Advertlets

Selasa, November 17, 2009

Jemputan Walimatulurus - 28 November 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya dengan ini berbesar hati ingin menjemput rakan-rakan, kawan-kawan, sedara-mara yang mengenali keluarga kami untuk menghadiri majlis perkahwinan adik saya, Rashidah Ruslan dan pasangannya Hafiz Hasri Khaludin pada hari dan tarikh yang seperti berikut:

Hari / Tarikh : Sabtu, 28 November 2009
Tempat : Dewan Kolej MARA Kulim, Kedah
GPS Coordinate: Latitude : 5.351924 N Longitude : 100.536989 E
Masa : 12.00 tengahari - 5 petang

Mengikut laman web gosip BurungCiak.com, majlis ini bakal diserikan dengan oleh kumpulan nasyid oleh Saff-One . Juga makanan-makanan yang disediakan adalah sedap-sedap belaka, siapa kata kenduri kahwin tak boleh hidang cendol, kuetiow goreng mamak dan kuah rojak Colek Aji sebagai gerai tambahan selain nasi kenduri dan lauk pauk? Err lauk masa hari menikah pon sedap jugak. Gulai Rusa.

Juga berkenaan dengan tarikh tersebut, InsyaAllah, ianya jatuh pada Hari Kedua Raya Haji Aidiladha, maka dengan itu jemputan ini diperpanjangkan kepada semua yang TIDAK mempunyai apa-apa halangan untuk meluangkan masa pada hari tersebut untuk datang.

Jika Tuan / Puan terlibat dalam aktiviti korban pada hari sebelumnya dan masih ingin beraya pada hari kedua, dipersilakan. Tiada paksaan dan perasaan kecil hati*. Tapi jika berkelapangan atau duduk berdekatan Kulim Kedah, marilah datang berkunjungan.

Utusan ini adalah untuk disampaikan kepada semua rakan-rakan maktab, universiti mahupon lambaian juga sesiapa sahaja rakan-rakan, kawan-kawan yang mengenali kedua pasangan pengantin ini atau juga sesiapa sahaja yang mengenali keluarga kami. Semua yang berkenaan, dijemput hadir. Boleh bagitau kalau mahu hadir dan perlu disambut di pintu pagar KMK mahupon pintu dewan kalau rasa-rasa segan. Boleh hubungi nombor telefon yang tertera pada kad untuk sebarang makluman.

Hari ini hari kenduri, semua yang datang adalah tetamu yang harus dilayan tuan rumah.

Baiklah, butir-butir kad kenduri kahwin ini adalah seperti berikut:

Mukadepan dan Mukadimah

Jemputan (*boleh print dan tulis nama sendiri)

Peta pandu arah untuk ke tempat majlis.

*Yang aku kecik hati kalau tak datang adalah Pawie, Azam, Mizie dan Nazlan sebab kalau depa balik raya, dah tentu kampung depa kat sini. Hahah. Wei, kalau berkelapangan datang la. Tapi kalau tak free atau tengah buat Haji kat Mekah masa ni, semoga mendapat Haji yang Mabrur. Yang tidak disebutkan namanya, bukan kerana tidak berkepentingan, tapi sangat dihargai kalau berkelapangan. Mekasih.

Penafian: Segala butir-butir fakta yang tertera adalah sahih. Kecuali alamat laman web BurungCiak.com

6 ulasan:

Juan Nazlan berkata...

hehehehe.. nama aku pun ada.. raya kedua tu ada akikah anak aku la.. kalau ditakdirkan aku pi, aku pi la.. pengesahan kehadiran akan dibuat melalui sms.. eh, kad tu nak kena bawak sekali ka masa pi? kalau pi rodong ja bleh dak?

~ fiza berkata...

eh dh blh dh hihi
tahniah utk adik amani... ;-)
owh, dwn kmk y byk kenangan hehe

Adam Ruslan berkata...

^Juan^

Takde hal kalau hang ada kenduri akikah. Itu penting tu.

^Fiza^

Hahah, geng KMK ke.

shooter berkata...

+Amani+
Tahniah untuk adik amani...tapi aku dah konfem tak dapat datang. balik kedah pon tidak memandangkan wife dah 8 bulan lebih. menunggu masa je. wife dah tak larat nak jalan jauh2. Didoakan semoga pengantin diberkati dan berbahagia sehingga akhir hayat

Adam Ruslan berkata...

^redghost^

Okeh. Kecik hati dah ni. Semua yg disebut namanya tak bleh datang. Hahah.

Walaubagaimanapon, semoga berjaya menyambut kelahiran anak pertama tersebut dengan jayanya.

shooter berkata...

+Amani+
ampun sorry sembah peta harap diampun...hehehehe

thanks...doakan semoga wife i & baby selamat ye. thanksssss :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...