Advertlets

Jumaat, Jun 04, 2010

Tulis-tulis - Tangkap

Semalam terbaca dalam paper The Bintang, penolong juruteknik pemunya opis lama aku kena tangkap. Sebab amik suapan RM 1,000.00 dari kontraktor berbangsa India. Dia dah 25 tahun keje dengan tempat itu. Kalau tempat kerja pak ngan mak, dah dapat jam tangan lelaki dan perempuan cap Carlo Cardini dah. Tak pon gelang tangan atau rantai leher. Sebagai tanda bakti khidmat dah 25 tahun.
 
Tapi dia ni dapat femes masuk suratkhabar sebagai penjawat awam yang termasuk dalam statistik 40% yang memakan suapan. Siap pakai topi dan sarung muka H1N1 untuk kaver malu. Sia-sia.



Petang tadi, aku dengar lagi satu cerita. Sorang jurutera kene tangkap "bertangan-merah" sebab terbukti menyonglap barang milik syarikat. Yang report adalah penjaga stor dengan saksi dari drebar lori. Jurutera ni pon dah umur level brader-brader. Ada anak kembar dah masuk tingkatan 1. Barang yang cuba dicuri dijumpai dalam bonet kereta dengan alasan dia cuba nak tolong jual pada satu kedai tapi lupa nak bagitau orang sales. Tapi dia jurutera, mana ada kena mengena untuk urusan sales. Sia-sia jugak.
 
Aku tengok berita jugak hal-hal kapal-kapal pelayaran yang cuba merempuh masuk perairan Gaza untuk bawak bekalan ubat, makanan dan tempat tinggal tapi diserang dan ditangkap oleh komando Israel. Bagi aku, objektif pertubuhan ini dah berjaya. Depa berjaya buktikan bahawa Israel memang jenis bengap dan tak hormat undang-undang dunia. Kalau sebelum ini Israel boleh serang bom letup Gaza dengan alasan mempertahankan negara, kali ini serangan komando Israel ke atas kapal pelayaran yang membawa sukarela keamanan yang tidak langsung bersenjata dan tidak ada kaitan langsung dengan perairan Israel dan mengancam keselamatan rakyat Israel memang tindakan paling bengap dan memakan diri. 


Mana-mana pihak yang melihat tindakan ini tahu Israel yang salah dalam hal ini. Sekutu mana sekalipun tak boleh menyokong tindakan bengap Israel ini kecuali mengecam keras. Mesir terus buka sempadan Rafah. Turki terus tarik diplomat. Ini tindakan yang lebih keras dari masa Gaza kena bom.

Cuma, media massa masih lagi memainkan peranan berat sebelah masing-masing. TV3 lebih kaver cerita kapal Royal Corrie sebab wartawan dia ada atas tu. Astro dan RTM kaver lebih untuk kapal Mari Marmara sebab ada wartawan Awani. Israel pulak cuma tunjuk gambar 'keganasan' orang-orang di atas kapal Mavi Marmara terhadap komando depa, yang pakai batang besi dan lastik untuk 'menyerang'. Piiirah!.

Harapan aku, semua kapal-kapal itu dapat sampai Gaza dan memenuhi tuntutan pelayaran mereka untuk membekalkan makanan, ubat dan khemah untuk rakyat Gaza yang disepit dengan segala sekatan dan kongkongan. 

Ini bukan misi pelayaran yang sia-sia walaupon di tangkap.

2 ulasan:

d u t a berkata...

sumber visual yg ada dr aptn: yg mana adalah media bangsa yg sama ... so susah skit la nk tunjuk kebenaran.

Adam Ruslan berkata...

^duta^

Itu sudah diketahui, tapi kita sendiri yang boleh menyediakan caption & berita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...