Advertlets

Selasa, Jun 01, 2010

Catatan Diego - Impian@Mimpi?

Tadi, balik dari melihat kilang kayu papan fiber. Kingston bertanya soalan ringkas yang boleh dijawab mudah.

"Awak ada mimpi?"
(Do you have any dreams?)

Hampir tersentak dengan soalan itu sebab soalan sangat mudah yang boleh dijawab ringkas.

Tapi Diego mencari jalan susah.

"No". Ringkas Diego menjawab mencari kesusahan.

Kingston pula mengambil alih sentakan.
 
"Apa? Kamu tiada mimpi? Jadi di sekolah cikgu tanya kamu apa?" 
(What? You don't have any dreams? Then during schools teacher ask you what?)


"Heheh, tak la. Ada la masa sekolah dulu. Tapi masa darjah satu aku nak jadi Bomba, Polis dengan Cikgu. Tapi bila masuk sekolah menengah, aku nak jadi Pegawai Bank pulak. Tapi lepas tingkatan 3, aku pilih aliran Sains, kena pilih antara Prinsip Akaun dengan Biologi. Aku amik Biologi. Jadi dah menyimpang dari cita-cita Pegawai Bank. Lepas SPM, aku dapat A untuk Kimia dengan Biologi, tapi aku dapat C untuk Matematik Tambahan dengan Fizik. Jadi aku masuk universiti, aku pilih Kejuruteraan Mekanikal. Cemana?"
(aku tak larat nak translate yang ini, susah ooo)

Disebabkan Diego telah mencari jalan susah untuk menjawab soalan mudah yang hanya perlu jawapan ringkas, Kingston terus bercerita mengenai diri dia pula. Lagi susah rupanya.

Kingston dapat E untuk semua subjek SRP kecuali Bahasa Cina dengan Seni sebab dia malas belajar dan dari aliran sekolah Cina masa di sekolah rendah. Kemudian masuk sekolah persendirian, dan tidak belajar langsung untuk terus mengecapi E untuk semua subjek dalam SPM. Kemudian terus berikrar kepada bapanya untuk mula belajar bidang reka grafik di The One Academy. Kemudian dia menjadi pereka grafik iklan di negara seberang kemudian menjadi tenaga pengajar reka grafik sambilan dan kemudian masuk bidang jualan aksesori perabot sebelum memasuki bidang jualan minyak sekarang.

Soalan mudah Kingston, "Awak ada mimpi?" memang susah untuk siapa-siapa menjawab rupanya.

Kingston tambah lagi, sebab kita manusia, ,memang kita dijadikan tanpa apa-apa tanda yang langsung boleh dijangka. Masa kita sekolah dulu mungkin kita lain, tapi sekarang masuk alam kerja, tak da sapa tahu kita berubah 180 darjah dari watak kita dulu. Diego setuju.

Tapi Diego jawab juga soalan Kingston itu dari sudut hati yang paling ikhlas. 

Aku bermimpi untuk menjadi jurutera pakar bidang minyak pelincir industri yang lagi pakar dari jurutera prinsipal yang memantau aku sekarang dan juga pemantau kepada jurutera prinsipal aku sekarang sambil memiliki blog yang sangat bermakna lagi sedap untuk dibaca dan dicemburui. Amacam? Heheh.


2 ulasan:

ayen =D berkata...

kalau translate jadi awak ada mimpi, mesti ain jawab, malam tadi saya mimpi blah blah blah.. heheheh..

ain suka la impian dalam perenggan last tu.. yeah! pliiiiiizzzzz, keep blogging, coz maybe a sentence can change the world.

Adam Ruslan berkata...

^ayen^

Tak rasa nak berhenti lagi. Tapi dikekang masa dan ruang. Heheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...