Advertlets

Sabtu, Jun 19, 2010

Piala (M-V-S-90M-S-S-S) Dunia - Chapter TWO

Hari ini cerita sedikit teknikal.

Bunyi adalah sebuah gelombang. Gelombang yang sangat besar dengan pelbagai jenis gabungan gelombang-gelombang kecil yang menjadi satu bunyi yang pelbagai dalam satu sela masa.

Bagi sebuah stadium, ada bunyi orang kunyah keropok, ada bunyi orang melompat-lompat, ada bunyi orang memaki hamun, ada bunyi orang bersorak, bunyi orang tepuk tangan, bunyi orang sembang hal-hal dunia, ada bunyi orang menyanyi, ada bunyi wisel pengadil, ada bunyi bola disepak, ada bunyi henpon berdering, ada bunyi gendang, tak lupa juga bunyi vuvuzuela, serta bunyi jurulatih memanggil pemainnya. Pendek kata, main bola memang banyak bunyi.

Sebagai penyiar siaran secara Definisi Tinggi yang boleh nampak dan kira berapa ratus helai urat bulu roma Steven Gerrad, adalah kurang bijak untuk penyiar siaran langsung tak reti nak menapis bunyi vuvuzuela. Ye, bunyi boleh ditapis sebab bunyi datang dari pelbagai punca, dan bunyi juga ada frekuensi tertentu untuk ditapis atau dikembangkan. Macam juga siaran Definisi Tinggi, ia adalah siaran visual, yang mana gelombang yang disalin dan dipancarkan ditapis serta dikembangkan bagi mendapatkan imej yang lebih jelas lagi rinci. Kenapa tidak difikirkan untuk kualiti bunyi sekali wahai penyiar siaran langsung?

Jadi, sesiapa yang ada TV berdefinisi tinggi dengan dekoder Ahteruk-Beyonce, mesti berasa panas hati kerana terpaksa menonton aksi bolasepak yang sangat mendebarkan lagi sedap jelas dan nyata sehingga ke sel epidermis pemain sekali tetapi dengan volume yang sangat perlahan seakan menonton filem yang boleh menyebabkan klimaks. Anti-klimaks sungguh.


Lagi simpati adalah Ahteruk dah menaikkan harga langganan sejak setahun lalu untuk menampung kos siaran definisi tinggi ini dan nak menampung semula jumlah bayaran hak siaran Piala (M-V-S-90M-S-S-S) Dunia ini. Kita sebagai pengguna 2 kali kena.  Sekali masa harga langganan naik, sekali lagi masa nak upgrade Ahteruk-Beyonce (mujur TV rumah aku definisi sederhana je).


Jadi, diharap stesen Ahteruk boleh membuat sedikit penambahbaikan dalam menapis frekuensi bunyi yang dihasilkan oleh vuvuzuela ini sebab bukan payah noo. Cari sumber frekuensi, letak penapis frekuensi pada frekuensi tersebut dan hantar. Tak reti? Sia-sia stesen Ahteruk bayar 6 bulan bonus untuk para jurutera mereka. Depa hanya pandai goyang bola mereka sambil melangkah masuk ke mesin ATM bergelak ketawa.

Jadi, adakah Ahteruk cukup bijak untuk kita boleh tekan butang 'R' untuk delete bunyi vuvuzela?


2 ulasan:

Ahmad Belia berkata...

bukan bunyi belalang ke tu

Adam Ruslan berkata...

^AMMOSHAM^

Bunyi belalang lagi sedap dan menghiburkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...