Advertlets

Selasa, November 10, 2009

Catatan Diego - Makan@Kuching

Tak tahu kenapa. Kalau keluar untuk urusan pekerjaan, agenda makan sangat dititik beratkan.

Sebab bila bertugas di luar kawasan, memang harus mengambil sedikit masa untuk menjadi pelancong pada kawasan yang dilawati. Jadi, mencuba pelbagai jenis makanan tempatan adalah wajib sebagai pelancong untuk memajukan sektor industri perlancongan dalam negara.

Sedikit pemerhatian sebagai pelancong ketika berurusan perniagaaan di Kuching, ini ada satu nasihat. Adalah tidak wajar untuk menghadiri konvensyen atau ekspo atau apa-apa aktiviti bertempat di bangunan yang bernama pusat konvensyen tetapi hanya dengan membawa beberapa helai not merah kemudian memandai-mandai nak ajak belanja kawan-kawan. Jangan sesekali berbuat demikian.

Ini kerana harga nasi beriani kosong / nasi goreng berudang sudah mencapai RM 6.00 se-tupperware. Jika menginginkan ayam masak merah atau kari daging atau sebatang sosej goreng, tambah lagi RM3.00. Jika anda dari jenis yang sukakan makanan gizi seimbang yang perlu sayur, sesenduk sayur campur, sayur kobis atau pon sayur brokoli masak cendawan pula akan ditambah RM3.00 lagi. Jika tekak rasa-rasa pula ingin merasa air tin berkarbonat / air suling terbalik osmosis, tambah lagi RM 4.00 sebotol.

Jadi not-not merah itu akan serta merta bertukar menjadi beberapa kepingan not-not biru muda. Kalian tentu tidak mahu mengorder nasi dan tambah kuah sahaja sebab hadirin hadirat yang beratur semua datang dengan berpakaian kot tebal kaler hitam dah suit satu pasang serta kasut kulit kilat bercahaya.

Ini tidak tertakluk pada ibu negeri Kuching ini sahaja, tapi disebabkan lokasi pusat konvensyen ini yang terletak pada satu titik longitud dan latitud tanpa apa-apa bangunan waima pokok-pokok berusia dalam lingkungan 1km radius, maka sumber nasi hanyalah pada kafeteria pusat konvensyen. Mujur makan tengahari sahaja perlu berada di sana.

Akan tetapi, hal ehwal masakan gerai goreng-gorengan juga perlu diambil kira di destinasi ini disebabkan penggunaan cili boh tidak meluas untuk menu seperti nasi goreng, mee goreng, kue tiau goreng, bihun goreng dan seangkatan dengannya. Hanya kicap semata-mata. Jadi, perlu nasihat rakan tempatan untuk masakan yang kena dengan selera anda.

Tapi, kalau tak merasa menu-menu sebegini, baik tak yah berjalan-jalan ke luar kawasan. Cuma, heran juga. Gerai tepi sungai Waterfront, 2 gelas tinggi air teh ais adalah RM7.00.

Berkenaan dengan saguhati, cenderahati dan barang kenang-kenangan di Kuching ini, ada 2-3 barangan yang perlu perhatian oleh para pelancong. Salah satunya kek Lapis. Pelbagai nama dan rupa serta gaya penjual kek Lapis ini. Untuk mengetahui lokasi kedai kek Lapis yang terkenal, bertanyalah pada petugas di hotel. Mereka mesra membantu. Juga, boleh singgah setiap gerai yang menjual kek Lapis ini sebelum sampai ke kedai yang ingin dituju dan mencuba segala jenis sampel yang ditunjukkan. Mereka tidak akan ambil hati. Percayalah.

Tapi yang menjadi lebih hairan adalah, pihak pelancong yang mencuba segala jenis sampel kek Lapis yang diberikan digerai berkenaan, tetapi akhirnya membeli 'Swiss Roll' sahaja. Bukankah 'Swiss Roll' perlu dibeli hanya ketika melawati Switzerland?


6 ulasan:

d u t a berkata...

+ pelancong +
mungkin nak rasa swiss roll buatan orang borneo barangkali. tapi mungkin penerangan penjual terhadap kek lapis itu tak mengujakan! hahha...

shooter berkata...

+pelencong+
wah gi kucheng tak cakap. baru nak kirim magnet peti ais

Adam Ruslan berkata...

^duta^

penerangan dan gambaran tidak penting. Rasa yang penting. Tapi beli 'Swiss Roll'?

Tidak termaktub dalam senarai makanan tradisi keturunan Malaysia oleh Puan Yen Yen pon.

^Redghost^

Besi berani peti ais tidak wajar dibeli untuk trip dalam negara. Hahah.

d u t a berkata...

+ tombol pintu +
encik redghost order tombol pintu kot! haha! larikkkkkk

a z m i r berkata...

hmm... mungkin grafik kek lapis tu tak cantik kot? (Kalau Duta yang beli la)

Adam Ruslan berkata...

^azmir^

Kalau ikut grafik, memang sah Duta tak beli kek lapis tu. Kaler warna warni, tiada arah tujuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...