Advertlets

Selasa, Jun 15, 2010

Piala (Meniup-Vuvuzuela-Sepanjang-90 Minit-Selama-Sebulan-Seluruh) Dunia

Ye, tidak lain dan tidak bukan, aku memang tak cerita apa-apa lagi tentang bolasepak Piala (tajuk baca dalam hati seperti di atas) Dunia ini.

Untuk pengetahuan umum, sepanjang 2 minggu aku telah berlatih untuk tidur sekitar jam 2-3 pagi setiap hari sebelum bermulanya sepak mula di Soccer City. Aku pon tidak sedar akan latih tubi yang aku sendiri dah buat ini sebab asalnya, aku berjaga malam sebab anak-anak dan isteri pulang ke kampung. Jadi apa jenis aktiviti lagi yang aku boleh buat bila dah keseorangan? 

Ye, betul sekali tekaan anda. Aku membaca buku-buku intelek, menelaah internet dan menghafal tiap baris dan mukasurat suratkhabar sehingga terlepas waktu tidur sebenar. Itu dapat dilihat dengan kekerapan entri blog yang agak kehairanan kerapnya seminggu dua ini.  Ini juga disebabkan oleh kekerapan membawa perkerjaan pulang ke rumah sebagai kerja-di-rumah.

Jadi, secara amnya, aku memang tertunggu pembukaan sepak mula Piala Dunia ini. Tapi aku terlepas segala agenda semasa majlis pembukaan, entah ada bunga api ke, bola saiz gergasi turun dari langit ke, demostrasi memasak di menggunakan dapur kayu sambil melompat-lompat ke aku tak berapa pasti sebab di siaran Awani ada siaran langsung Imam Muda. Menitis air mata masa aku tengok episod minggu lepas. Rugi sapa yang terlepas. Sungguh aku tak tipu. Buat Imam Muda Nuri, meskipon muka hang nampak ganas lagi gedebe serta hang buat rambut sepit-sepit tajam ke atas macam budak shuffle, tetapi hati hang tetap ada taman permainan. Ah, kita kembali ke tajuk asal.

Dengan ini, jom kita lihat kepada prestasi penontonan siaran langsung Piala Dunia kali ini, yang aku tengok penuh perlawanan adalah Afrika Selatan-Mexico kemudian aku terlena sampai subuh semasa menunggu perlawanan France-Uruguay. 

Kemudian aku sibuk dengan memasak ayam panggang di USJ untuk perlawanan Korea Selatan-Greece dan sempat layan tiga suku perlawanan Argentina-Nigeria sebelum bersama-sama lena dengan anak-anak dan isteri yang 2 minggu tak bersama-sama sebelum mangkit untuk berjemaah bersama Pak, Hafiz dan Man dalam siaran England-USA. 

Untuk perlawanan Slovenia-Algeria aku dah sibuk dengan memandu pulang bersama anak-anak ke Johor. Elok aku sampai, sempat la melayan tengok highlight perlawanan Ghana-Serbia. Aku terjaga dalam pukul 4 pagi untuk menyambung kerja-di-rumah yang aku kena siapkan esok pagi sambil melihat sedikit perlawanan Jerman-Australia dalam 2 gol pertama. 

Untuk semalam, sayugia dikatakan bahawa aku pening seharian sebab tidur tak cukup dan kami berjemaah lengkap adik-beradik serta suami/isteri semua cirit-birit sebab pekena lauk sambal sotong dalam sebuah kenduri kahwin tengahari Ahad kelmarin. 

Sedap bukan main-main layan jamban untuk 6-7 kali semalam. Jadi perlawanan Belanda-Denmark aku layan penuh sebab anak-anak lena di awal Magrib dan aku tak berapa lapar nasi. Segera kami ke Domino's Pizza untuk melapik perut sahaja bila depa mangkit lepas tu.

Perlawanan Jepun-Cameroon aku tinggalkan begitu sahaja lepas makan pizza dan melihat gol pertama Keisuke Honda sebab aku masih berhajat untuk bangun awal pagi lagi untuk kembali menyiapkan kerja-di-rumah yang patut aku siapkan sebelum Selasa petang (hari ini). Aku hanya dengar di radio tentang keputusan seri Itali-Paraguay pagi tadi dan memang tiada hajat dihati untuk menontonnya. 

Kesimpulannya, kehidupan harian aku tetap sama walau ada Piala (letih nak taip) Dunia ini. Cuma cerita tambahan yang boleh dikongsi bersama bila ada rakan berborak. 

Antara cerita yang kita akan dapat saksikan di akhir kejohanan ini adalah Slovenia muncul pasukan yang membuat kejutan macam Korea Selatan dan pemain terbaik kejohanan adalah penjaga gol. Ini semua sebab Jabulani la ni. Amacam?



2 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

uuu..
panjangnya entry..

ni macam layan tak layan game piala dunia je la ni.
macam saya juga la..
ahaha~

Adam Ruslan berkata...

^azfan^

Tengok la game-game yang ada, cuma tak taksub dan gila sangat la. Heheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...