Cerita pasal kanak-kanak perempuan umur 3 tahun yang mati kena pijak dan tendang dengan kasut but Puma yang tengah dibicarakan sekarang memang boleh buat selera makan jadi tak lalu. Perut rasa senak, mulut rasa loya.
Ikut cerita suratkhabar, mak pada arwah kanak-kanak itu tak tunjuk apa-apa emosi masa ditunjukkan gambar selepas autopsi anak dia di mahkamah. Tapi adik perempuan dia yang teriak sungguh-sungguh masa memberi keterangan. Adik perempuan dia dengan mak depa yang jaga arwah Humaira sebab perempuan tu dia kerja di Jalan Sultan Ismail sebagai pegawai perhubungan awam. Dia datang tengok sehari je tiap minggu.
Itu terjadi sebab suami dia, seorang bekas polis telah dipenjarakan. Mamat yang tendang dan pijak Humaira tu mak dia dah kenal sejak sebelum berkahwin lagi. Jadi lagi rapat bila suami masuk penjara dan melalui perhubungan depa, dah dapat sorang anak laki. Mereka baru merancang untuk berkahwin tak lama lagi. Ada berapa banyak dah kepincangan sosial yang dibincangkan di sini?
Masa suami dia dibawa ke mahkamah, dia tenung mamat penendang ni dengan sangat tajam. Abah mana tak panas hati kalau ada orang pijak anak kita sampai mati kan?
Sebab mamat tu tendang dan pijak arwah Humaira?
Arwah Humaira tak nak pakai selipar dia bila disuruh.
Macamana mamat tu tendang dan pijak dan hantuk kepala arwah Humaira, aku tak rasa nak cerita sebab begitu horror untuk dibayangkan untuk kanak-kanak kecil berumur 3 tahun mengalaminya. Perempuan pulak tuh. Aku sendiri ada anak umur macam itu. Jadi boleh dirasai dan dibayangkan cemana. Memang boleh buat selera nak makan nasi tak jadi.
Sebab apa mamat tu boleh tergamak nak tendang? Sebab itu bukan anak dia. Sebab mak arwah Humaira itu pon masih pangkat kekasih je. Apa ada hal. Bukan dia yang tanggung keluarga depa. Tiada komitmen.
Aku rasa dalam penjara pon ada penyamun atau perompak yang ada belas ihsan. Atau pengedar dadah yang reti makna kasih sayang. Atau ketua kongsi gelap yang berjiwa insan. Harap-harap ada yang boleh kasik tunjuk ajar untuk mamat tu.
Aku harap kita yang masih boleh berasional dengan akal fikiran, tolong la perihatin dalam menangani kanak-kanak. Tak kisah la itu anak sendiri ke, anak orang ke, anak jiran ke. Depa tetap kanak-kanak.
Cuba aku tendang di dada kamu, sedap tak?
6 ulasan:
weh jom join stadiumastro world cup fantasy. bole pki login id yg epl nye fantasy.
http://safantasy.stadiumastro.com/M/myleagues.mc?view=cj
league code 2796-457
ni league head to head. 2796-460. aku xtau camne nk ajak hafiz ngn abang.kalo ade emel depa hang ajak ler.
^Raman^
Wokeh, aku sms jela depa berdua.
isu adik humaira mmg tragis! huk! manusia bertuhankn iblis je buat camtuh. patut masa si penendang tuh masih dikendong, kuta tendang perut ibunya! huh... tp ibunya xberdosa. doakn moga allah buka pintu hatinya utk btaubat! insyaallah
mmak, bapak, atuk, nenek, mertua, adik beradik keluarga yg terlibat semua bersalah dalam hal ni.. patutnya seluruh keluarga tu kena banned!! dah la anak terang2 buat dosa dlm satu taman..
balasan tuhan sentiasa ada.. tahap balasan & rupabentuk balasan ja yg tak boleh nak agak..
cuma aku rasa kesian dgn arwah humaira yg tanggung penderitaan semasa hidupnya..
mamat tu memang dah kompom kena dalam penjara nanti.. balasan..
^duta^
Emo betul masa baca dalam sokkabar, kalau yang membuat berita kat siaran berita pon mesti lagi emo kan.
^Juan^
Tu la, banyak sangat kesalahan demi kesalahan yang satu pon tak diperbetulkan. Harap2 dapat diambil pengajaran.
Catat Ulasan