Advertlets

Rabu, Disember 17, 2008

CIQ - Baru, Cantik tapi Gagal

Sebagai pembawa kereta tegar yang terbiasa membawa kereta merentangi tambak Johor serta merentas sempadan antarabangsa, aku bertuah kerana dapat merasa detik2 pertama bilamana CIQ JB yang baru dibuka.

1 Disember dorang rasmikan CIQ, kereta yang keluar dari Singapura ke JB masih berurusan di kaunter kastam & imigresen di tambak tetapi laluan keluar melalui bangunan CIQ & kaunter2 bagi tujuan penyelarasan & penyesuaian. Kaunter keluar dari JB masih lagi laluan yang sama melalui jalan stesen keretapi.

16 Disember 12.01 pagi, kedua-dua kaunter laluan keluar dan masuk kastam & imigresen JB telah ditutup, semua laluan melalui CIQ JB. Tetapi sistem ini gagal.

Apa yang aku perhati dan ingin berkongsi disini:

1. Laluan masuk ke Johor Bahru sesak amat teruk pada waktu pagi 16 Disember ~8 pagi. Selepas kaunter tambak yang lama, laluannya mendaki dan berliku, hanya ada 2 laluan untuk dikongsi antara bas & kereta sebelum sampai di tingkat atas kompleks CIQ baru diasingkan laluan kereta dan bas yang berlainan tingkat. Bas beratur berderet2 dari atas sampai di kawasan luar tambak lama. Penumpang yang tak dapat bersabar turun dari bas dan berjalan kaki secara mendaki hingga ke tingkat kaunter perlepasan penumpang bas. Harus wajib dorang sumpah seranah sape yang design laluan masuk CIQ ini. Mujur aku masa tu di laluan keluar dari Johor ke Singapura, dalam hati mengharap balik nanti tak sesak camtu sekali.

2. Laluan untuk ke kaunter perlepasan kenderaan (dari Singapura ke Johor) mempunyai banyak lorong, kalau tak salah dalam 16 lorong dan semuanya dibuka hari itu. Semua harus memberikan passport untuk diperiksa, walaupun dulu pemegang passport Malaysia hanya melambai passport mereka tanpa perlu menghulur dan menerima. Masa memproses tidak lama, tapi disebabkan Touch n Go diwajibkan kepada semua kenderaan untuk pembayaran tol, aku rasa ini punca utama kesesakan yang berlaku. Semua yang tidak mempunyai TnG harus keluar dari kenderaan, berjalan ke kaunter yang menjual kad ini atau pun membeli dari wakil2 TnG yang sedia berdiri di permulaan lorong masuk. Pulak tu, hanya ada 2 kaunter Tambah Nilai TnG. Itu pon tiada tanda yang jelas untuk kaunter ini, nasib aku bertanya pada wakil PLUS yang sedang memegang kad untuk jualan pada waktu itu.

3. Pengawasan tidak ketat langsung. Boleh tak ada Unser depan aku masa tengah beratur untuk urusan passport & TnG boleh turunkan anak-anak dia, 3 orang, semua kanak-kanak bawak 12 tahun, untuk ke tandas. Mujur ada pegawai imigresen yang sedang berjalan ke kaunter masing-masing bertanya apa tujuan mereka turun di kawasan ini sebelum urusan passport. Dengan baik hati mereka menyuruh seorang lagi pegawai perempuan untuk menunjukan tandas tersebut. Yang aku yakin bukan tandas untuk orang awam. Kalau Mas Selamat Kastari la yang turun tuh, konfem selamat dah dia menyelinap memasuki Johor.

4. Laluan masuk keluar kenderaan agak sempit, kalau Humvee la yang lalu, mau terlanggar jugak divider laluan kat sini.

5. Untuk memastikan semua kenderaan sangat perlahan memasuki dan keluar dari CIQ, bonggol khas telah diletakkan. Agak tinggi, berpetak bukan bujur, diperbuat dari besi dan mungkin ada konkrit dilapisan bawah, tapi sekali naik, terhinggut jugak suspensi design Lotus Gen2 aku. Kalau letak cawan isi air letak atas dashboard macam cerita komik Initial D, mau tumpah semua basah kuyup dashboard. Paling hangin bila ada kereta-bangang-pegi-potong-spring-modified-suspensi kat depan yang melintang naik bonggol ini slow gila.

6. Laluan keluar dari CIQ ke arah luar bandar sudah mula lancar, dulu mungkin ramai yang sesak di jalan pantai Lido atau jalan Wong Ah Fook, tapi disebabkan CIQ baru ini 100% bypass downtown JB maka CIQ ini mungkin gagal kerana pembangunan downtown JB harus terjejas. Stesen minyak Caltex yang terkaya di Asia Tenggara juga mungkin terus tutup atau tinggal 2-3 pam sahaja. Mujur laluan keluar pejalan kaki masih di depan City Square, maka perniagaan runcit & jualan retail mungkin hanya sedikit terjejas. Teksi dan bas juga rasanya tak terjejas. Cuma mungkin perniagaan yang fokus kepada penunggang motorsikal & pemandu kereta akan mengalami kekurangan pelanggan.

Ini mungkin seperti kata-kata Mr Arsene Wenger "early glitch". Tengok la nanti 2-3 minggu selepas ini, mungkin ada perubahan dan lebih lancar. Juga apa kesan dan akibat dari pembukaan CIQ ini terhadap down town JB. Mungkin aku juga ingin merasa pengalaman sebagai pejalan kaki di ruang CIQ, kot-kot rasa cam dalam lapangan terbang KLIA ke. Kalau dorang buat Nandos ke kat dalam tuh, bleh bawak anak-anak jalan-jalan makan-makan ke.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...