Advertlets

Selasa, Disember 30, 2008

4 hari 4 malam

Tak tau nak ringkas ke nak panjang ke. Layan je lah.

Khamis tengahari aku gerak dari JB. Dengan harapan dapat bank-in cek mata pencarian bulanan dekat bank cek tersebut. Tapi gagal. Kene pegi bank luar kawasan. Mesin disitu lebih dipercayai untuk tidak tergendala pada hari bank cuti atau bukan waktu kerja. Ini semua percaturan tampuk kuasa syarikat aku yang tak punya pengalaman bank-in cek untuk diri sendiri dan tidak menghiraukan tempoh wang tersebut tersedia dalam akaun. Walaupun demikian, perjalanan ke KL tetap diteruskan.

Petang dekat-dekat jam 5 aku sampai Putrajaya. Dah janji dengan rakan untuk bertandang, dia buat jamuan ringan, panggil sedara mara dan rakan-rakan. Lama jugak bersembang sampai jam 8 baru ke USJ. Di sana telah dirancang agenda membakar bahagian-bahagian haiwan yang boleh dimakan seperti ayam, kambing dan sosej. Sampainya kami, selesai sudah agenda seperti sembahyang, doa serta tahlil. Orang baru mula makan. Kami yang dah makan agak banyak tolong tengok-tengok je. Dah dekat lewat malam baru sentuh sikit, kambing, kek, air dan menu-menu lain aku pandang je. Orang ramai, ye, sampai tak terbilang ramainya, sedara-mara belah makcik serta pakcik. Malam ini lepas dah abis makan-makan, kami lepak rumah tumpangan sebelah, telah dipinjam oleh makcik untuk penginapan sanak keluarga. Yang pompuan masih di rumah makcik, dorang turut serta dalam acara berinai, mencorakkan tangan masing-masing dengan kerawang dan bunga-bunga. Yang lelaki pon menginaikan hujung 3 jari mereka, semua Yah sponsor. Khidmat Mazee ditagih. Kami? Baru khidmat diri dan merehatkan diri. Dekat jam 1 gak baru tidur. Satu hari satu malam sudah.

Satu hari satu malam.

Paginya mangkit dan menyiapkan anak-anak, anak-anak tidak tidur semula selepas subuh, abahnya je sambung semula. Pagi lagi kami ke rumah makcik, sarapan pagi. Tiada aktiviti pagi ini, semua telah tersedia, maka kami naik semula, anak-anak mula mengantuk, ditidurkan mereka, aku layan Heroes koleksi abang, sampai siri 11, dah dekat Zohor. Aku bersiap untuk ke masjid, turun bawah, orang tengah makan tengahari. Selesai Jumaat, bersiap untuk majlis pernikahan. Rancangnya jam 3.30. Semuanya lancar, rombongan tiba, hantaran bertukar tangan, Anas bersila dihadapan imam, imam bersyarah pendek dan berpesan "jangan lempang, tendang dan hentak isteri tanpa sebab ye" (ayat sebenar: jangan memukul isteri tanpa sebab). Itu je intipati syarahan tersebut. Akad nikah dimulakan, Imam sebut dan selepas sentakan jabatan tangannya dengan Anas, Anas menjawab terima, saksi semua bersetuju. Semua hadirin mengulas senyuman dan berbisik sesama sendiri. Lega. Tangan ditadah untuk doa, Anas kemudiannya mendirikan solat sunat syukur.

Agenda-agenda harus majlis pernikahan bermula, mas kahwin + wang hantaran bertukar tangan, Yah salam cium tangan, cincin disarung dijari manis Yah, kemudian gelang pula diikat di tangan kanan. Anas pula cium dahi Yah. Para hadirin berkerumun untuk merakam detik-detik tersebut, gambar diambil berkeping-keping. Yang lain menjamu selera dilaman rumah. Ada roti jala+kuah kari ayam, kuih-kuih manisan, karipap, kue tiaw goreng, dadih, tu je yang aku masih ingat. Sempat gak bersama pengantin untuk bergambar kenangan bilamana orang mula susut berkerumun. Selebihnya aku rasa dihabiskan memantau anak-anak bermain sana sini serta naik dan terlena kepenatan lewat petangnya. Malam, agendanya bergantung pada tuan punya diri. Kami ke hospital berbentuk hotel iaitu Prince Court Medical Center, Jah baru sahaja bersalin sehari lepas, masih di wad aka bilik penginapan ditemani Najib. Anak lelaki, 3.09kg. Diberi nama Nur Imran. Mewah hospital ini, mujur aku tiada kamera. Tidak boleh disamakan langsung dengan wad kelas 3 hospital sultanah zainab, tempat Aqil & Ammar mula melihat dunia. Kembali dari hospital, kami ke dewan untuk majlis esok, sengaja bersinggah, semua telah tersedia, hanya sentuhan-sentuhan kecil perlu dibuat. Pulang dari hospital, singgah McD untuk supper. Lebih pada makan malam sebab lauk malam tadi makan sikit je. Anas bermalam di sini malam ini. Sebelum lena menutup malam dua hari dua malam, Arsenal seri 2-2 dengan Villa. Hampeh. Aku tahu keputusan melalui web portal dari henset.

Dua hari dua malam.





Gambar Koleksi penuh Majlis 2 hari 2 malam, klik disini.

Subuh lagi semua dah sibuk, yang menseterika baju, yang beratur giliran ke bilik mandi, yang nak makan, yang terkejar sana sini kelam kabut. Kami bersiap antara yang terakhir, aku berpakaian paling segak even pegi pejabat pon tak pernah sesegak ini. Bila turun untuk sarapan, semua orang-orang penting majlis ini dah tiada, semua dah ke dewan. Kami keluarga yang terakhir keluar. Bila sampai di dewanKompleks Tabung Haji, tiada lagi tetamu, yang ada hanya sanak keluarga yang sama-sama di rumah makcik dulu, aku agak-agak dalam 10 keluarga jugak semuanya, bila mula tetamu pertama sampai, yang lain-lain sudah mula mengambil nasi, makan awal. Jam 12, selesai sudah acara makan-makan kami. Kami ke bilik persiapan pengantin, mujur dorang dah siap, sempat bergambar sekali. Perjalanan diteruskan. Kami menuju Melaka, ya kawan aku jemput untuk majlis di rumahnya. Perjalanan terasa sangat jauh, panas terik, mengantuk. Dari Nilai ke PD sangat sesak. Aku tidur 20 minit di Pedas Linggi. Sampai di rumah majlis jam 4 petang. Orang dah mula nak lipat meja. Tak makan pon, mujur ada rakan-rakan yang dikenali, buat bersembang sepatah dua. Juga terjumpa bekas cikgu sekolah. Dia orang Melaka dan rapat dengan pengantin. Kami memandu pulang lebih kurang jam 5 petang. Lewat 7 baru sampai semula di rumah makcik. Setelah bersiap khidmat diri, malamnya makan lauk lebihan kenduri tadi. Masih sedap. Aku dan mak ke Shah Alam, menghantar Mak Ngah naik bas pulang ke Kulim. Teket seharusnya jam 945 malam. Tapi bas buat hal dan hanya bergerak ke terminal jam 1020 malam. Pulang ke rumah makcik, layan kek lobak merah 3 tingkat sepotong dua. Rumah makcik masih rancak dengan kehadiran keluarga belah pakcik. Kami kembali ke rumah tumpangan, berborak, gosip dan membuka kisah lama lebih kurang. Jam hampir 3 baru lena.

Tiga hari tiga malam.

Hari ini majlis di belah keluarga Anas. Selain itu, rumah tumpangan harus dikosongkan, tuan rumah akan kembali di petang hari. Agenda asal ingin terus bertolak ke JB selepas majlis. Barang dikemas, rumah dirapikan semula. Selesai siap semuanya jam 11. Kami bertolak dulu semetelahan keluarga pakcik masih belum siap. Aku menjadi kemudi ke Bangi, entah jalan mana yang kami ambil, peta di dalam kad tidak banyak membantu, salah pulak tuh, lepas 3 tol baru sampai Bandar Baru Bangi, punca arah pon entah kat mana, mujur selepas membuat satu pusingan besar, kami sedar jalan sepatutnya. Kompleks PKNS menjadi punca penyelesaian. Sampai di tempat yang dijanjikan, pengantin dah bersedia. Kumpulan dari pakcik dan keluarga tiba sesudah itu. Dorang pon sesat. Rombongan sekumpulan kami berarak dari surau tempat berkumpul ke rumah pengantin. Jauh jugak berjalan, lepas 3 selekoh baru sampai. Mujur kompang tak mula main lagu dari mula berarak, kalau tidak dorang pasti kehabisan lagu untuk dimainkan bilamana sampai di rumah pengantin. Rumah sekeliling merupakan banglo reka sendiri, semua tanah lot yang dibangunkan oleh tuan punya lot, pelbagai bentuk dan konsep dapat dilihat. Tiba di rumah pengantin, terus mereka di dudukan di atas pelamin. Upacara merenjis dijalankan. Kami dah bersedia di meja makan. Bila pengantin keluar, barulah rasmi untuk rombongan mula makan. Lauk sama sedap dengan lauk semalam. Servis juga baik, semua meja dijaga untuk tidak kehabisan lauk pauk. Sempat juga anak-anak bermain sampai ke laman belakang rumah, ada pokok rambutan dan buaian. Aqil tak puas bermain buai, telah pak panggil untuk bergambar kenangan. Aqil tak puas hati, menangis bilamana mula keluar dari rumah majlis. Mujur pak pujuk, pak dukung sampai ke kereta. Aqil akur, pak janji nak belikan sesuatu di Pavillion nanti. Kami solat dan kemudian ke KL. Aku kemudi lagi, kali ini tidak sesat. Sampai di Pavillion yang penuh, parking pon agak susah. Berjalan-jalan lebih kurang tingkat demi tingkat. Pak ajak ke tempat mainan, janji pada Aqil untuk dibelikan sesuatu. Puas kami belek semua, akhirnya Ezi cadangkan untuk membeli set pensel warna, marker warna bertema Cars. Aqil tidak begitu asyik sebab banyak tarikan mainan lain. Ezi cadangkan untuk membalutnya sebagai hadiah. Selesai satu agenda di Pavillion, agenda kedua, pak ingin bertemu dengan bekas anak muridnya. Dalam kepala aku membayangkan budak-budak mrsm pdrm atau jasin atau PC. Rupanya ini bekas anak muridnya yang sekarang dah punya anak dara. Zaman aku baru-baru dilahirkan. 3 orang semuanya. Dorang bersembang dari jam 5 sampai 7. Kami tak tau nak buat apa, anak-anak dah tak boeh duduk setempat, berjalan main itu ini. Mujur dah jam 7, pak dan yang lain ke surau, kami ambil keputusan terus pulang ke rumah makcik. Aqil minta susu dah terus terlena atas dukungan. Jenuh mengusung dia dari satu hujung ke hujung satu lagi Pavillion untuk ke parking. Lenguh masih terasa sampai sekarang. Kami tiba di rumah makcik lebih kurang jam 8. Penat, Aqil terjaga, dia menangis kerana kami masuk rumah makcik bukan rumah tumpangan sebelah. Salah rumah katanya. Sembang-sembang dengan makcik, makcik lena. Pak, mak dan adik-adik tiba agak lewat, dalam jam 11, dorang sambung membeli barang lepas ke surau. Cadang awal nak tengok wayang. Mujur tak sempat. Semua light off jam 12. Anak-anak tidur dekat jam 1. Aku layan Arsenal, mujur menang 1-0 dengan Portsmouth. Ini hari ke-empat.

Empat hari empat malam.

Hari terakhir cuti. Siap jam 11 tengahari. Pak, mak dan adik-adik juga telah bersiap untuk terus pulang ke Kulim. Pak singgah dulu ke rumah pakcik Mahmuddin. Dia dah masuk peringkat ketiga kanser. Aku tak dapat nak ikut, terus pulang je JB. Keluar tol USJ jam 1217. Aku sampai tol Skudai jam 3 petang. Jalan lancar, aku tak mengantuk, sampai rumah, anak-anak bangun. Ayat pertama Aqil. "Cik Yam?" kesian, dia dah mula rindu cik Yamnya. Menangis sebentar bila tahu Cik Yam takda. Lepas punggah semua barang, kami beri Aqil hadiahnya. Dipesan, ini tok beli, untuk Aqil & Ammar kongsi. Aqil teruja untuk membuka. Tapi dia suruh umi yang buka. Bila ternampak gambar Cars di dalam bungkusan, muka Aqil bercahya, melompat riang terlihat kartun kegemarannya. Ammar turut teruja. Sejurus kemudian mainan tu dah ditangan dorang.

"Maceh uwan" .

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...