SKUDAI-KEMAMAN-TUMPAT-KEMAMAN dalam tempoh 2 malam 2 hari.
Secara ringkas begini.
Jumaat 11 malam betolak. Awal pagi kol 4 sampai Kemaman. Cari rumah tumpangan. Tido.
Sabtu jam 11 pagi bergerak semula ke Tumpat. Tiba jam 6 petang. Malam itu tido seawal mungkin.
Anak-anak dan isteri tinggal di kampung. Ahad 3 petang gerak semula ke Kemaman. Jam 9 malam tiba di Kemaman. Cek-in balik rumah tumpangan yang sama untuk urusan tugas.
Dah, apa isunya?
1. Rasa macam tak da hari Sabtu. Eh, dah Ahad?
2. Antara nama-nama khas yang buat aku rasa nak tergelak sepanjang perjalanan, Kg Anak Ikan, Kg Apek, Kg Jambu Bogok, Restoran Abang Pin dan Restoran Sabar Menunggu.
3. Aku tak suka pekan yang suka-suka hati convert jalan 2 hala jadi sehala. Aku pusing-pusing Kuala Terengganu mencari jalan sebenar ke Kota Bahru, sesat entah kat mana (berpandukan signboard yang tidak dikemaskini seperti jalan yang baru ditukar jadi sehala). Juga 4-6 kali pusing pekan Kemaman semata-mata sebab tersalah belok lorong dan tidak membelok secara pantas. Dan hampir-hampir tidak tahu jalan yang sebelum ini 2 hala dah menjadi sehala di satu simpang trafik light. Agak-agak kalau harap ke GPS pon mesti tersalah punya awek dalam GPS tu kasik panduan.
4. Aqil semakin redha kalau dia ditinggalkan. Tengahari tadi, dia taknak ikut aku dan Ezi pegi pekan Tumpat. Nak main dengan Tok Mek. Walhal sebelum mandi, sungguh-sungguh suruh aku mangkit dan mandi untuk pegi jalan-jalan. Perasaaan jadi bercampur baur. Aku 3 kali konfemkan dengan dia, nak pegi ke tak nak. Dia sungguh-sungguh jawab taknak.
5. Mula-mula cadang nak naik keretapi ke Tumpat. Tapi teket tempat tidur bahagian bawah dah habis dijual (orang Kelantan memang SANGAT SUKA balik kampung, aku rasa la). Aku tak bercadang langsung nak memandu, tiba-tiba Rabu dapat faks kene membuat lawatan tapak. Kerteh. Jadilah pemanduan yang sangat panjang ini.
6. Dari Skudai, boleh sampai Rantau Abang untuk satu tangki penuh kereta aku. Rantau Abang ke Tumpat dan patah balik lajak sikit ke Dungun, lagi setangki penuh.
7. Bulan ini aku dah rasa bosan bawak kereta jalan jauh-jauh. Selalu-selalu aku suka bawak kereta. Agak-agak sapa-sapa nak ajak buat ekspedisi membawa kereta mengelilingi dunia membawa kereta, aku nak join bila aku sudah berusia lanjut nanti. Hahah.
8. Akok kat Pasir Puteh (tak ingat kawasan apa) tak sesedap Akok kat Morak, Tumpat. Tapi itu lebih berganda-ganda sedap dari Akok Taman U waktu bulan puasa.
9. Aku sendiri tidak tahu motivasi pemanduan aku. Selalu-selalu, aku akan sediakan air Livita Go. Segala jajan lain adalah sampingan. Tapi aku risau akan diabetes kalau perkara ini berterusan.
10. Sepanjang perjalanan aku yang membawa kereta, tapi co-driver aku takkan tido tanpa sebab dan seboleh-bolehnya akan jaga sepanjang aku bawak kereta. Kalau berhenti tido pon, dia tak tido, aku sorang yang tido. Anak-anak plak akan otomatik terjaga masa aku berhenti nak tido.
Sedang berhenti di Chini untuk lelap sejam, sedar-sedar anak-anak dah main tulis-tulis kat cermin sebab wap air sudah mula terbentuk.
6 ulasan:
oh, kalo hang terasa bosan drive, aku dah mula terasa bosan nak naik kpl terbang lama2..huhuh..penat satu bdn okeh..kalo nek kpl terbang seharian dan ilang masa begitu shaja..huhu..pape pon, nk pesan ape nih dah nk balik mesia ni?aku de 2 minggu je lagi nk order2 brng2 ni..
Saya kalau bab drive ni memang cukup boring. Tambah pula kalau drive jauh. Saya ready Power Root dengan asam yang Memang Masam. Kalau mengantuk, saya akan ambik asam tu terus kulum. Lepas tu rasa tak mengantuk terus.
Satu lagi kalau wife saya bawak, automatik saya hilang mengantuk. Hehehe...
^Sheyda^
Weh, buku yg K Ezi kirim tu ada ke idak?
Barang lain-lain takde la plak terpikir. Kira baju budak2 hang akan bawak balik bukan pos la ek?
^saiful^
Heheh, samala Power Root dengan Livita. Dedua banyak gula. Heheh.
Stakat ni jarang bagi Ezi bawak, sebab konfem tak jadi tido. Hahah.
aah, aku bawak balik jelah.dah dekat sgt nk balik pon.takpon bg mak bawak balik dulu,diorng balik awal sket..bg smula tajuk dan penulis.nk order nih, last minit karang tak sampai plak..
nnt singgah la kat Kampung Padang Landak, Jerteh terengganu.. sekarang musim durian
Catat Ulasan