Advertlets

Jumaat, Jun 05, 2009

Pepatah Runtuh

"Tiada angin masakan pokok bergoyang" - ini zaman panglima pahlawan perwira hulubalang sultan.

""Tiada 10% masakan stadium boleh siap" - ini baru la zaman konsultant kontraktor arkitek pegawai tanah.

Dah cemana skarang? Adakah raksasa telah tersilap fire kepada Ultraman ketika sedang bertarung?

Atau Stadium itu di landa ribut Greg pada malam yang hening?

Gempa bumi mungkin? Struktur tanah longgar?

Atau itu kontraktor Korea sudah lupa skru bumbung kene kasik ikat kuat?

Atau itu kontraktor sudah tak dapat gaji tertunggak, malas nak buat keje, itu tiang tertinggal satu, buat asal siap sebab SUKMA dah nak start sebab top management sudah amik itu duit overhead kasik itu pegawai pemeriksa bangunan belanja?

Bangunan Jaya nak runtuh aku tak heran, itu memang rancang nak runtuh (tapi sedih jugak sebab ada pekerja Indon pemangkin pembangunan Malaysia yang mati. takziah). Ini stadium, tempat orang ramai-ramai tengok anak-anak bersukan lumba lari, main bola, rejam lembing, lompat jauh. Tempat orang datang mau suka-suka hati bikin hati suka. Huish. Mujur tiada kemalangan jiwa.

SPRN ada simpan ini gambar, aku kasik salin satu. Bukti nak tulis dalam laporan.

8 ulasan:

redghost berkata...

jom wat ir

duta berkata...

Dalam pada itu satu lagi masalah membabitkan pusat sukan di Terengganu memerlukan perhatian segera pihak berwajib.

Kali ini membabitkan Pusat Akuatik xxxxx xxxxx

Tinjauan mendapati resapan air kolam renang menyebabkan ruang di bawah kolam itu rosak.

Pusat akuatik yang menjadi antara Venue Sukan Malaysia SUKMA 200X mula memperlihatkan kecacatan selepas hanya setahun digunakan.

Masalah ini jelas membimbangkan peniaga apabila kerosakan berlaku pada rangka pintu, soket dan dinding pusat akuatik ini.

Dinding dilihat mempunyai kesan retakan manakala lantai sentiasa digenangi air.

Pusat akuatik ini antara tiga projek mega baru yang diperiksa Jurutera JKR bagi memastikan keselamatannya selepas diarahkan Menteri Besar xxxxxxx

amANI berkata...

^red^

Takde arah aku nak cari IR. daftar pon tidak. Hahah.

^duta^

Errm, berita kol 7 petang nanti? Dulu kes ukuran tak cukup panjang saiz Olimpik tuh dah ditutup blom?

Syabas tv7, ini berita yang kita mahu, bukan berita ustaz sama wassup wassini. Tengok wayang la, lepak pantai la, suka kamu, suka dia la.

saiful berkata...

depa kata, kontraktor Korea tu ada siapkan manual pengguna tapi dalam bahasa Korea !

sheyda berkata...

wah, dasatnye raksasa tuh..lenkali kasik ranap seluruh stadium la.baru masuk Malaysia Book of Record "Stadium terawal ranap akibat diFire raksasa". Kire cam first record kan..Negeri XXX kan sume nk jadik the first one, cth negeri pertama menggunakan sistem buku sekolah E-Book..hebat betull..Duit petroleum berlebihan ke?

amANI berkata...

^saiful^

Heheh, rasanya tak salah di kontraktor Korea, mungkin dia tak dapat deliver dengan kerenah birokrasi di sini.

^sheyda^

Hang jangan, tahun depan start tau E-book menggantikan buku teks. Duit petroleum kalau tidak disalahgunakan individu, mmg sangat banyak. Tetambah masa harga minyak naik sebelumni.

Rage berkata...

nie kna tanye redghost nie..dia structural engineer..hahahha

amANI berkata...

^rage^

ko jgn eksyen sangat, slope kene jaga gak. hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...