Advertlets

Ahad, Jun 06, 2010

Ahmad S Siri # 8.1

Aku bawak kereta pegi Jusco, ternampak sebuah keluarga Arab yang bawak Iswara seken melintas depan aku. Dia pon nak membelok masuk ke Jusco. Aku kemudian terfikir, gigih jugak depa menyambung belajar. Bawak anak isteri, semata-mata nak sambung belajar. Mujur Jusco dekat, boleh juga beli kelengkapan. 

Kemudian lamunan aku makin panjang. Aku terfikir pulak, aku pulak pegi Jusco nak buat apa? 2 minggu lepas baru je pegi. Beli bantal untuk anak-anak. Bantal kecik berisi ceraian fiber halus yang lembut tapi tak padat. Oh, anak-anak takde sekarang. Semua balik kampung ummi dia.  Jadi aku membawa diri sorang-sorang ke Jusco hari ini.

Elok aku masuk ke tempat letak kereta Jusco, aku dah terkernyih sorang-sorang. Kamera litar tertutup di palang ambil tiket parking mungkin jelas merakam perbuatan terkernyih ini yang boleh menimbulkan kecurigaan pak gad yang menjaganya. Harap pak gad tu tak perasan yang aku bukan terkernyih untuk dia.

Aku teringat lagi!! Ye, teringat lagi hal Ahmad S. Kenapakah? Jangan salahkan aku untuk merakamkan sekali lagi kisah Ahmad S, sebab ini juga peristiwa yang jarang-jarang remaja contoh macam kami buat untuk zaman peruniversitian mereka.

**********

"Macamana? Jadi tak projek kita kali ni?" Aku membuat usul pada suatu petang minggu seperti biasa. Tapi kali ini kami sudah semakin matang. Ahmad S dah pandai bawak moto ada kelasss. Aku pulak dah bijak memijak perehat-kaki moto dan meminjam helmet.

"Yang mana satu ni?" Ahmad S lupa-lupa. 

 "Ala, yang aku cerita kat ko minggu lepas la, aku dah survey, ada jual kat pasaraya The XXXX (*pasaraya ini dah arwah bila Jusco dibuka dengan hanya sebatu lontaran sahaja dari kedudukan mereka)". Aku mengingatkan.

"Ko jugak yang nak hari tu" aku tambah lagi.

Rumet Ahmad S kehairanan, aku dan Ahmad S menambahkan kehairanan beliau dengan tidak menjelaskan sejelas-jelasnya.

"Ooo, jom aa, aku boleh je" Ahmad S jadi.


Untuk memudahkan urusan membawa pulang 'mende-alah' yang menjadi objektif kami petang itu, aku membonceng moto RG Ahmad S. Kami membelah petang yang-orang-lain-buat-main-bola dengan membuat aktiviti sihat lagi bijak macam gadis-gadis dengan menuju ke pasaraya XXXX di Taman U.


"Hah, ni la. Aku memang dah target yang ini dah, ko nak yang mana" Aku tunjuk pada Ahmad S sambil memeluk 'mende-alah' yang menjadi objektif kami itu. Sedap. Lembut. Besar.


"Eh, besarnya. Aku tak tau nak yang macam tu ke yang bulat" Ahmad S terkejut dengan pilihan cerdik yang aku buat. Ahmad S mula memilih-milih yang berkenan di hatinya. Memang tampak kami berbeza citarasa. Aku pilih yang segi empat sama besar kaler merah. Ahmad S ambil yang kaler kuning. Gadis promoter hanya senyum-senyum kepada kami dengan perbuatan pembelian kami ini.


Disebabkan saiz menda alah yang kami beli agak besar, hadangan angin bertambah bila motor RG membelah petang yang-orang-lain-buat-main-bola balik ke kolej. Bila dah masuk kawasan universiti. Petang dah tak petang sangat. Lebih ke hampir magrib yang mana masa yang sangat optimum untuk gadis-gadis kolej mula keluar membeli nasi untuk makan malam. Menda-alah kotak empat segi sama besar yang lagi besar dari pemeluk memang tidak dapat disembunyikan. Apatah lagi muka kami yang jurus lagi bersih ini. Terkekek-kekek kami cuba menyembunyikan muka sebab ini bukan perbuatan biasa remaja contoh pabila waktu petang bila berselisihan dengan gadis-gadis kolej.


Bila sampai di bilik masing-masing. Semua yang ada mula iri hati dengan kami. Sebab kami dah ada bantal besar sedap di peluk lagi lembut. Kami saja yang terkernyih-kernyih. 

Hal ini tidak habis di sini sahaja. Malam itu jugak Ahmad S bawak turun bantal besar dia untuk lepak sama-sama sambil sembang-sembang tengok movie dari komputer. Orang putih kata, pillow talk. Punya la ciwi memasing dengan bantal besar sendiri.


Minggu hadapannya, agenda kedua yang berbangkit. Kami menuju ke kedai kain ela. Juga di Taman Universiti sebab kami belum mengenali kedai Jakel yang belum ada lagi pada zaman itu. Aku beli 2 meter kain kapas bercorak kaler jingga merah. Ahmad S tak beli sebab dia malas. Juga Ahmad S banyak berdiam sebab mana la reti beli kain semua ini. Aku pon sama je tak reti jugak.

Dalam 2 malam jugak untuk menyiapkan jahitan tangan sebuah sarung bantal paling besar pernah aku buat seumur hidup aku. Ini la semangat alternatif yang ada walaupon aku tak la underground mana pon. Tapi DIY tetap DIY.

Ini yang membuatkan aku terkernyih-kernyih malam ini.

*Sarung bantal dan bantalnya sekali dah di'alter' oleh seorang gadis yang lagi kemas jahitan tangannya 2-3 sem selepas itu*

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...