Siri Kesukaan Ammar.
1. Dia suka melihat buku. Menulis. Mewarna (lebih kepada menconteng). Dan ralit untuk semua menda ini.
2. Dia suka biskut. "Kopok". Segala jenis dia panggil "Kopok". Cuma, kalau biskut itu tidak sempurna bentuknya, contoh, biskut Wheatmeal berbentuk bulat, bagi kat dia yang dah terpatah, dia buat donno atau bagi balik kepada pemberi. Bila bagi yang sempurna bulat baru dia terima dan makan.
3. Ammar ada lesung pipit di pipi kiri. Sekali dia senyum, kami akan tergolek dan jatuh hati. Jadi amaran untuk gadis-gadis di luar sana, jangan tengok lesung pipit dia. Dilarang keras sama sekali. Juga untuk Ammar, sila praktis buat muka serius banyak-banyak sikit. Hahah.
4. Ammar suka buat hal sendiri. Kalau tak main sama-sama dengan dia pon takpe. Tapi kalau abang dia tidur. Dia akan kacau dan kalau dia tidur, abang dia akan kacau. Sama je.
5. Ammar suka carrot. Selalu bila masak sup, sayur, nasi goreng atau bubur, potongan carrot akan diratah terlebih dahulu oleh Ammar. Semua sekali, siap rembat dalam mangkuk abangnya sekali kalau dah habis. Tidak diketahui kenapa atau macamana. Ia refleks semulajadi.
6. Dia masih mengalami kegatalan kulit. Jadi sebelum tidur, akan tersedia losyen untuk disapu bila dia terjaga dan teriak kegatalan. Selalunya sebab berpeluh panas.
7. Ammar dan Aqil sama-sama suka air oren Sunquick. Tiap-tiap hari mintak. Asal dahaga mintak air oren. Padahal sebut pon tak betul. "Nak air oyen". Dah tukar beli Sunquick Mangga pon mintak "Oyen" jugak.
8. Sengaja suka-suka dia menyalahgunakan air minuman yang diberi. Mesti dia tumpahkan atas lantai, sofa atau meja. Kemudian dia akan "kelepiaq-kelepiaq" air-air tersebut. Suka hati dia je. Bila tanya sapa buat. Dia jawab, "Ammar wat". Sambil sengih mengeluarkan lesung pipit. Maka?
9. Kolam renang, baldi air, air paip adalah kegemaran. Asal lepa, mesti dah masuk berendam dalam air. Baldi kecik tu pon dia salahgunakan.
10. Helaian rambut dia keras cam berus kiwi kasut. Sikat la cemana pon, kejap je akan kembali ke bentuk asal. Entah ikut siapa punya DNA. Abah dia gunakan perapi dan rawatan minyak panas, lembut dan rapi. Ummi dia guna perapi avocado dan susu, lurus dan berkilat. Jadi?
Ah, cukup kuota 10. Jadi, disajikan 2 gambar Ammar yang dikaver lesung pipitnya.
Muka serius macam ini yang harus dipraktis selalu
Suka-suka hati dia tepuk air, kalau tumpah siapa yang susah?
Suka-suka hati dia tepuk air, kalau tumpah siapa yang susah?
4 ulasan:
A'ah aku rasa ammar bakal jadi jejaka rebutan ni...kecik-kecik dah ada awek boleh tengok sampai terteleng-teleng siap mak kena tarik tuh haha aku rasa rekod ko pun dia dah kalahkan awal2 lagi kot...
^Syila^
Hahah, bleh ke jadi jejaka rebutan? Sekarang je kot comel. Nanti besar biasa-biasa je kot.
Tapi budak perempuan itu, memang nampak sangat dia tertarik. Hahah.
1. menconteng lebih tepat. DNA pun boleh disahkan tepat ni.
2. kopok/ separuh? ermmm like his dad dia kot...songlap kertas sample jawapan sejarah ku semuanya... (heheh)
3. dimple! hahaha.... hot ammar! hot stuff! so, berapa hantaran letak ni?
4. Ammar suka buat hal sendiri? bagus2. jgn suka tiru pak dia... suka tak tidur waktu org lain tidur.
5. Ammar suka carrot... bagus utk mata! nanti tak yah pakai lens warna merah!
6. ammar panas n gatal ... nak air cond kuasa kuda kot!
7. Ammar dan Aqil sama-sama suka air oren Sunquick? mintak laa peel fresh lak ye.
8. len kali amar try pecahkan glass yang diberi tuh. macam iklan arcopal!
9. Kolam renang, baldi air, air paip adalah kegemaran? dulu pak dia suka rendam baju warna merah lama2 kot... masa kat hostel.
10. Helaian rambut dia keras cam berus kiwi kasut? maybe kena pakai tancho! cam pak dia pakai jugak 5 tahun lamanya.
Wahhh, panjangg..
^enche duta^
Terdapat beberapa fakta yang seakan-akan terburu-buru di situ. Hahah. Rendam baju? Sori, tak buat. Tancho? Emm agak lama jugak memakai tapi tak tahula 5 tahun ke tidak sebab mula pakai umur 15. Songlap sample kertas jawapan sejarah? Ini bukan sukarela memberi ke? Hahah.
Sekian dulu rumusan di komen.
Catat Ulasan