Advertlets

Rabu, Disember 10, 2008

Cara-cara menulis blog yang sepatutnya

Ya bertemu kita dengan sesi pembelajaran kita yang pertama. Cara menulis blog yang sepatutnya adalah seperti dibawah. Berikut merupakan contoh paling efisyen untuk rujukan semua:

Aaaa.. malas nak tulis edisi lain2, sume gambar ada la 2-3 album baru telah dimasukan dalam Picasa. Secara ringkasnya aku notakan disini apa yang telah dilalui setakat Disember 2008 ini, gila sibuk bejalan.

1. Aku pertama kali menjaga booth expo secara propesenal kompeni kat Singapura, OSEA2008. 2 hari berturut-turut. Rasa macam jurujual, juga pada masa yang sama macam propsenal bila melawat booth orang lain. melawat expo buleh menmbahkan ilmu pengetahuan kerana para propesenal yang menjaga booth adalah sangat berpengalaman dan petah berkongsi pengetahun tentang produk mereka. Disamping itu mende penting yang harus diperhatikan semasa melawat expo sebegini adalah cenderahati. Ada yang kiut bleh bawak balik bagi anak-anak main seperti bola2 bercahaya LED, soft toys, pemegang kunci, label beg, pemengang peti ais, dan yang paling gempak, thumb drive 256MB. Haha. Tips, awal2 pagi pegi keliling semua booth, sila tandakan booth yang harus dilawat untuk menambah ilmu, dan booth yang perlu dikutip mende2 kiut itu. Pen takyah cerita, semua orang bagi. Bagi pelawat2, semua kendong beg2 sandang cenderahati, agak2 berapa orang sangat la yang belek balik brochure yang dorang kendong balik dalam tuh ek.

2. Raya haji kat umah abang serta hotel Emperor melaka. Saja duk hotel semalaman. Sempat mandi kolam yang sejuk sebab ujan, 20 minit je terus naik. Naik Eye on Melaka dimalam raya (tak sempat nak bertakbir raya kat atas tuh, banyak isthighfar je sebab gayat). Mak & pak tak naik sebab kene beratur panjang (tak nak berdiri lama), pak kata, ala naik buat apa, nampak Melaka je. Pak buat korban di masjid Jasin, kemudian masak2 di rumah abang makan malam. Baru aku tau rasa sum-sum tulang kaki tu cemana.

3. Aku kemudian ada keje kat PD, aku rasa sangat berbaloi dan membuat keputusan yang tepat untuk menetap di Avillion Admiral Cove. Gila puas ati bila tengok kondisi bilik. TV LCD flat skrin gantung kat dinding 32 inci. Ada Astro tiap satu cenel utama. Internet laju serta percuma, perabot ringkas tapi praktikal. Luaran ada marina tempat orang2 kaya parking kapal layar. Kolam mandi yang unik. Makanan sarapan pelbagai citarasa. Apa gila aku pegi buat perkiraan nak duduk sini ke Seri Malaysia? Harga? RM189 offer Jusco Card untuk bilik 2 katil single. Seri Malaysia? RM140. Yang ni memang akan aku rekemen untuk tiap pelancong yang nak datang PD. Mujur anak bos setuju dengan keputusan ini walaupon terlebih dari harga siling kompeni untuk penginapan semasa bekerja.

4. Aku saja google carik blog kawan2 skolah. Aku terjumpa salah sorang kawan aku yang bertukar link dengan Abg Abu Hassan Hasbullah. Blog nya berlaras bahasa tinggi, bergayakan portal majalah, kandungan banyak berkisar dengan kerjayanya sebagai pensyarah filem. Buleh buat modal bersembang. Bahasa laras tinggi itu kalau dibanding dengan blog aku, memang cikai abis blog ini. Haha. Perbendaharaan kata yang digunakan melorong lintang terlambung cantik bola itu dan terus ditanduk Shukor Adan. Haha. Kan dah terpengaruh.

5. Dah masuk Shukor Adan, harus wajib aku tersentuh untuk menyebut tentang kekalahan Malaysia ditangan Vietnam dalam AFF Cup semalam. Minit sudah memasuki 85. Indra Putra tunjuk menunjuk benteng Vietnam bersama Safee Sali, dirembat rendah bola kuisan Safee ke gawang gol Vietnam. Malaysia 2, Vietnam 2. Sathia girang gembira, Encik jurulatih Omputih Vietnam gundah gulana, badan dipeluk tangan, murung. Pemain Malaysia berpelukan, seri menjanjikan laluan lebih cerah ke separuh akhir seterusnya menutup terus peluang Vietnam selepas kalah 2-0 ditangan Thailand. Bola diletakkan ditengah padang, sepak mula disambung, bola mula melintang membujur di kedua-dua kawasan. Tiba-tiba satu hantaran tinggi dari tengah oleh pemain Vietnam, hajat dihatinya agar rakan penyerangnya dapat meluru menyambut ala-ala Henry dan dirembat terus ke gawang gol, tapi kaki pengkaunya melambung jauh dari jangkauan rakannya. Pertahanan Malaysia mendepang tangan tanda bola terlalu jauh dari jangkauan pemain lawan serta isyarat bola tidak merbahaya dan mudah untuk Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 menangkap bola tersebut. Sesuatu yang tidak terjangka telah berlaku, Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 tidak berada di posisi yang sepatutnya, bola lambungan tidak merbahaya langsung itu terus melantun tinggi di depan beliau. Beliau cuba berlari ke gawang, kakinya terluncur ketika berlari, bola melantun terus ke arah gawang gol, tika ini Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 mungkin sedang berdoa agar tiang gol secara superstitious beralih posisi ataupon bola itu tesangkut dek lecak. Realitinya penyokong Vietnam melompat riang, Encik Jurulatih Omputih berlari2 mendakap pemain, Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 menutup muka, malu atau menangis? Skop kamera kemudiannya kembali kepada Helmi Eliza MVP Liga Super 2007, gerak bibirnya dipastikan ucapan "Ba#* betul, Ba#* betul" sambil mengeleng gelengkan kepala, kan ke baik kalau ko istighfar ke, tadah tangan berdoa ke. Ye, semua setuju itu adalah kesilapan budak sekolah. Tapi aku tidak bersetuju, dulu main peringkat sekolah, semua gol dijaringkan dengan rembatan padu, chip cantik, gerak lenggok mengelirukan, lipat bola crossing serta tandukan tajam, takde lambung-lambung bola melantun depan gol keeper tak bleh tangkap. Minit ke-90 tambah 3. Malaysia kalah 3-2 ditangan Vietnam. Dulu ada keeper Malaysia yang lepas gol bangang gak, Malaysia kalah final Sukan Sea, terus keeper ini tidak lagi mempunyai daya motivasi dan kekonfidenan, bila main balik pon dah jadik tak terrer. Aku harap Helmi Eliza MVP Liga Super 2007 tak macam tuh, ni kes jadik skali je seumur hidup. Apa gila kalau dia hilang tahap konfiden, terus tak bleh main, Kedah konfem kecundang abes season depan. Dia patut pegi mintak air penerang hati pondok, minum tiap-tiap hari, mana tau, kot bleh sambung jadik cikgu skolah ke lepas nih. Apa-apa pon sepatutnya surat khabar Malaysia patut mengalih perhatian pada para penyerang-penyerang yang tak bleh menjaringkan gol dengan lebih banyak sebagai punca sebenar Malaysia kalah, bukan Helmi Eliza MVP Liga Super 2007. Titik.

Nota kaki Helmi Eliza MVP Liga Super 2007 yang tergelunsur:
Blog harus ada kandungan, ada capaian dalam kandungan, ada komen tentang kandungan. Amacam, menarik tak tips membuat blog aku?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...