Advertlets

Khamis, Disember 30, 2010

Piala AFF-Sukan SEA-Pestabola Merdeka, apa seterusnya?

Ok, semua tournament dalam Asia Tenggara dah menang untuk 2 tahun ke belakang.

Ternyata hanya ada satu penyelesaian sahaja dalam banyak-banyak penyelesaian yang aku bagai dalam entri Untuk Bola Bertambah Mutu.

Susah-susah pikir ke sana kemari, penyelesaiannya mudah sahaja. Selagi team Malaysia main dengan cantik, baik bersistem dan menang perlawanan penting, penyokong akan datang menyokong sepenuhnya di stadium tak kira dari ceruk mana, teket harga berapa, main hari apa, ada game EPL kat TV ke tidak. Mesti penuh. Mamak jugak turut bergembira. 

Untuk AFF Suzuki Cup 2010, tahniah untuk Malaysia. Kalau aku adalah organizer. Aku bagi MVP tournament kepada Khairul Fahmi. Apa gila bagi kat pemain yang sepak penalti pon tak masuk? Patut bagi kepada penangkis penalti yang berjaya menyelamatkan keadaan la. Kalau dikira sumbangan dan effort pon lebih kepada Khairul Fahmi untuk game semalam. Harap buat Khairul Fahmi, ini adalah permulaan untuk beliau. Bukan kemuncak yang kemudian menuruni bukit. Umur pon masih muda. Sedap-sedap main bola lagi. Keeper boleh main sampai 40 apa. 

Harapannya adalah supaya ada lagi barisan pelapis selepas Harimau Muda B nanti. Untuk Harimau Malaya, pelapis dorang adalah Harimau Muda A sekarang.

Imbuhan dan ganjaran memang penting untuk menyemarakkan semangat. Tapi harap janganlah berlebihan. Bagilah dalam bentuk yang boleh membiaya mereka untuk jangkamasa panjang. Sebab depa masih muda. Simpanan ASB ke, Unit Trust ke, tanah ke. 

Cuti peristiwa pon semua orang dapat esok. Cuma bos aku lebih power dari pengumum cuti, jadi esok kerja seperti biasa. Huhu.  

3 ulasan:

d u t a berkata...

huh.... pembangkang ke tak nak cuti bagai ni?

(@_@) berkata...

kesiannye!!! adik pon cuti! hahaahah

Adam Ruslan berkata...

^Duta^

Menurut presiden persatuan kompeni-kompeni swasta, syarikat mereka tak bersedia untuk bercuti mengejut. Heheh.

^Qis^

Ele, kompeni saja nak bodek pekerja je yang kasik cuti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...