Advertlets

Rabu, Jun 23, 2010

Tulis-tulis Bolasepak Akar Umbi

Dah bulan bolasepak, kita cerita bolasepak la kan. Heheh.

Sesudah jenuh mendengar seruan vuvuzela, malam Ahad baru ni aku terlayan satu rancangan rangkuman mingguan. Rangkuman keputusan National Junior League. Rangkuman ini hanya secara tak sengaja aku tengok lepas layan game New Zealand lawan Itali. Patut aku dah masuk tidur lepas game itu, tapi secara tak sengaja terlayan.

30 minit program di Ahteruk ARENA itu sangat mengujakan. Sangat santai, ringkas, padat dengan informasi yang tepat dengan mutu kamera yang begitu amatur. Bagi rakyat negeri paling selatan benua Asia, aku memang tak tahu kewujudan National Junior League ini. Sebab perlawanan dia semua hari Sabtu dan Ahad di padang Timur PJ. Kegiatan aktiviti ini hanya disedari dan dimeriahkan oleh kelab-kelab bolasepak sekitar Lembah Klang sahaja. Tapi betul-betul meriah.

Secara ringkas yang aku tahu, dia ada 2 kumpulan. A dan B. Satu kumpulan dalam 12 pasukan. Memang betul-betul meriah. Satu team dapat main dalam 3 game sehari. Sebab hari perlawanan Sabtu dan Ahad je, mula 8.30 pagi, perlawanan terakhir jam 3.30 petang. Dalam rangkuman yang dibuat, semua aksi dan gol-gol ditayangkan. Bagi aku, semua aksi yang dipertontonkan adalah ada kualiti. Sedikit sebanyak kita nampak kanak-kanak itu punyai skil dan asas bolasepak.

Segala macam jenis gol ada, yang banyak ialah sebab salah golkeeper dan salah defender. Sama ada pemain tengah rembat dari jauh dan bola muntah atau defender tak pintas secepat mungkin, penyerang dapat menjaringkan gol. Tapi ada juga gol dengan gerakan 1-2 yang cantik, gerakan mengelecek 2-3 pemain, rembat dari jauh dan masuk ke bucu gol. Kira penuh aksi la perlawanan yang ada.


Dari segi taktikal,ada lagi yang nampak kanak-kanak lagi, ada je jenis main kerumum macam geng estet. Sepak bola jauh-jauh asal ke arah gol. Defender cuba clear bola lantun tapi sepak tak kena. 


Tapi ada jugak team yang betul-betul boleh main bola, bawak bola laju. Hantaran kemas. Rembat padu. Tanduk tajam. Jenis pasukan pula datang dari pelbagai jenis kelab kecil dari kawasan perumahan tertentu, kelab dari syarikat-syarikat besar, kelab oleh orang persendirian, akademi bolasepak komersil serta segala bentuk kelab dari pelbagai inisiatif. Laman web tu ada menyenaraikan semua kelab yang terbabit. Banyak rupanya kelab bolasepak bebas kat Malaysia nih.


Ada kelab nama Glenmarie yang mana semua pemain dari bangsa India dari sekitar Glemarie, tapi main tak macam estet. Laju dan padu. Ada kelab yang mana semua anak-anak bangsa Jepun. Dorang adalah pasukan belasahan sebab golkeeper dia tak menyakinkan, tapi untuk 3 perlawanan mereka hari itu, dorang main sungguh-sungguh dan tetap membawa pasukan untuk melawan. Ada kelab milik persendirian yang dia buat untuk taman perumahan kawasan rumah dia. Juga ada kelab yang ada campuran kanak-kanak Melayu dan kanak-kanak bangsa kulit putih, Alfred Holden. Main memang macam bintang. Antara top 3 penjaring terbanyak budak tu. Pemain paling menyinar, Aliff Ramzi. Laju, power dan score segala jenis macam gol.

Yang menarik tentang bolasepak kanak-kanak adalah kegembiraan mereka bila dapat menjaringkan gol. Tak kisahla team tengah ketinggalan ke, sambutan untuk tiap gol adalah mengujakan bagi mereka. Juga bila team kalah, muka semua muram durja. Ini la aspek bolasepak yang kita sering lupa, suka duka dalam persaingan yang sihat. Main untuk pasukan dan kegembiraan rakan-rakan. Bukan main untuk glamour atau jadi popular. Cara celebration pon ada yang over. Hahah. 


Macamana wujudnya kejohanan ini? Ia inisiatif gabungan bebas sekitar Petaling Jaya, dengan sokongan dan back-up dari FAM, serta MPPJ dan 2-3 lagi syarikat swasta, liga ini bermula tahun lepas 2009. Tahun ini dah ada 2 kategori peringkat umur. Bawah 12 dengan bawah 14. Tahun depan akan ada bawah 16. 


Jadi, katakanlah liga ini berkembang lagi 10 tahun. Dengan peringkat umur yang sedia ada dipertingkatkan. Pemain kelab yang main sekarang bawah 12 dah jadi 22 tahun. 24 kelab, dengan minimum 15 pemain sepasukan, itu adalah sekumpulan besar pemain yang mungkin berbakat besar untuk main di peringkat tertinggi.

Kalau ada lagi peluang dia untuk main pada peringkat dewasa dengan struktur dan konsep liga yang sama, berkemungkinan besar dia ada 1 platform penuh untuk menjadi pemain bolasepak sepenuh masa jika struktur liga dan sambutan liga ini memberangsangkan. Liga Super mungkin dah jadi obeselete pada masa itu. Aku harap akan terjadi penstrukturan semula Liga Malaysia sekarang dengan lebih banyak penglibatan kelab-kelab, kawasan-kawasan, daerah-daerah dan sebagainya. Tak lagi hanya persatuan negeri boleh mengeluarkan pemain bolasepak dengan cara saringan yang begitu berat sebelah.


Cakap-cakap tentang nak wujudkan liga kelab-kelab bebas sekitar Lembah Klang sebenarnya dah bermula. Cuma momentum itu harapnya berpanjangan dan diperpanjangkan sampai la ke peringkat umur dewasa.


Sedikit memori zaman kanak-kanak dulu, aku teringat yang dulu abang pernah set-up 1 team bola dengan nama 'Hentam Kromo' yang terdiri dari budak-budak Taman Nirwana, Taman Cahaya, Taman Chempaka dan Kg Datuk Harun, yang mana kemudian kami ajak team 'Taman Bakti' lawan bola padang besar depan sekolah SRK Taman Nirwana. Kami juga lawan team 'Ampang Jaya' dekat Bukit Belacan dan 2-3 team lagi yang tak ingat dah namanya. Van Pak dan basikal adalah pengangkutan utama pasukan untuk ke lokasi perlawanan. Team Hentam Kromo menang besar untuk semua perlawanan persahabatan itu. Hahah.

Agak-agak terjadi tak kat Aqil mintak kat aku macam ni nanti, "Abah, Aqil nak gi Kolompo, nak main bola petang ni". (harap-harap masa tu dah ada keretapi berkelajuan tinggi dan Kolompo hanya sejam setengah je dari JB). Heheh.

Notahati : Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran untuk Mak pada 18hb yang lepas dan Selamat Hari Bapa untuk Pak, serta rakan-rakan yang dah menjadi Abah tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.



4 ulasan:

d u t a berkata...

skrg pak aqill boleh kejar bola lagi ke? mmmm

Adam Ruslan berkata...

^Duta^

Boleh, hari-hari training dalam rumah dengan Aqil. Hahah.

mrfactoid berkata...

Hentam Kromo the legend..baru2 nie pi reunion SRKTN 1991, ada la 15 orang datang..Ada le sekerat bekas team mai kira ok la buat layan nostalgic...

Adam Ruslan berkata...

^mrfactoid^

Heheh, memang legend, sayang team lawan tak tau nama team itu Hentam Kromo, kalau tak, mesti depa ingat sampai bila2. Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...