Advertlets

Rabu, November 04, 2009

Catatan Diego - Waktu@Pejabat

Rancangan kegemaran anak-anak Diego adalah, Go! Diego Go! di TvvSERATUSSEMBILAN.

Dalam rancangan itu, selalu ada soalan interaktif untuk perhatian anak-anak Diego. Kali ini, Diego yang tiada kaitan dengan Go! Diego Go! pula ingin mengemukakan satu soalan interaktif mencabar kepada ruang angkasa internet pembaca blog sekalian.

Mukadimah:
Rasa-rasa negara komunis sendiri pon tak kerja hari Sabtu tiap-tiap minggu. Tapi apakah faedah bekerja pada hari Sabtu selama 4 jam ini? Nak buka gate opis dah 5 minit. Letak beg, bancuh kopi dan sarapan biskut Munchy's lagi 15 minit. On komputer dan cek emel dah jadi sejam, nak telefon pelanggan semua cuti apatah lagi pihak kerajaan. Sembang dengan kerani hal bos komplen hal itu ini lagi 20 minit.

Permaslahan:
Persoalan ini berkisar tentang hal ehwal produktiviti di tempat kerja serta sistem yang menjadi penghapus aktiviti riadah bersama keluarga (tido sampai tengahari) di hari Sabtu.

Soalan Interaktif Minggu ini:
Jadi, sila lengkapkan ayat seterusnya ini. (ikut pi la berapa ratus patah perkataan sekalipon).



Saya sanggup berkerja
830pagi-530petang DAN Sabtu 9pagi-1petang SEBAB.......



Contoh jawapan:
SEBAB suara saya jadi glemer masuk corong Tv SERATUSTUJUH tiap-tiap tengahari sebagai suara latar berita sukan dan geografi luar bandar. Ini contoh ye. Sila jawab sepenuh hati bagi pihak diri sendiri.

3 ulasan:

anur malati berkata...

sebab saya suka kerja. hari2 saya nak kerja. Kerja itu perkara yang saya paling suka mengatasi segalanya2.. pendek kata, selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja!

itu shj jaw pendek saya tanpa dtg dari hati yg ikhlas

shooter berkata...

saya tak ikhlas kalau bekerja pada hari sabtu atau ahad atau kedua-duanya sekali

Adam Ruslan berkata...

^Anur^

Cakap jela tanak keje. Sudah. Hahah.

^Redghost^

Kalau keje tak ikhlas, nanti gaji tak berkat cemana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...