambut hari ulang tahun. Sebab ada kek!


3 ulasan:

a z m i r berkata...

perempuan memang suka bunga. buat kad sendiri, takut takde masa. beli kad, ambik cop jari aqil + ammar. itu idea bagus.

lepas tu bawak pegi makan. buat reservation awal memang menunjukkan kesungguhan, apresiasi dan membuatkan si dia terasa dihargai dan istimewa.

satu hari dilayan sebegitu istimewa. insya allah jadi kenangan terbaik.

good luck!

d u t a berkata...

bunga? tak mau lah pada usia begini. dah berusia nnti barangkali bunga itu sbg penyeri. sbbnya dah penuh rezeki.

sebaiknya sesuatu bernilai, contohnya jam tangan ke, kasut ke, yg tak mungkin dpt pada kebiasaan. mungkin dah ada, tp lebih pilihan ketika menggayakan!

mine, bought a branded shoe for raya! i choose and been agreed! ops sory m designer

Adam Ruslan berkata...

^ a z m i r^

Hahah, ada yang antara buah pikiran tu yang dibuat, ada yang tak.

^duta^

Kasut memang susah sket. Sedangkan tuan punya diri nak pilih kasut pon payah, inikan pula yang dipilih orang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...